7 Jenis Kentang Dan 5 Cara Penyediaan Kentang Paling Popular

Sape suka makan kentang? Atau dalam bahasa inggeris ia disebut sebagai Potatos. Aku suka sangat makan kentang ni. Kentang goreng, kentang rebus, bubur kentang, aiskrim kentang, kentang kukus, kentang mentah. Semua aku dah cuba!

Kentang mentah tu je aku cuba terus muntah keluar semua manfaat yang terbaik untuk badan kita.

7-jenis-kentang-paling-popular-di-pasaran

Rugi betul masa tu, kalau aku tahu rebus je makan. Kawan aku dia main gym, basuh kentang terus makan. Dia kata sedap. Aku rasa disebabkan semangat dia besarkan badan nak nampak seksi. Sanggup dia ajak aku makan kentang mentah. Dia selamat, aku je terus buat muka dengan dia masa tu.

Sakit hati!
7-jenis-kentang-paling-popular-di-malaysia

Takpelah, benda dah berlaku. Jadi disebabkan perkara itu berlaku tanpa ilmu. Aku pun dah kaji sana sini pasal kentang. Maka korang semua patut tahu jugak 7 Jenis Kentang Dan 5 Cara Penyediaan Kentang Paling Popular.

Mengikut pemahaman dari Wikipedia, Kentang telah diperkenalkan ke Eropah pada separuh kedua abad ke-16 oleh Sepanyol. Maknanya tumbuhan sayuran Kentang ni dah lama wujud di negara Eropah sana. Dan akhirnya tersebar benih tersebut ke seluruh dunia. Maka adanya restoren yang amat popular sekarang ini seperti Mek Do Nal dan Key Ef Si.

Sebelum aku cerita lebih lanjut pasal 7 jenis kentang dan cara penyediaannya. Alangkah baiknya, korang tahu dulu apakah khasiat yang ada pada 1 biji kentang.

5-cara-penyediaan-kentang-sedap

Aku dulu pun hanya tahu info kentang ni ada khasiat untuk gemukkan, berisikan badan. Tapi aku tak tahulah apa isi kandungan yang terbaik sangat dekat 1 biji kentang ni. Sekarang aku dah tahu, Jom aku share…

1. Mengandungi 110 kalori yang sangat baik untuk badan manusia
2. 100% bebas lemak
3. 100& bebas gluten
4. Membekalkan sumber baik Vitamin B6 (sangat baik untuk metabolisma)
5. 100% bebas sodium dan kolestrol
6. Potassium yang banyak (bantu kekalkan tekanan darah)
7. Paling best, sumber Vitamin C yang terbaik (menyediakan sistem kekebalan badan manusia)

Haaa, banyak kan khasiat yang ada pada 1 biji kentang ni. Aku pun tak percaya bila kentang ni ada jugak Vitamin C. Aku ingat buah oren je ada. Rupanya kentang pun ada. Hebat ciptaan Tuhan Maha Esa.

potato-usa-potatoes-power

#7 Jenis Kentang Paling Popular

7 Jenis Kentang ini adalah yang paling popular dan paling banyak di-export untuk pasaran ke seluruh dunia.

Aku sendiri pun terkejut. Woww… banyak jugak ya! Padahal kalau tak silap emak aku selalu beli yang biasa nampak dekat pasaraya je. Jadi yang nampak dan beli itulah yang kami semua makan.

Sebenarnya ada 7 jenis kentang. Jadi aku akan senaraikan 7 Jenis Kentang untuk info korang jika masih tak tahu antaranya :

1. Russets

2. Petittes

3. Fingerlings

4. Reds

5. Yellows

6. Purples/Blues

7. Whites

Jenis kentang yang selalu aku nampak di pasaraya ialah Russets, Reds dan Yellow. Yang lain tu aku tak ingat tak yakinada ke tidak dekat pasaraya Malaysia ni. Haaa, nampak kan banyak jugak lah jenis kentang ni. Aku pun baru tahu. Bila dah kaji, ilmu yang aku dapat ni suka untuk kongsikan dengan korang.

putrajaya-night-marathon-2018

#5 Cara Penyediaan Kentang Paling Popular

Biasanya kalau dekat rumah, kita biasa nampak emak-emak dekat dapur ni buat penyediaan kentang hanya untuk goreng, rebus untuk buat inti-karipap dan macam-macam kueh unik dekat Malaysia ni kan. Dan juga rebus untuk masak sekali dengan gulai-gulai lemak ikan dan ayam.

Faktanya adalah, Kentang sebenarnya 1 Rahsia makanan paling utama mesti diutamakan untuk sentiasa makan terutamanya untuk sarapan pagi, makan tengahari, makan malam dan pelbagai penyediaan makanan untuk dijadikan snack ketika kita menonton tv bersama orang tersayang.

model-potatoes-usa-of-the-year

Jom aku tunjukkan 5 Cara Penyediaan Kentang Paling Popular yang boleh kita semua sajikan untuk orang tersayang :

1. Grill
2. Roast
3. Bake
4. Mash
5. Microwave

Kalau korang teringin nak cuba 5 Cara penyediaan Kentang Paling Popular yang aku dah list-kan dekat atas dengan cara yang lebih kreatif. Korang dialu-alukan layari sosial media dan website yang aku akan share dekat akhir penulisan ni. Serius weh, aku tengok pun terus terluir nak cuba makan dengan cara kreatif tersebut. Rasa tak sabar beli kentang banyak-banyak dekat pasaraya dan boleh jadikan snack harian. Jom cuba!

2018-putrajaya-night-marathon

Artikel ini ditulis bersempena dengan Putrajaya Night Marathon 2018 yang diadakan baru-baru ini. Acara larian Marathon yang telah menjadi trending rakyat Malaysia ketika ini semuanya ditaja penuh oleh Potatoes USA.

Real Food Real Performance 
www.PotatoGoodness.com

www.facebook.com/potatogoodness
www.instagram.com/potatogoodness

Email : admin@totalms.com.my

03 – 8070 – 7216

- 7 Jenis Kentang Dan 5 Cara Penyediaan Kentang Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sharing is Caring

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: