Anda Pernah Malu Mengaku Kerja Sebagai Uber Grab

Anda Pernah Malu Mengaku Kerja Sebagai Uber Grab ? | Soalan ini ditanya oleh orang dalam company diantara pihak pengurusan e-hailing dalam satu grup tertutup. Mujurlah saya telah tekan butang notifikasi untuk cepat cepat dapat info. Sebenarnya ini salah satu maklumat penting untuk kita tahu adakah orang yang buat kerja Uber Grab ini ada mengalami perasaan malu bila memandu Uber Grab sebagai kerjaya.

Ini cerita saya. Masih lagi saya ingat di benak fikiran ketika mula mula buat pendaftaran Uber. Masa tu saya masih lagi bekerja full time worker 8 pagi 5 petang. Sesi pendaftaran Uber saya di desktop tempat kerja amat menyeramkan. Takut takut ada orang intai apa yang saya buat. Jadi saya ambik masa percuma yang ada seperti lunch dan mungkin selepas habis waktu kerja.

Anda-Pernah-Malu-Mengaku-Kerja-Sebagai-Uber-Grab
Alhamdulillah syukur, ketika itu office kosong dari semua officemate bila masa nak makan tengahari lunch. Jadi waktu itulah saya ambik peluang yang baik untuk buat pendaftaran Uber Malaysia. Bukan mudah jugak sebenarnya nak daftar. Kena prepare semua perkara penting.

Salinan kad pengenalan dan lesen memandu depan belakang serta salinan insurans paling penting roadtax terkini mesti lengkap jelas dalam bentuk pdf. Syukur jugak ketika saya buat semua ni dalam keadaan orang takde dalam office. Yelah jujur saya bagitahu memang malu jugak la kalau ada orang nampak saya mendaftar Uber.

Anda Pernah Malu Mengaku Kerja Sebagai Uber Grab ?

Sebenarnya soalan ini banyak kali jugak ditanya rider passenger yang naik Uber Grab dengan Asyraf. Uber Grab passenger siap mintak maaf lagi sebelum tanya soalan ni. Huhu .. rasa bahagia sangat ada rider macam ni. Yelah mungkin mereka tanya kita tu one day dia akan pandu Uber Grab jugak kan. Takpe, kita fikir positif je.

Berbalik cerita awal tadi lepas dapat kelulusan dari Uber Malaysia lebih kurang hampir 2 minggu jugak. Akhirnya hari pertama tu Asyraf memandu Uber lepas habis kerja pukul 5 petang. Ingat lagi time tu, gigih keluar cepat cepat dari office semata mata nak cuba bawak Uber.

Kalau korang nak baca kisah tu Asyraf dah tulis klik sini pengalaman memandu Uber Malaysia sebagai part timer duit tepi.

Anda Pernah Malu Mengaku Kerja Sebagai Uber Grab ? Kebanyakkan jawapan komen pemandu Uber Grab di komuniti tersebut ada yang bagitahu :

“Buat apa nak malu, kita cari rezeki Halal kot. Niat pun kena betul bila nak drive tu.”

“ Sangat fleksibel. Boleh keluar rumah sesuka hati. Kau jadi Bos untuk diri sendiri.”

“Siang kerja pam minyak, malam pulak buat Uber. Alah adat cari rezeki bro.”

“Hey, buat apa nak malu. Rezeki ni ada di mana mana. Kalau tak usaha memang Tuhan tak nak bagi la rezeki tu. Yang penting niat tolong orang ke sana sini.”

“Tak malu pun sebabnya baru baru ni aku gembira sangat bagitahu pak mentua. Income aku berUber ni saja sebulan RM5k.”

Hati Asyraf jugak berkata perkara yang sama sejak dah berUber Grab ni. Tak dinafikan kawan masa belajar dulu pun. Dia lagilah belajar Islamik ekonomi dekat Jordan. Balik Malaysia, bukan kerja bank pun. Fokus buat Uber je, income dia saja bersih setiap bulan RM8 ribu. Ya Tuhan, terkejut jugak Asyraf time tu. Dia memang guna kepakaran berbahasa Arab yang ada untuk deal dengan penumpang Arab. Alhamdulillah, itu rezeki dia.

Mohon kongsikan artikel hati ke hati ini Viral di media sosial supaya ramai lagi rakyat Malaysia sedar akan kerja yang ada ni. Tak perlu pening fikir nak tunggu kerja yang susah nak dapat dalam ekonomi sekarang.

- Anda Pernah Malu Mengaku Kerja Sebagai Uber Grab

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sharing is Caring
  • 6
    Shares

8 Comments

  1. farah October 24, 2018
    • asyrafasri November 16, 2018
  2. farah October 24, 2018
  3. Akmar Alfikr March 5, 2018
    • asyrafasri March 8, 2018
  4. Naziman Azlye February 25, 2018
    • asyrafasri March 1, 2018
      • Naziman Azlye March 2, 2018

Add Comment

CommentLuv badge
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: