Dapat Interview Pada Hari Jumaat

ASsalamualaikum Warahmatullah, Salam Jumaat semua Asyraf ucapkan.

Semalam hari khamis dapat call dari sahabat baik. Namanya seperti nama saya juga – Asyraf.
Dia bagitahu akan pergi interview hari Jumaat.

Dalam fikiran saya bagusnya. Dapat peluang dipanggil interview kerja pada hari yang sangat mulia hari Jumaat.

Kotak fikiran saya juga mengatakan ya Allah bagusnya company ni. Tak kisah syarikat muslim atau non-muslim.
Yang penting hari Jumaat tu.

Tahniah diucapkan kepada sahabat baik Asyraf sorang ni.

Kelebihan Hari Jumaat

Kalau kita telusuri informasi bahan bacaan samada di internet mahupun surat khabar dan majalah yang berlambak kat kedai tu.
Kita akan dapat sedikit ilmu berkaitan Hari Jumaat.

Banyak kelebihan hari Jumaat ni kan ?

1. Hari Jumaat penghulu atau ketua segala hari.
2. Hari Jumaat adalah hari yang Allah muliakan lebih dari hari hari lain.
3. DOA lah apa sahaja (tak termasuk yang haram) yang kita hajatkan pasti makbul.
4. Bila hujan banyakkanlah berDOA.
5. Bila panas terik pun banyakkanlah DOA.
6. Bila Allah bagi ujian sedikit kita DOA jugak.

Sahabat tanya weh bagi aku tips sikit pasal interview ni. Jadi Asyraf pun bagilah.

Ini apa yang Asyraf dah alami di-interview oleh kebanyakan panel diluar sana yang hebat hebat dalam industri
penerbangan (Airlines) masa mohon kerja dulu.

Okay memandangkan sahabat tu pergi interview hari Jumaat.  Asyraf pun fikirlah ya Allah bagusnya.

Untung sahabat baik ni. Yelah selama kita dapat interview tak pernah pada hari Jumaat yang mulia.
Itupun dapat pada hari Isnin , Rabu dan Sabtu. Ini hari hari yang paling popular mana mana company buat interview.

+ Baca perkongsian saya mengenai Kejadian Aneh Yang Selalu Berlaku pada Hari Jumaat + 

Sedikit Tips Interview dari Asyraf ?

Continue Reading

Website Terbaik untuk Rujukan Kerjaya Airlines

Membina kerjaya di dunia penerbangan (Airlines) kini menjadi trend terutama anak muda lepasan SPM, Diploma dan Ijazah.

Bila ditanya. Kenapa mahu kerja sebagai Airlines Staff?

Rata rata mereka memberi jawapan yang klishey sangat nak tiket murah dan percuma.

Bagi Asyraf, jawapan itu saya sendiri akan jawab perkara yang sama. Kah! Kah!

Sebab Utama Kenapa Nak Kerja Airlines 

Kebanyakan anak muda yang mulakan kerja di sektor penerbangan kerana :

Continue Reading

2 Kelebihan dan Keburukan Kerja Shift Bagi Lepasan SPM

ASsalamualaikum, Salam Sejahtera.

Bertemu kembali. Untuk kali ini saya akan bercerita sedikit mengenai kerja shift.

Sebenarnya post kali ini , adalah rentetan Kerjaya Yang Sesuai Untuk Mula Bekerja Bagi Lepasan SPM 2017. Klik sini untuk baca.

Dekat situ saya ada tekankan kerja yang patut remaja lepasan SPM bekerja tetapi ikut shift.

Apa itu kerja shift? Kerja shift ni bagi kebanyakan orang mentafsirkan ia adalah kerja diluar waktu biasa orang sepatutnya bekerja.

Macam orang kerja kerajaan tu. Jam sebaiknya bekerja adalah dari pukul 0800 pagi sampai jam 0500 petang.

Senang cerita. Kerja shift ini waktunya fleksibel.

Waktu fleksibel selalunya ada 3 jenis untuk kebanyakan syarikat jenis private atau swasta.

1. Morning Shift (0600 – 1400)

2. Evening Shift (1400 – 2300)

3. Midnight Shift (0000 – 0800)

Okay, korang nampak dah kan waktu-waktu kerja shift ini macam mana ?

Siapa disini kerja shift ? Okay , kita sama. Hahah ..

Tapi tak lama lagi Asyraf akan kerja office hour.

Alhamdulillah untuk masa depan.

Okay jom kita baca selanjutnya …

Continue Reading