3 Cara Mudah Gemukkan Kucing Kesayangan

ASsalamualaikum Warahmatullah, Salam Sejahtera. Salam Ramadhan.

Alhamdulillah bulan mulia ni mudah je idea masuk nak buat artikel banyak banyak.

Serius banyak giler tajuk artikel dah list siap-siap tapi tak menulis je lagi.

Sebab kekangan masa bekerja di bulan puasa ni. Opkos balik dah penat semua kan.

So kita curi-curi masa jugak la.

Ini antara pengalaman saya bela kucing dari Universiti sampailah ke hari ni. Ketika
artikel ini ditulis masih memberi makan kucing dan bagi kasih sayang yang sebaiknya.

Jemput baca kisah cinta saya dengan kucing kesayangan klik sini – Kucingku Sahabat Syurgaku.

Saya akan kongsikan dengan korang semua 3 Cara Simple Gemukkan Kucing Kesayangan cara saya.

3 Cara Mudah Gemukkan Kucing Kesayangan

Continue Reading

Kucingku Sahabat Syurgaku

ASsalamualaikum Warahmatullah, Salam Sejahtera. Salam Ramadhan.

Siapa sini peminat dan pencinta kucing ?

Kalau anda minat sangat bela kucing dan jaga kucing dengan baik. Yes, kita sama.

Ada diantara kita disini yang berpengalaman dengan haiwan kesayangan Nabi Muhammad iaitu Kucing sudah
lama dalam industri. Wah kerlas ayat. Hahah ..

Macam saya sendiri kalau ikutkan suka dan minat sangat kecomelan kucing ni sejak kecil lagi.

Tapi ada rasa kasih sayang untuk pelihara kucing macam manusia ni sejak di peringkat Universiti.

Ketika itu, di kawasan asrama memang banyak dengan kucing-kucing yang berkeluarga (ibu kucing dan anak-anak)
dan kucing terbuang berseekor. Senang citer keseorangan. Kan mudah bahasa nak faham. Kahkah.

Jadi, disitu timbul perasaan alah siannya kucing ni. Dengan kotor bajunya (bulu kucing) dan tak makan lapar
sangat. Sejak tu saya ambik kucing terbuang tu bawak masuk rumah asrama. Mandikan dan bagi makan.

Bila kucing dah bersih wangi serta ceria je. Mula la perasaan kesian pulak kalau aku biarkan kucing ni
terbiar semula. So mulalah drama melayu ketika itu. Huh !

Kucingku Sahabat Syurgaku

Continue Reading