Jom Follow Instagram Imam Besar Masjidil Haram Mekah

ASsalamualaikum Warahmatullah, Salam Sejahtera. Salam Jumaat terakhir di bulan ramadhan.

Artikel ini ditulis pada 28 ramadhan 1438 hijrah bersamaan 23 jun 2017 masihi.

Berdasarkan tajuk yang saya nukilkan ini. Jom follow instagram Imam Besar Masjidil Haram Mekah.

Siapa tak kenal kan ? Alhamdulillah , saya yakin semua orang di pelusuk dunia ini kenal sangat siapa
Imam Besar Masjidil Haram.

Suaranya dan perwatakannya yang kita selalu tengok kat Tv bila bulan puasa. Orang yang sangat
aman dan familiar di raut wajahnya.

Biodata Imam Masjidil Haram Syeikh Abdul Rahman As-sudais

Ini serba sedikit secara ringkas saja yang saya boleh tulis disini untuk pengenalan anda. Fakta ini
diambil dari laman web rujukan dunia , Wikipedia.

Syeikh As-Sudais atau lebih dikenali dengan nama Abdur Rahman As-Sudais adalah salah seorang
Imam Masjidil Haram Mekah yang termasyhur. Umat Islam di seluruh dunia sangat menaruh hormat
pada Imam-imam Masjidil Haram, lebih-lebih lagi kepada beliau.

Syeikh Sudais dilahirkan ke dunia pada tahun 1960 di ibukota Arab Saudi, Riyadh.
Beliau berasal dari kabilah Anza. Syeikh Sudais hafal Al-Quran pada usia 12 tahun.
Beliau lulus pada tahun 1979, dan pada tahun 1983 ia mendapat gelaran Sarjana Syariah Islam
dari Universitas Riyadh (kini King Saud University).

Pada tahun 1987 beliau mendapat gelaran Master. Beliau dapat menyelesaikan Doktor Syariah Islam pada tahun 1995.
Beliau kemudian bertugas di Universiti Riyadh dan kemudian di Ummul Qura University sebagai Assistant Professor.

Klik gambar dibawah untuk terus ke instagram Syeikh Abdul Rahman As-Sudais.

Sebab Apa Nak Kena Follow Instagram Imam As-Sudais ?

Mudah je.

Nak banyakkan follower terutama dari Malaysia dan seluruh pelusuk dunia.

Ketika ini instagram rasmi beliau masih sedikit follower-nya iaitu sebanyak 104K.

Instagram Nora Danish kemain kita-kita ni boleh pulak follow dan tunggu update beliau. Follower Nora Danish
ketika penulisan ini diterbitkan dah cecah 4.8 million.

Jadi sama-samalah kita sebagai Muslim untuk follow dan like benda yang baik.

Dan paling penting. Saya ajak awak-awak semua follow orang yang baik. InsyaAllah kebaikan
akan datang kepada kita semua jika ini yang kita buat untuk masa depan kita.

Ibaratnya macam ‘meluntur buloh biarlah dari rebungnya’. Kalau kita ajar anak-anak kita semua
benda yang baik. Pastinya masa hadapan nanti akan baik. Walaupun hakikatnya nanti anak kita
ada jugak tersilap buat salah tetapi pada waktu sama mereka still ingat yang kita di didik dengan
cara yang baik dulu.

Pastinya kesilapan maksiat itu dapat dikurangkan.

Kalau Asyraf tak boleh tidur malam. Dan nak drive balik kampung malam-malam mengantuk terutama
nak raya ni. Asyraf akan buka youtube dan mainkan. Konfem best sedap aman je rasa.

Jom Follow Instagram Imam Besar Masjidil Haram Mekah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Comments

  1. Wan Syahida July 21, 2017
    • asyrafasri July 23, 2017

Add Comment

error: Content is protected !!