Mega Water Sports The Best Jet Ski in Langkawi

Yayyy, aku happy sangat sebenarnya. Sebabnya lepas check-in dekat Ombak Villa Langkawi.

mega-water-sports-jet-ski-tours-station

Kami semua terus kena pegi main air. Walaupun hakikatnya aku memang takut dengan laut dalam. Tetapi aku excited sebab nak kena ride Jet Ski dengan Mega Water Sports.

mega-water-sports-jet-ski-tours-station-view

Sampai je kami Tim #TravelogueMalaysia ke tempat berkumpul sebelum riding Jet Ski. Kami wajib mendengar taklimat keselamatan yang sangat penting apabila nak bersiar-siar di lautan biru Langkawi.
model-of-the-year-mega-water-sports-langkawi

Taklimat alu-aluan dan nasihat keselamatan ini disampaikan oleh En Hussein Pemilik Mega Water Sports Langkawi. Beliau berkata-kata dalam bahasa inggeris. Kenapa pentingnya aku nak bagitahu korang jugak?..

encik-hussein-owner-mega-water-sports-langkawi

Yelah, masa kami berkumpul ni. Ada jugak mat saleh dan arabs. Mereka semuanya nak faham jugak apa yang kami harus patuhi sebelum terjun laut Langkawi.

Aku suka Encik Hussein cakap English. Fasih giler lah. Slangnya langsung tak bunyi melayu. Mat Saleh you alls! No thinking-thinking dah. No skrip di tangan. Aku rasa sebab dia pakai cermin mata hitam masa tu. Beliau yakin dan bersemangat.

Aku yang takut laut dalam ni. Ada pulak aktiviti Jet Ski lagi lah membuatkan mulut aku terkumat-kamit membaca doa naik kenderaan tau. Haaa, nampak tak .. gusarnya hati aku ketika itu.

Walaupun Encik Hussein bersemangat menyampaikan perkara penting, aku pun turut semangat weh! Sebabnya tim kami ada peluang cerah untuk ride Jet Ski ber-couple.

Jadi takdelah isu takut yang teruk berlaku terhadap diri aku mungkin menyebabkan seluar aku basah hancing ketika itu.

Aku rasa kalau aku sorang riding Jet Ski. Konfem aku takut nak bawak laju melawan arus deras ombak laut dan aku rasa aku yang terkebelakang sekali tertinggal.

Hahaha… (gelak lah weh baca tulisan aku ni)

Untuk info korang, trip tour Jet Ski kami akan mengambil masa 4 jam perjalanan. Dalam hati aku ketika itu, “Huh lega, naik Jet Ski dengan partner!”.

Eh, sebelum aku cerita lebih panjang dan menarik lagi dekat sini. Encik Hussein yang aku canang ni, beliau adalah seorang Ambassador for Langkawi Unesco Global Geopark. That’s why lah kan!

2018-influencer-mega-water-sports-langkawi

Okay tibalah masanya kami semua bergambar dulu cantik-cantik dekat situ sebelum Leader Jet Ski kami ready untuk semua.

2018-model-of-the-year-mega-water-sports-langkawi

Yes, aku memang trauma giler bila kaki tak sentuh pasir laut bila nak naik Jet Ski. Itu belum enjin Jet Ski di-startkan lagi.

Allah, memang masa tu aku buat ala-ala manja dengan tim #TravelogueMalaysia dan Leader kami supaya badan aku dah naik atas Jet Ski dengan selamat. Serius weh aku tak yakin lagi dengan ‘safety-jacket’ yang diberikan.

Mungkin lepas ni aku kena belajar basic berenang dan yakin apabila terapung di air. Hopefully!

influencer-of-the-year-mega-water-sports-langkawi

#Pakej-Pakej Super Best Mega Water Sports Langkawi

Disini aku list-kan senarai pakej yang ditawarkan antaranya :

1. Tour 1: Three Island Tour (sesuai untuk fameli dan anak-anak kecil berumur 3-5 tahun)
2. Tour 2: Dayang Bunting Island Tour (sesuai untuk family trip and friends orang dewasa) Trip Tour 8 Pulau
3. Tour 3: Lunch@Fishing Village Tour (sesuai untuk experienced rider able to jump 1 meter waves)

Cukuplah 3 pakej super best yang ada ditawarkan oleh Mega Water Sports Langkawi. Sebenarnya mereka ada lagi pakej lain seperti parasailing, banana boat, wake boat, island hopping dan lain-lain.

Korang boleh layari website Mega Water Sports untuk keterangan lanjut dan boleh booking cepat dengan kadar segera sebab adanya diskaun apabila korang booking secara online.

Maka disini, pakej yang kami ikut serta Trip Tour Jet Ski ini adalah Tour 2: Dayang Bunting Island Tour.

Dalam kepala aku fikir je banyak kali. Ya Tuhan, banyaknya tempat nak kena harungi ombak deras ni.

Oh lupa, Jet Ski Tour Leader kami adalah Mr. Thong. Baik orangnya, nanti aku cerita lanjut ya.

mr.-thong-jet-ski-mega-water-sports-team-leader
Inilah dia Mr. Thong Jet Ski Leader kami. Aku je yang kena duduk dengan dia sepanjang perjalanan. Seram weh dia riding. Tapi feel comfort la. Lagipun dia suruh aku peluk dia kuat-kuat takut terpelanting disebabkan ombak laut.

Masa mula-mula nak ride Jet Ski dengan partner aku. Nama dia sama je dengan aku, Asyraf jugak. Tapi dia je berani nak ride Jet Ski dan berenang bila kami berehat dekat satu tempat tu.

Teruskan bacaan, nanti aku cerita.

tasik-dayang-bunting-view

Check-point pertama kami adalah Pulau Dayang Bunting. Nak ke pulau ini mengambil masa lebih kurang 15 minit riding dengan Jet Ski. Akses lain adalah bot seperti Yacht.

Pulau Dayang Bunting adalah Pulau Kedua Terbesar selepas Pulau Langkawi.

keindahan-tasik-dayang-bunting-langkawi

Menariknya di Pulau Dayang Bunting ini airnya tenang saja. Sesuailah dengan namanya. Mengikut penduduk setempat pulau ini terdapat Tasik Air Tawar di atas paras laut.

Wanita yang sukar mengandung boleh minum air di Tasik ini untuk kemudahan zuriat. Ini adalah mitos dari sejarah Mahsuri.

Pelbagai aktiviti air yang sesuai dan selamat boleh dilakukan disini antaranya adalah menyelam, berkayak, jungle trekking dan paddle boat. Kami semua disini diberi masa 1 jam untuk beraktiviti. Mr. Thong team leader kami menjaga Jet Ski di stesen.

Selepas 1 jam kami berpuas-puas bermandi-manda di Tasik Air Tawar ini. Kami dibawa Mr. Thong untuk meredah lautan sekali lagi ke Pulau Batu Kapur. Kami tidak singgah di tepian. Hanya matikan enjin Jet Ski dan ikutlah nak berenang atau berjemur.

mega-water-sports-langkawi-swimmer

Mr. Thong memberitahu kami, bahawa Pulau Batu Kapur adalah office dan rumah keduanya untuk berehat seketika apabila membawa visitor Jet Ski.

Pulau Batu Kapur ini memang sesuai untuk memancing. Biasanya orang luar seperti mat saleh membawa bot Yacht mereka untuk kesini akan melakukan aktiviti pancing ikan.

jet-ski-water-sports-langkawi-visitor

15 minit berlalu, kami bosan. Kami nak Mr. Thong bawa kami ke check-point lain pulak. Boleh macam tu? Boleh je ikut majoriti semua team lah. At-least dapat bergambar dan tengok kejadian dasyat Tuhan. Dah bersyukur sangat kan.

Kami dibawa ke Pulau Singa Besar. Kami tidak buat apa-apa sangat dekat sini. Hanya nak tengok pemandangan sekitar ciptaan Maha Hebat Tuhan. Mr. Thong beritahu kawasan ini sesuai untuk memberi makan burung Helang. Mereka sangat cepat dan tangkas mengambil makanan apabila diberi. Jadi kami tidak buat aktiviti ini disebabkan kami riding Jet Ski.

Pulau Beras Basah adalah check-point ketiga kami. Disini kami singgah dalam 30 minit sahaja untuk melihat lebih dekat kehidupan laut apabila air laut masih lagi surut. Kami sempat melihat sendiri ketam dan juga gamat hidup yang berenang-renang di celah batu.

pulau-beras-basah-view
view-cantik-pulau-beras-basah-langkawi

#Jet Ski Leader Person Sangat Informatif dan Profesional

Kenapa aku nak highlight kan poin ini dekat korang? Yelah korang mesti nak tahu kan sebelum bermain aktiviti air laut terutama riding Jet Ski.

Mr. Thong adalah nama glamer yang digunakan oleh Team Leader kami untuk Trip #TravelogueMalaysia. Nama sebenar beliau adalah nama Melayu ok. Dia bukan orang pulau. Dia orang bandar asalnya dari Kajang ke Batu Caves. Entah aku tak ingat dah. Tapi dia memang berasal dari bandar KL.

Mr.-Thong-ketua-pasukan-jet-ski-mega-water-sports

Disebabkan Mr. Thong ini peramah dan talkative. Maka berborak santailah kami dekat atas Jet Ski semasa kami berehat seketika enjin Jet Ski dimatikan atas laut yang berombak. Dia pun mulalah cerita itu.

Kami pun semua terkejut dan ada yang OooHhh, Wow.. hebat lah! (mata terbuka luas seketika)

Mr. Thong bercerita, dia memang suka kehidupan laut dan suka tinggal di pulau. Maka dia telah bekerja dan dilantik menjadi Tour Leader Jet Ski yang diiktiraf oleh Mega Water Sports. Disebabkan minat dan cinta akan laut juga experienced. Dari orang bandar KL jadi orang laut.

Serius hebat! Tahniah Mr. Thong.

best-mega-water-sports-jet-ski-team-leader-mr.-thong

Antara Ciri-Ciri Penting Sebelum Diiktiraf Menjadi Tour Leader Jet Ski Mega Water Sports :

1. Pandai berenang tanpa Safety-Jacket
2. Boleh drive Jet Ski dengan kelajuan yang terbaik dan selamat apabila riding alone atau membawa passenger
3. Fasih Bahasa Inggeris dengan baik
4. Peramah dan Talkative
5. Tidak pemalu apabila mahu bercakap dengan kumpulan trip Jet Ski
6. Profesional dalam setiap perkara terutama membawa trip Jet Ski sekitar Pulau Langkawi terutama jika berlaku kecemasan

Nombor 1 dan 2 aku fail. Giler serius aku tak boleh. Jika diberi peluang kedua pun aku tak nak. Tak mengapalah. hahaha… serius weh aku bukan orang laut.

Untung lah sape dari kecik lagi emak ayah korang dah ajar berenang main air dalam.

Aku ada mention dekat salah satu post Instagram aku, bahawa aku akan senaraikan poin-poin penting Kenapa Team Leader kami Mr. Thong ini Terbaik untuk Mega Water Sports Langkawi!

Mr. Thong adalah ..

– Seorang yang sangat spoken, informatif dan peramah
– Nampak ciri-ciri Ketua dan bertanggungjawab untuk ahlinya
– Sanggup sabar tunggu kami yang lembab nak kemudi jet ski di tengah laut berombak-ombak di setiap check-point

Seperti yang difahamkan oleh En. Hussein pemilik Mega Water Sports Langkawi. Syarat ketat yang wajib dipatuhi
dan diberi pengiktirafan sebagai Jet Ski Leader. Mereka wajib lepas dengan setiap 6 syarat yang aku list-kan dekat atas tu.

Aku harap Mega Water Sport Langkawi terus maju untuk industri Jet Ski di masa hadapan.

mega-water-sports-langkawi-the-best-in-Kedah

Oh ya sebelum terlupa. Baru-baru ini Mega Water Sports Langkawi menerima pengiktirafan sebagai 2018 Gold Award in Water Sports Tourism Package yang diberikan oleh Malaysia Tourism Council (MTC) yang berlangsung di Malam Gala Palace of the Golden Horses.

Pengiktirafan ini mereka dapat sejurus selepas team #TravelogueMalaysia pulang ke KL. Alhamdulillah, mungkin ini rezeki yang tim kami berikan support selama disana. Ewah… hehehe.. apapun Tahniah!

happy-visitor-mega-water-sports-langkawi

Sebelum kami pulang ke jeti Mega Water Sports. Kami diberi kepercayaan penuh oleh Mr. Thong team leader kami selama 15 minit untuk riding Jet Ski kesana-sini “Free Ride” tanpa guide dari leader. So haaa, rempit lah puas-puas
janji jangan hilang dari Radar Mr. Thong je.

mega-water-sports-langkawi-best

Akhir sekali, dalam 1km atau 500 meter macam tu aku tak ingat. Mr. Thong beri kami lesen sebentar ..hahaha… untuk rempit Jet Ski berlumba-lumba balik ke pengkalan. Ofkos lah semua excited kan! Kami pun riding lah Jet Ski tanpa ada rasa takut dah nak bawak laju sebab dah tahu macam mana nak hadap arus ombak laut.

Okay lah cukup setakat ini dulu cerita aku berkenaan Mega Water Sports The Best Jet Ski in Langkawi. InsyaAllah jika diberi peluang lagi ke Langkawi. Aku akan cerita lebih lanjut untuk panduan korang semua.

mega-water-sports-langkawi-the-best-jet-ski-tour

Tips Berguna Semasa Aktiviti Air bersama Mega Water Sports Langkawi :

1. Pakailah Baju Lengan Panjang atau wajib bawa Sun-Block SPF gred tinggi kerana kepanasan cuaca dan air laut masin yang melampau semasa berJet-Ski boleh buat anda tak selesa dan gatal-gatal badan

– kalau korang nak tahu kami semua tak bawak langsung sun-block sebab semua rasa dah biasa dengan panas KL.
– sekali bila time nak rest dekat pulau ‘Dayang Bunting’ kami rasa tak selesa dengan kebasahan air laut
– syukurlah isteri Mat Saleh yang ikut team kami haaa…dia bagi percuma sedekah dekat kami semua guna untuk next trip
– isteri mat saleh tu Chinese person so bawak SPF yang botol besar punya ..tergelak kami tengok botol SPF tu besar betul

2. Bawa kamera kalis air seperti Go-Pro untuk kemudahan ambik gambar semasa bermain Jet-Ski
– jika korang terlupa bawa kamera Go-Pro atau takut ambik gambar guna smartphone semasa riding, korang boleh ambik pakej sewa Go-Pro yang disediakan oleh pihak Mega Water Sports
– beg kalis air tak perlu risau. Pihak Mega Water Sports ada sediakan untuk Tour korang

 

Mega Water Sports Langkawi
Pantai Cenang, Jalan Pantai Cenang,
07000 Mukim Kedawang, Kedah
Dibuka Setiap Hari Ditutup pada jam 0630 petang
https://megawatersports.com/

The Langkawi Travelogue is brought to you in a collaboration between 

Borakkita Media / Travelogue Malaysia and The Influenzas team..
supported by LADA. Thanks to our main sponsors – Mega Watersports ,
Umgawa Legendary Adventures, Sea Splash, Crocodile Adventureland,
Ombak Villa, Nadias Hotel, Smiling Buffalo, Huggin’ Hippo….

As well as.. The Cliff Langkawi, Anytime Holidays, Sky Trex and the
Royal Langkawi Yacht Club

- Mega Water Sports The Best Jet Ski in Langkawi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sharing is Caring

4 Comments

  1. ridhwan November 23, 2018
    • asyrafasri November 27, 2018
  2. ohpt3 November 21, 2018
    • asyrafasri November 22, 2018

Add Comment

CommentLuv badge
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: