Melawat Makam Mahsuri Langkawi

Dulu aku pernah pergi ke Pulau Langkawi dengan fameli sendiri la. Masa tu pergi dengan Emak, Abah dan Adik.

Banyak tempat bersejarah jugak kami pergi termasuklah Tugu Burung Helang yang femes sangat ketika itu. Bergambar sana sini.

Tapi sebelum aku pergi dengan Tim #TravelogueMalaysia, segala sejarah dan pengalaman itu sudah dilupakan. Mungkin sebab masa tu aku kecik lagi. Zaman budak-budak kan asyik nak happy je.

Jadi kali ini aku berpeluang sekali lagi pergi dengan Tim #TravelogueMalaysia untuk melihat sendiri pemandangan dan merasai segala nikmat beraktiviti di sana.

info-makam-mahsuri-langkawi

Orang tempatan kata, tak sah kalau datang ke Pulau Langkawi tak singgah Muzium Galeri dan Makam Mahsuri. Jadi sebagai orang yang suka akan Ilmu walaupun cepat sangat lupa. Hahah…

Aku tetap nak pergi jugak dengan Tim #TravelogueMalaysia untuk cungkil lagi ilmu yang berguna dan menjadi teladan bagi manfaat kehidupan aku sebagai manusia biasa di muka bumi Tuhan ini.

Ewah…

#Siapakah Dia Bergelar Mahsuri

Meh sini aku cerita serba sedikit dari sudut ilmu yang aku dapat semasa lawatan.

Mahsuri binti Pandak Mayah merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi.

Beliau dilahirkan oleh pasangan Pandak Mayah dan Mak Andam pada penghujung kurun ke-18 Masihi di Kampung Ulu Melaka, Langkawi.

Mahsuri turut digelar sebagai Puteri Mahsuri dan dengan jolokan Puteri Langkawi.

panorama-makam-mahsuri

Kehidupan dan sejarah Mahsuri telah dilitupi lagenda pulau tersebut yang terkenal dengan lagenda dan kisah rakyatnya. Kisah yang paling popular tentang kehidupan beliau adalah ketika saat akhir sebelum beliau dibunuh dan sehingga kini dijadikan sebagai bahan untuk persembahan Teater Bangsawan hinggalah kepada cerita kanak-kanak yang banyak dibukukan dalam pelbagai bahasa.

#3 Poin Penting Untuk Dimanfaatkan Oleh Generasi Akan Datang

3 Poin Penting yang aku dapat telusuri di lubuk hatiku yang kecil dan bermaruah ini. Chewahhh! hehehe…

Tiga Poin Penting ini sangatlah wajiblah diambil kira untuk kehidupan yang lebih baik terutama di zaman sekarang zaman serba canggih.

Poin-poin ini aku dapat semasa persembahan Teater Bangsawan yang dikelolakan oleh Ahli JawatanKuasa Galeri Makam Mahsuri Pulang Langkawi.

telaga-mahsuri

Poin 1 : Periksa Lebih Details Dulu Sebelum Memfitnah Seseorang

Ya ingatlah orang tersayang.

Elok-elok dah suka terus benci. Ini yang terjadi pada zaman sekarang.

Elok baik je orang tu buat kerja. Tiba-tiba disebabkan seseorang, orang yang baik tu lah dipulaukan.

Tanpa periksa dulu betul ke tidak. Dia tetap bersalah atau sebaliknya.

Zaman sekarang nak mudah pasang CCTV dekat rumah, dekat tempat kerja.

Senang cerita. Orang yang bersalah nak kata lain nak tipu tak boleh dah. Bukti dah ada.

Isu-isu ini sering berlaku pada era teknologi canggih. Maka berhati-hati lah.

Jangan disebabkan kita, periuk nasi orang hangus.

Poin 2 : Jangan Terlalu Ikutkan Perasaan Hati

Ya, tahu. Bila kita marah sangat semua benda akan keluar dari mulut.

Betul kan? Tetapi eloklah kita periksa dulu seseorang itu bersalah atau tidak.

Adakah betul dia sudah buat kesilapan ketara secara sengaja. Atau kesilapan yang dibuat-buat.

Jadilah seorang yang profesional dan ada sedikit hati perasaan seorang manusia biasa.

Tanggalkan, bogelkan pakaian jenama kita dan pangkat ketika ada perkara berlaku. Be a profesional dan ada rasa rendah diri untuk berbuat keputusan.

Poin 3 : Doa Orang Yang Dizalimi Cepat Termakbul

Ini yang paling takut.

Semua orang tahu. Doa seorang Ibu, Emak, Mama dan seumpanyalah. Mereka ini DOA yang paling kuat disisi Tuhan.

Begitu juga dengan manusia biasa seperti kita. Jika kita dizalimi maka DOA kita sudah tidak ada halangan untuk sampai ke Tuhan.

Itu sebab, kebanyakkan orang-orang lama makan garam ni selalu ingatkan kita.

Jangan ada perasaan benci yang amat dan ada perasaan dendam sehingga sanggup menjatuhkan seseorang dan berbuat sihir santau melampau terhadapnya.

Cukuplah kita berdoa kepada Tuhan. Berserah kepada-Nya untuk segala urusan orang yang telah menzalimi diri kita.

Aku harap perkongsian 3 poin penting untuk manfaat bersama ini korang boleh faham setiap perkataan yang aku tulis ini. Tak susah pun nak faham kan?

Dah banyak sangat berlaku dekat atas muka bumi ini. Itu yang Allah marah sangat, turunlah bala yang kita sendiri tak sanggup nak hadapinya.

keturunan-mahsuri-langkawi

Okaylah cukup setakat ini perkongsian hati ke hati aku untuk korang yang dahagakan ilmu manfaat dari lawatan aku ke Galeri Makam Mahsuri. Ini adalah kali pertama aku datang ke Kedah bila dah besar panjang ni untuk Melawat Makam Mahsuri Langkawi bagi perkembangan informasi untuk ummah sejagat.

Oh ya sebelum terlupa. Jika korang inginkan pakej lengkap lawatan sekitar Pulau Langkawi termasuklah lawatan ke Makam Mahsuri boleh berhubung terus dengan pihak Anytime Holidays Sdn Bhd.

The Langkawi Travelogue is brought to you in a collaboration between
Borakkita Media / Travelogue Malaysia and The Influenzas team..
supported by LADA. Thanks to our main sponsors – Mega Watersports ,
Umgawa Legendary Adventures, Sea Splash, Crocodile Adventureland,
Ombak Villa, Nadias Hotel, Smiling Buffalo, Huggin’ Hippo….

As well as.. The Cliff Langkawi, Anytime Holidays, Sky Trex and the
Royal Langkawi Yacht Club

- Melawat Makam Mahsuri Langkawi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sharing is Caring

Add Comment

CommentLuv badge
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: