Salam Hari Jumaat

ASsalamualaikum Warahmatullah, Salam Sejatera.

Hari ini hari jumaat yang sangat mulia. Hari Allah menciptakan bumi, manusia dan segala kejadian alam yang berlaku.

Kebiasaan hari Jumaat juga ada manusia di bumi ini dipanggil Allah dahulu. Dan hari manusia berbondong bondong
membuat amal kebajikan.

Hari Jumaat juga dipanggil hari penghulu hari. Iaitu 7 hari yang diciptakan Tuhan ini, hari Jumaat adalah ketua
untuk hari yang lain.

Hebat ciptaan Allah. Sangat teruja dengan kebesaran ini.

Salam Hari Jumaat

Amalan Hari Jumaat ?

Bila hari Jumaat je mesti penuh masjid orang lelaki khususnya datang solat dan ramai berbuat amal kebaikan.
Bagus ini sangat bagus.

Suka tengok. Tapi sedikit sedih bila bukan hari Jumaat perangai atau akhlak jahil dilakukan seperti biasa.

Mesti antara kita akan berkata ; biasalah manusia tak lepas dari melakukan dosa. Agak agak lah, sampai bila kita nak
cakap benda sama ; kita manusia biasa.

Sampai bila ?

Memanglah kita ni manusia biasa. Hanya Nabi Muhammad saja yang maksum (terhindar dari DOSA).

Tetapi rasanya takde masalah kalau kita sentiasa berfikiran positif kan.

Okay berbalik kepada persoalan Amalan amalan Hari Jumaat apa yang kita akan buat ?

1. Bangun awal (tak kisah lelaki perempuan)
2. Mandi wajib @ hadas besar (walaupun tak berjunub)
3. Pergi masjid atau surau solat subuh berjemaah.
4. Balik rumah luang sedikit masa untuk baca Al-Quran terutama surah pilihan yang dianjurkan.
5. Baca surah Al-Waqiah dan Yaa-sin.
6. Potong kuku tangan kaki.
7. Dan berterusan melakukan amal kebaikan untuk semua makhluk.

Kebiasaan diantara kita akan buat 7 perkara yang Asyraf list-kan ni. Tapi mungkin lebih dari apa yang korang biasa buat.
Saya jugak ada yang buat dan ada yang tak sempat.

Dari Abu Lubabah bin Ibnu Mundzir R.A berkata,
Rasululullah SAW berkata, “Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah.
Hari Jumaat ini lebih mulia dari hari raya Aidilfitri dan Aidiladha di sisi Allah.
Pada hari Jumaat terdapat lima peristiwa;
Diciptakannya Adam dan diturunkannya ke bumi,
pada hari Jumaat Adam dimatikan, di hari Jumaat juga terdapat waktu
yang mana jika seseorang meminta kepada Allah maka akan dikabulkan
selagi tidak memohon yang haram, dan di hari Jumaat juga akan berlakunya kiamat.
Tidaklah seseorang Malaikat yang dekat di sisi Allah SWT,
di bumi dan di langit kecuali dia dikasihi pada hari Jumaat.”

 

Kejadian Aneh Yang Selalu Berlaku Hari Jumaat

Cakap pasal benda aneh ni , sebenarnya banyak hal atau ujian yang Allah uji kita di hari Jumaat khususnya. Okay khasnya ya.

Kenapa saya kata khususnya ? Sebab PAHALA tersangat besar.

Antara Kejadian Aneh yang Selalu Berlaku pada Hari Jumaat ;

1. Hari sangat panas (time ni Allah uji kita, nak tengok kita ni mencarut ke atau berzikir – ingat-Nya)
2. Hujan selebatnya sebelum , semasa , selepas Solat Jumaat (time ni Allah uji kita pakaian solat basah teruk)
3. Dapat musibah (seperti kemalangan jalan raya, pasal kerja dan sebagainya)

Kalau nak senaraikan semuanya , banyak sangat. Kita boleh fikir sendiri kan ?

Jadi sebagai hamba Allah kita saja yang tahu nak kembali pada Allah dengan cara yang macam mana.

Contoh jika kita diuji , hari Jumaat masa ni panas sangat sampai berpeluh basah teruk. Tapi ALLAH nak tengok
Adakah kita berdoa minta apa sahaja dan berzikir atau mengeleuh dan mencarut ‘mengata Allah ni macam macam’.

Jadi tanya diri sendiri , adakah kita ni banyak amalan kebajikan selama hidup.
Kalau sedikit, mula dari saat ni kita buat sedikit asalkan berterusan.

Itu saja perkongsian isi hati Asyraf untuk semua. Semoga kita sentiasa ingat mengingati
antara satu sama lain.

Salam Hari Jumaat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Comments

  1. Amirul June 10, 2017
    • asyrafasri June 15, 2017
  2. Haidar May 11, 2017
    • asyrafasri May 11, 2017

Add Comment

error: Content is protected !!