Sea Splash Langkawi Pakej Cruise Non-Alcohol Pertama di Kedah

Yeyyy, seronoknya!

Royal-Langkawi-Yacht-Club-port

Seronok, gembira, senyum nampak gigi ala-model ubat gigi, hati terusik kegembiraan. hahaha…

Ya, inilah yang aku rasa semasa mengikuti Tim #TravelogueMalaysia ke Pulau Langkawi.

View-Sea-Splash-Cruise-Langkawi-daylight-in-RLYC

Sebenarnya dalam banyak-banyak aktiviti Travelogue Langkawi, pelayaran Cruise dan Jet Ski Water Sports antara aktiviti air yang aku paling rasa happy tak terkata lah.

Jom ikuti tulisan dan gambar menarik yang aku ada semasa melayari sekitar Pulau Langkawi dengan SEA SPLASH LANGKAWI PAKEJ CRUISE NON-ALCOHOL PERTAMA DI KEDAH baru-baru ini.

view-Sea-Splash-Cruise-Langkawi-talk-time
aksi-model-sea-splash-cruise-langkawi-notLinked

Ini adalah pengalaman kedua aku menaiki kapal Cruise. Pengalaman pertama semasa melayari sekitar Tasik buatan manusia di Putrajaya.

view-Sea-Splash-Cruise-Langkawi-talking-time

Aku tetap excited dengan Cruise ini sebabnya ia adalah satu-satunya Cruise No 1 Non-Alcoholic Cruise di Pulau Langkawi. Kapal-kapal Cruise dan Yacht lain yang lalu lalang di sekitar Pulau Langkawi adalah sebaliknya.

Untuk pengetahuan korang, Sea Splash Cruise ini berpangkalan di Royal Langkawi Yatchs Club (RLYC) yang terletak di Jeti Kuah, Langkawi. Tempat dimana terdapat banyak kapal-kapal mewah seperti Yacht dan kapal versi Cruise berlabuh disini. Aku tak tahulah berapa harga paling rendah paling murah nak parking bot versi-versi ni semua. Tapi yang pastinya mata aku nampak semua kapal yang ada dekat sini semua mewah giler!

Dataran-Helang-dari-View-Sea-Splash-Cruise-Langkawi-notLinked
View Dataran Helang dari Sea Splash Cruise Langkawi. Selalu orang bergambar dekat situ. Kami bergambar atas Cruise. Hebat tak…

Dahulunya Sea Splash Cruise ini hanya digunakan untuk kegunaan bagi aktiviti memancing dan menjala ikan yang dibina pada tahun 2011.

Akhirnya pada bulan April 2012, pemilik dan pembina kapal (boat builder) telah bersepakat untuk komersial kan kapal ini bagi kegunaan bisnes yang lebih mencabar dan menarik pelancong Malaysia dan luar negara untuk mencuba aktiviti Kapal Cruise ini. Maka terhasillah Sea Splash Cruise Langkawi!

Owner Kapal meletakkan tagline mereka “Sea Splash Cruise Vitamin Sea Langkawi”.

Haaa, apalagi jom lah dapatkan vitamin sea dengan Sea Splash Cruise ni!

Pakej kami untuk tim #TravelogueMalaysia adalah Sunset BBQ Dinner Cruise yang bermula dari jeti pelabuhan Royal Langkawi Yacht Club pada jam 0500 petang. Cruise kami ini dinamakan sebagai Evening Cruise.

#Pakej Terbaik Sea Splash Cruise Vitamin Sea Langkawi

View-Sea-Splash-Cruise-Langkawi-Cockpit-notLinked

Antara pakej-pakej yang ditawarkan oleh Sea Splash Cruise ini adalah :

1. Sunset BBQ Dinner Cruise
2. Island Escape + Fish Farm Adventure
3. Sea Splash Private Cruise (sesuai untuk honey moon dan individual trip)
4. Sea Splash Fishing Trip
5. Sea Splash Koh Lipe Trip

Haaa, ada 5 pakej tu. Semua best-best. Yang baru je berkahwin atau yang dah lama berkahwin insyaAllah masih lagi boleh cuba pakej Sea Splash Private Cruise ini.

Cuba lah. Tak try tak tahu kan pengalaman tu.

Sea-Splash-Cruise-Langkawi-cockpit-crew

#Aktiviti Menarik Sea Splash Cruise Vitamin Sea Langkawi

Pelbagai aktiviti Best yang dapat dijalankan dengan Sea Splash Langkawi ini antaranya :

jacuzzi-net-andaman-Sea-Splash-Cruise-Langkawi-notLinked

1. Aktiviti memancing laut dalam
2. Sesuai untuk cruising, snorkeling, selaman skuba
3. Dan pelbagai aktiviti keluarga ramai untuk mengeratkan silaturrahim

jacuzzi-net-Sea-Splash-Cruise-Langkawi-notLinked

Aku yang jenis tak yakin dengan Safety-Jacket dan takut laut dalam. Asyik nak pegang kuat-kuat je jaring Jacuzzi ni. Hahaha… lawak lah. Tapi pengalaman berharga ni!

jacuzzi-net-view-Sea-Splash-Cruise-Langkawi-notLinked
Tengok gambar ni. Orang lain sibuk Thumbs-Up, aku sorang je nampak sangat pegang jaring tu kuat-kuat. Adoi hai, Asyraf-Asyraf! Takpelah janji macho. hehehe…

view-sunset-thru-phone-notLinked
Aku sangat syorkan untuk keluarga besar sebelah emak sebelah ayah korang. Buat plan berkumpul di Pulau Langkawi untuk merasai pengalaman berharga yang unik bagi fameli korang sama-sama mengelilingi sekitar pulau yang ada di Negeri Kedah ini.

InsyaAllah mesti unik lah trip keluarga besar korang tu nanti. Asyik-asyik datang Langkawi pegi beli coklat Daim je. Apakata naik Sea Splash Cruise Langkawi pulak kan? ..

model-of-the-year-Sea-Splash-Cruise-Langkawi

Korang tengok lah sepuasnya antara gambar-gambar menarik dan konfem tertarik yang sempat aku snap sepanjang pelayaran tim Travel media kami untuk #TravelogueMalaysia.

model-2018-Sea-Splash-Cruise-Langkawi

Terima kasih sangat-sangat untuk trip ini wahai empunya Sea Splash Cruise Langkawi.

Asyraf rasa bahagia sangat bila balik KL sebabnya penangan kapal Sea Splash Cruise Langkawi ini lain macam weh.

Night-View-Sea-Splash-Cruise-Langkawi-notLinked

Sea Splash Langkawi
Lot 12, Fisherman Whart
Royal Langkawi Yatchs Club
Jalan Dato Syed Omar, Kuah,
07000 Langkawi
KEDAH
Tel – +604-961-0589
Website:
https://www.seasplashlangkawi.com/

 

The Langkawi Travelogue is brought to you in a collaboration between
Borakkita Media / Travelogue Malaysia and The Influenzas team..
supported by LADA. Thanks to our main sponsors – Mega Watersports ,
Umgawa Legendary Adventures, Sea Splash, Crocodile Adventureland
Ombak Villa, Nadias Hotel, Smiling Buffalo, Huggin’ Hippo….

As well as.. The Cliff Langkawi, Anytime Holidays, Sky Trex and the
Royal Langkawi Yacht Club

 

- Sea Splash Langkawi Pakej Cruise Non-Alcohol Pertama di Kedah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sharing is Caring

Add Comment

CommentLuv badge
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: