Siapa Yang Patut Stay Hotel untuk Release Stress

Siapa Yang Patut Stay Hotel untuk Release Stress | Alhamdulillah hari ni dah masuk hari kedua
kita berpuasa di Malaysia khususnya. Solat terawih pun setel. So boleh update blog.

Okay dengan teknologi pesat membangun ni. Ramai juga remaja zaman sekarang lebih
up to date dari kita kita kan. So inilah dikatakan dunia akhir zaman. Huh.

Yelah mana taknya kan. Kalau kita search kat google ni bersepah post pasal review Hotel
sana sini orang Malaysia khususnya pergi bercuti samada dengan family atau urusan kerja.

Begitu juga dengan saya sendiri. Korang boleh baca review City View Hotel, Sepang disini.

Siapa Yang Patut Stay Hotel untuk Release Stress

Tak kisah sesiapa pun kan ? Ada yang pergi dengan famili dan ada yang pergi
bercuti dan menikmati keindahan dan kemewahan tempat percutian dengan duit
company (urusan kerja-official). Best kan ? ..

Tengok kepada keadaan ekonomi negara Malaysia ketika ini , sangat teruk jugak la.
saya sendiri pun terasa bahangnya.

Dengan stress kerja lagi kan ? So kalau dalam sebulan atau lepas 2 bulan , sangat patut
bawa diri sendiri bercuti tak kisah la nak pergi dengan keluarga , suami isteri atau
diri sendiri.

Macam Asyraf sendiri , selalu pergi bercuti dekat Hotel hotel bajet sekitar Kuala Lumpur
dan Selangor. Ada masa akan cari peluang ke Pahang.

Hotel bajet ni tak lah teruk sangat , lebih kurang 3 bintang la. Hotel bajet zaman sekarang
dah mewah giler. Sampai tak nak stay sehari kalau boleh berhari-hari. Sebab servis mereka
bagi macam 5 star Hotel.

Okay tanpa buang masa jom kita Selongkar ..

tune-hotel-downtown-kuala-lumpur

Siapa Yang Patut Stay Hotel untuk Release Stress ?

1. Blogger (Penulis Blog)

Kenapa dengan Blogger ? Apa kena mengena dengan penulis blog ?

Blogger atau bahasa mudah orang panggil ialah seorang penulis blog. Tak kisah part time
atau full time blogger. Mereka ini juga dikenali sebagai ‘Orang Media’ yang tak
bertauliah tapi boleh jadi popular lebih popular dari orang yang stady media.

Hahah .. betul kan ?

Blogger ni mesti ada blog atau website sendiri dan branding pasal diri sendiri.

Macam saya sendiri ada blog. Blog saya dikenali sebagai Asyraf Asri dot Com.

Penulis blog ni bebas nak tulis apa-apa yang dia rasa perlu dan minat terhadap
sesuatu perkara tu.

Begitu dengan saya sendiri. Tulis apa yang saya suka dan kongsi dengan korang semua disini.

Blogger juga menulis pasal review. Travel , hotel , makanan sedap , dan apa sahaja
yang dia nak tulis review pasal sesuatu produk. Dia akan tulis dan kongsikan untuk
korang menilai.

Blogger ni ada masa dia stress sebab kerja normal ditempat kerja. Balik rumah dah takde masa
nak menulis blog. Idea mati. Jadi stress.

Lain lah dengan blogger full time. Hanya stay di rumah dan kerjanya menulis post ikut masa
dia dan berehat sesuka hati serta buat duit lagi dari berblog ni. Best nya.

Tak sabar saya nak kerja dari rumah macam ni. Tapi buat masa sekarang tak boleh lagi.

InsyaAllah one day. Doakan Asyraf.

Kepada pengurusan Hotel hotel 5 star, 4 star atau 3 star. Kalau anda baca perkongsian blog ni. Hope bagilah peluang kepada Blogger macam kami ni (bukan media bertauliah) untuk
stay dekat Hotel dan menikmati segala macam servis dan insyaAllah kami buat review
‘IKLAN’ kan Hotel anda kepada umum melalui sosial media.

Baca Sekarang : Hanya Serendah RM60 Boleh Check-In Hotel Bajet Kualiti 5 Star 

2. Business People

Mereka ni lagi la kena stay Hotel paling teruk sebulan sekali. Tak boleh rehat kat rumah je sabtu ahad.
Sebab suasana kawasan rumah mewah macam mana sekalipun dia ubah suai like resort tapi tak sama
macam bercuti di Hotel atau resort diluar sana.

Yelah orang berniaga ni. Ya kita akui mereka kaya dan terus kaya berjaya jika kena caranya.

Setiap orang bisnes ada time dia bekerja dan ada time dia rest. Ada yang kerja 5 hari (isnin-jumaat),
sabtu ahad off. Ada yang kerja 2 atau 3 hari seminggu, selebihnya cuti. Tapi stay kat rumah dan hanya
pergi shopping mall melepas stress.

Setiap orang di dunia ni ada target dan plan. Begitu juga dengan saya ada target.

InsyaAllah satu masa saya sendiri mahu ada bisnes dan sambil tu tulis dan
share kat korang melalui blog dan media sosial lain untuk tatapan dan motivasi.

Artikel ni ditulis sebab sekarang lepas saya dapat kerja yang fokus 8 hingga 5. Ada waktu saya
akan cari Hotel bajet dan selesa rest disana dan sambil tu boleh dapat idea tulis blog.

So blogger dan orang Bisnes memang kena stay Hotel.

Siapa Yang Patut Stay Hotel untuk Release Stress

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Comments

  1. Saliza sachari November 6, 2017
    • asyrafasri November 6, 2017
  2. raihanah July 11, 2017
    • asyrafasri July 11, 2017

Add Comment

error: Content is protected !!