15 Aktiviti Menarik Anjuran JKKN Selain Berbuka Puasa @ Iftar Kuala Lumpur 2018

15 Aktiviti Menarik Anjuran JKKN Selain Berbuka Puasa @ Iftar Kuala Lumpur 2018 | Berbuka Puasa sambil menikmati keindahan kota Kuala Lumpur dalam suasana senja telah menarik perhatian dan kehadiran pengunjung tempatan dan antarabangsa. Program ini telah dilaksanakan sejak 6 tahun lepas, bermula pada 2012 sehingga 2014 yang dinamakan sebagai Festival Ramadan. Pada tahun 2015 ia telah dijenamakan semula sebagai IFTAR@KL sehingga kini.

- 15 Aktiviti Menarik Anjuran JKKN Selain Berbuka Puasa @ Iftar Kuala Lumpur 2018

Untuk pengetahuan kita bersama, IFTAR@KL 2016 telah Berjaya menarik kehadiran khalayak orang awam keseluruhannya seramai 17,250,600 orang termasuk petugas media. Manakala kehadiran pelancong tempatan berjumlah seramai 66,080 orang manakala seramai 16,520 kehadiran pelancong luar negara.
Foreigner ini mereka datangnya dari negara-negara Asian dan Timur Tengah seperti Korea Selatan, China, Jepun, Sepanyol, Itali, Jerman, Belanda, Amerika Syarikat dan Perancis.

- 15 Aktiviti Menarik Anjuran JKKN Selain Berbuka Puasa @ Iftar Kuala Lumpur 2018

IFTAR@KL 2017 pula menyaksikan peningkatan jumlah kehadiran pengunjung Berbuka Puasa selama tempoh enam hari sepanjang bulan Ramadan ialah seramai 93,588 orang pengunjung termasuk pengunjung luar negara seperti Brunei, Thailand, Singapura, Indonesia, Kazakstan, Korea Selatan, United Arab Emirates dan Kanada.

- 15 Aktiviti Menarik Anjuran JKKN Selain Berbuka Puasa @ Iftar Kuala Lumpur 2018

Wow, meriah betul ya! Sebenarnya Asyraf pun baru tahu itupun sebab dijemput pihak Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) pada sidang media baru-baru ini di Wow KL @ Matic. Ini juga adalah pertama kali Asyraf dapat tahu pasal Berbuka Puasa anjuran mereka. Selama hari ini tengok kat Tv je mereka berbuka puasa anjuran siapa pun kita tak tahu sangat. Hahah .. apapun semasa sidang media ini banyak info menarik yang ingin pihak JKKN persembahkan untuk tahun 2018 ini. Jom ikuti kisah selanjutnya !

- 15 Aktiviti Menarik Anjuran JKKN Selain Berbuka Puasa @ Iftar Kuala Lumpur 2018

IFTAR@KL ini dianjurkan oleh pihak Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara atau dipanggil JKKN adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. JKKN bukan sahaja menjalankan aktiviti kebudayaan dan kesenian di Malaysia malah menyemarakkan nilai-nilai murni, semangat perpaduan, penyelidikan, kerohanian, dan mengetengahkan majlis-majlis Ilmu yang berlandaskan kecintaan kepada Negara.

- 15 Aktiviti Menarik Anjuran JKKN Selain Berbuka Puasa @ Iftar Kuala Lumpur 2018

Antara 15 Aktiviti Menarik Anjuran JKKN Selain Berbuka Puasa @ Iftar Kuala Lumpur 2018 yang akan berlangsung di Jalan Raja, Kuala Lumpur (berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad) dan tempat-tempat terpilih khas ialah seperti Penyediaan dan Pengagihan Bubur Lambuk, Pameran Bubur Lambuk, Produk Pakej Umrah, Tadarus Al-Quran, Sukarelawan, Klinik Tahsin Al-Quran, Jualan Food Truck, Kaunter Zakat, Mobile CTC, Kaunter Sumbangan, Majlis Berbuka Puasa (Iftar), Solat Berjemaah (Maghrib, Isyak dan Terawih), Bicara Ramadan (Ramadan Talk), Konsert Ramadan dan Moreh. Inilah antara 15 aktiviti dan pengisian menarik yang akan dianjurkan dan diadakan pada tahun 2018 ini.

sesi-temuramah-media-IFTAR@KL2018

Best kan ? Menarik ke menarik ? Hahah .. dan paling penting ada surprise lagi yang Asyraf akan bagitahu dekat sini untuk korang alert bahawa pihak JKKN akan membawa siapa lagi di majlis mereka.

- 15 Aktiviti Menarik Anjuran JKKN Selain Berbuka Puasa @ Iftar Kuala Lumpur 2018

Melalui program ini juga, pihak JKKN akan menghiburkan anda semua yang dijemput khas dari Kumpulan Nasyid terkenal Tanah Air iaitu Kumpulan Hijjaz, UNIC, Raihan, dan artis-artis nasyid yang lain. Program ini juga mereka akan menjemput Sahibul Samahah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, YBhg. Dato’ Ustaz Badlishah Alauddin, YBhg. Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzillah Kamsah dan Pencetus Ummah PU Azman. Mereka bukan sahaja berbuka malah akan solat maghrib, isyak dan terawih sekali.

- 15 Aktiviti Menarik Anjuran JKKN Selain Berbuka Puasa @ Iftar Kuala Lumpur 2018

Program IFTAR@KL 2018 ini bukan sahaja dibawa oleh pihak JKKN malah turut mendapat kerjasama baik dan utuh dari pihak rakan penganjuran bersama (NBOS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kementerian Pertahanan Malaysia, Kementerian Kewangan Malaysia, serta pelbagai agensi iaitu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Tourism Malaysia, Islamic Tourism Centre, Jabatan Warisan Negara, Jabatan Penerangan Malaysia, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MAIWP), Masjid Jamek Kampong Bharu, Alam Flora, Food Truck Entrepreneurs dan Sukarelawan Budaya JKKN serta Voluntourism di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

rakan-kerjasama-IFTAR@KL2018

Apalagi nikmat Tuhan yang kita nak pertikaikan ? Haaa .. best majlis ni kan ada ramai selebriti yang terkenal. Jom kita ambil tempat okay.

blogger-IFTAR@KL2018
rakan-media-blogger-IFTAR@KL2018

Berbuka Puasa IFTAR@KL
di Jalan Raja Dataran Merdeka
pada 26 & 27 Mei, 2 & 3, 9 & 10 Jun 2018
(Setiap Sabtu dan Ahad sahaja)

Jom Sertai Kami sebagai
SUKARELAWAN BUDAYA
sempena
IFTAR@KL 2018

rakan-blogger-IFTAR@KL2018

Boleh rujuk nombor telefon berikut untuk keterangan lanjut serta pendaftaran :

03 – 2614 8200 / 8298 / 8263 / 8264

Facebook : Sukarelawan Budaya JKKN

- 15 Aktiviti Menarik Anjuran JKKN Selain Berbuka Puasa @ Iftar Kuala Lumpur 2018

 

- 15 Aktiviti Menarik Anjuran JKKN Selain Berbuka Puasa @ Iftar Kuala Lumpur 2018

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sharing is Caring
  • 36
    Shares

Add Comment

CommentLuv badge
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: