2 Kelebihan dan Keburukan Kerja Shift Bagi Lepasan SPM

ASsalamualaikum, Salam Sejahtera.

Bertemu kembali. Untuk kali ini saya akan bercerita sedikit mengenai kerja shift.

Sebenarnya post kali ini , adalah rentetan Kerjaya Yang Sesuai Untuk Mula Bekerja Bagi Lepasan SPM 2017. Klik sini untuk baca.

Dekat situ saya ada tekankan kerja yang patut remaja lepasan SPM bekerja tetapi ikut shift.

Apa itu kerja shift? Kerja shift ni bagi kebanyakan orang mentafsirkan ia adalah kerja diluar waktu biasa orang sepatutnya bekerja.

Macam orang kerja kerajaan tu. Jam sebaiknya bekerja adalah dari pukul 0800 pagi sampai jam 0500 petang.

Senang cerita. Kerja shift ini waktunya fleksibel.

Waktu fleksibel selalunya ada 3 jenis untuk kebanyakan syarikat jenis private atau swasta.

1. Morning Shift (0600 – 1400)

2. Evening Shift (1400 – 2300)

3. Midnight Shift (0000 – 0800)

Okay, korang nampak dah kan waktu-waktu kerja shift ini macam mana ?

Siapa disini kerja shift ? Okay , kita sama. Hahah ..

Tapi tak lama lagi Asyraf akan kerja office hour.

Alhamdulillah untuk masa depan.

Okay jom kita baca selanjutnya …

Menurut kajian laman web careeraddict.com , ada 10 kelebihan dan keburukan kerja shift ini.

Tetapi Asyraf tekan dua (2) poin sahaja.

Sebab poin ini saja bagi korang terus faham.

Pertama : Waktu yang Fleksibel

Apa kaitan waktu yang fleksibel dengan kerja shift ni ?

Okay, kalau korang ditugaskan kerja midnight. Katakanlah dari jam 12 malam sampai 7 pagi.

Balik kerja , tidur dulu. Tengahari tu korang ada masa nak pergi uruskan benda yang penting macam beli barang dapur ke, bayar hutang bank ke , dan macam macam lagi la korang selalu buatkan.

Tapi korang kena fikir kerja shift ni ada waktu rasa best. Ada masa korang akan rasa bosan bila dah bertemu hari tua.

Tetapi bagi golongan pelajar lepasan SPM khususnya. Kalau adik adik remaja diluar sana sudah terbiasa kerja shift.

Jadi bila sambung stady nanti di kolej universiti, korang dah terbiasa untuk bila tidur dan bila waktu nak berjaga.

Nampak kan apa yang saya cuba sampaikan ni.

Yelah, belajar di kolej universiti ni kan korang kena berkorban masa dan tenaga berjaga malam semata mata nak siapkan assisgnment bagai.

So bila dah terbiasa kerja shift ni. Korang akan jadi biasa. Jadi ini adalah kelebihan bagi adik adik ok.

Jadi , waktu yang fleksibel ini hanya sesuai untuk pelajar yang baru nak berjinak dengan waktu sebegini terutamanya yang akan sambung belajar kelak.

Tetapi keburukan bagi yang dah berumur seperti aku. Hahah ..

Hello , sorry ! Saya baru berumur 20an. Tapi cukuplah ..

Penat weh.

Kedua : Better pay , gaji lumayan.

Memang lah better. Tapi sampai bila nak penat kan.

Saya akui kerja shift ni memang duit gaji nanti dapat memang best kalau apa yang kita usahakan tu berbaloi.

Tapi persoalannya sampai bila nak kerja macam ni dengan tidur tak teratur makan tak terjaga ?

Tetapi berbeza dengan remaja lepasan SPM ya. Korang mesti suka kerja macam ni sebab ramai kenalan boleh kenal dan paling penting dapat duit banyak sebab buat overtime.

Gaji je , terus pergi shopping kan ? haha ..

Lagi seronok bila korang balik lewat malam yelah dah habis kerja pergi lepak dulu kan.

So mak ayah tak fikir tak elok. Mereka hanya fikir mungkin korang tak habis kerja lagi.

Tapi jangan lewat sangat nanti esok nak masuk kerja sakit pulak kepala tu. Jaga kesihatan ok.

So ini kelebihan bagi remaja lepasan SPM tetapi bagi
yang dah berumur dan berkahwin.

Better cari kerja yang terbaik buat anda dan paling penting basic tinggi. Itu je.

Sabtu ahad cuti kan ? Jadi cari pendapatan sampingan buat jugak kerja dapat jugak duit.

Ini hanyalah pendapat Asyraf saja. Mungkin lain orang lain rasanya.

Okay baiklah. Cukup setakat ini. Kalau ada apa apa yang berkaitan post ni Asyraf akan bagitahu ok.

Kalau korang rasa penulisan ini bermanfaat. Mohon share di laman sosial.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sharing is Caring

Add Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: