pesanan-hassan-al-basri-dalam-bisnes
Panduan

2 Pesanan Hassan Al-Basri Jika Ingin Berbisnes. Rugi Tak Baca!



2 Pesanan Hassan Al-Basri Jika Ingin Berbisnes. Rugi Tak Baca! | Anda suka berbisnes? Suka berniaga? Berniaga nasi lemak, kuih muih, air kelapa, berniaga permainan kanak-kanak di market online dan apa jua cabang bisnes yang anda suka berniaga. Tak kisah lah berniaga di dalam premis sendiri atau tepi jalan sekalipun. Jom kita faham 2 pesanan Hassan Al-Basri dalam bisnes.

>> Oh ya sebelum terlupa. Asyraf dah consume supplemen Shaklee sejak 2015 lagi. Jika anda nak dapatkan supplemen Shaklee boleh dapatkan dengan Asyraf disini. <<

Sebelum itu alangkah bagusnya kita kenal dulu serba ringkas Siapakah dia Hassan Al-Basri.

Hassan Al-Basri Seorang Tokoh Tabi’in

Al-Imam Al-Hassan Al-Basri dilahirkan di Basrah. Beliau juga dikenali sebagai Al-Hasan Al-Basri. Beliau yang lahir dua tahun sebelum tamatnya pemerintahan Khalifah Saidina Umar merupakan seorang ahli feqah yang sangat luar biasa, ahli hadis dan juga dikenali sebagai orang yang selalu menasihati orang lain.

Beliau tidak mengira tempat mahupun masa untuk mengingati dan memberi nasihat kepada insan lain. Selain di masjid, di pasar juga beliau memberikan nasihat.

Nasihat beliau kepada semua golongan, orang awam, ulama’, pemimpin mahupun raja. Dalam kehidupan seharian juga beliau adalah seorang ahli perniagaan.

Baca : Kelebihan Berniaga Tepi Laluan Ke Masjid. Berkat Bisnes Wanita Ini Berjaya Miliki Proton Exora!

Pesanan Hassan Al-Basri Yang Sangat Deep Dalam Bisnes. Wajib Kita Faham Untuk Berjaya!

Beliau memiliki dua anak lelaki. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah memanggil kedua anak lelakinya, lalu berpesan…

“Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah ingin kamu lakukan.

1. Bila kamu berniaga, jangan kutip hutang.
2. Bila kamu berniaga, jangan kena matahari.”

Kemudian Hassan Al-Basri mengakhiri hayatnya dan meninggal dunia.

Masa telah berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si Adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si Abang semakin maju dan maju.

Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anaknya si adik. Lalu bertanya,

Si ibu : “Wahai adik, kenapa perniagaanmu semakin hari semakin merosot?”

Jawab si adik: “Saya ikut pesanan ayah.”

Si ibu : “Apakah pesanan ayahmu?”

Jawab si adik : “Ayah berpesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran.”

Pesan ayah lagi, “KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI.”

“Kemana sahaja saya berniaga, mesti bawa payung. Jadi semua perniagaan itu tidak kena matahari sebagaimana pesan ayah.”

Kemudian, si Ibu pergi berjumpa dengan si Abang pula, lalu bertanya.

Si ibu : “Wahai abang, ibu lihat perniagaanmu semakin hari semakin maju, apa yang kamu lakukan ?”

Jawab si abang : “Saya ikut pesan ayah.”

Si ibu : “Apa pesanan ayahmu?”

Jawab si abang: “Ayah pesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi , semua saya JUAL TUNAI. Maka, tidak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar tunai.”

“Kedua , ayah berpesan. “KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI.” Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tidak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari.”

Perbezaan MENTAFSIR sesuatu perkara menjadikan arah hidup yang berbeza. Kalau kita kata ibadah itu hanyalah di tikar sembahyang semata-mata, nanti kita akan meninggalkan kewajipan mencari nafkah terhadap keluarga, kewajipan terhadap negara dan ummah keseluruhannya.

Jadi, belajarlah dari ramai Guru, banyak membaca untuk tambahkan ilmu, minta Allah beri petunjuk, mohon Allah bimbing kehidupan kita, semoga Allah memberikan taufik dan hidayah.

Mudah-mudahan, dengan kefahaman yang betul, kita di muliakan oleh Allah di dunia dan di akhirat.

Nabi Muhammad pernah bersabda;

“Siapa yang ALLAH mahukan kebaikan bagi dirinya, akan difahamkan padanya agama dengan sebenar-benar kefahaman”.



.
kredit IKIMfm Al-Imam Al-Hasan Al-Basri
kredit LaburSaham Hj Mohd Asri

 

error: