Skip to content

3 Cara Buat Duit Online Tanpa Modal 2022

3-Cara-Buat-Duit-Online-Tanpa-Modal-2022

Sebelum korang baca, artikel ini panjang ya iaitu 1209 patah perkataan. So tarik nafas, Bismillah ..

2022 adalah tahun yang sangat mencabar emosi kita sebagai rakyat Malaysia dan seluruh dunia untuk sentiasa cukup duit.

3 Cara Buat Duit Online Tanpa Modal 2022 sumber terbaik untuk kita cari duit sampai dapat.

Lebih lebih lagi sekarang negara kita dan seluruh dunia sedang hadapi fasa endemik selepas w4bak K081d_I8 dan sedang menuju ke fasa krisis ekonomi bermula awal tahun 2023 seperti yang dijangka pakar ekonomi.

Sebelum kita pergi lebih jauh. Fahamkan Maksud TAJUK Artikel blog ni okay.

Kena faham betul betul supaya korang akan faham apa yang cuba aku sampaikan.

Cara Buat Duit Online adalah bermaksud macam mana kita sebagai Student, Ibu Bapa, Ibu Tunggal, Penjual makanan di restoren, Penjual kueh mueh di tepi jalan, Rider Grab, Rider Food Panda, Grab Car Driver dan sesiapa saja lah yang korang cuba fikirkan sekarang ni …

..Nak tahu Cara buat duit online dengan betul. Apakah Caranya ?

Apakah Platform yang patut kita cuba dari sekarang selepas baca perkongsian aku ni.

Untuk pengetahuan korang, aku dah ada dalam platform social media marketing ni hampir 10 tahun.

Tahun 2010 selepas tamat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) telah menjadi saksi tahun keramat ketika itu sehingga lah sekarang bulan December, 2022.

Insya Allah aku akan share di sini.

Apa yang aku cuba kongsikan dengan korang ni, aku sendiri buat !!

Mohon dan Sila kosongkan hati dan kepala otak yang dianugerahkan Tuhan tu untuk kita sama sama faham apa yang cuba aku nak kongsikan, share-kan dan viral-kan dekat korang yang terdesak sangat nak …

Cari Duit Online secara mudah dengan bermodalkan RM 0.00 (zero kos) .

Cara Buat Duit Online Tanpa Modal 2022 di Malaysia

Okay tadi kita dah faham kan maksud sebenar Cara Buat Duit ni sebenarnya.

Siapakah gerangan yang layak nak cari duit dengan cepat dan mudah hanya dengan 3 Cara Buat Duit secara online sahaja ..

#1 – Youtube 

Semua orang tahu sekarang ni dah ramai Youtuber Malaysia dan dunia tumbuh macam cendawan selepas hujan.

Korang perasan ke tak ni ?

Dari budak kecik umur 10 tahun (darjah 5 sekolah rendah) dah ada channel youtube sendiri.

Haaaaaaa … nampak ke tak Apa yang aku cuba sampaikan ni. Cuba pikir 3 kali !

Yang aku perasan lah selama hari ni dekat youtube bersepah orang share itu ini pasal tips kecantikan lah, tips memilih supplemen kesihatan lah, tips nak cari jodoh lah ..

..haisshhh macam macam aku jumpa dekat platform youtube ni

Weii laaa .. rugi sangat korang tak daftar akaun youtube.

Lepas dah daftar tu, apalagi jangan tunggu lama lama SHARE LAH  ..

1. bisnes korang supaya mudah dan cepat orang kenal

2. jika korang rider food panda ke grab driver ke .. share je pengalaman video korang tu .. nanti duit lagi laa masyukk kan lepas korang share video tu, orang akan kenal korang ni rider food.

Senang senang je korang boleh tambah duit poket bila customer dah kenal korang dekat youtube korang jual apa.

Konfem customer tu simpan nombor phone korang ..

3. cikgu matematik, cikgu akaun, cikgu english, cikgu mandarin, .. haaa dah ada channel youtube tu SHARE lah teknik teknik betul supaya orang kita orang Malaysia ni tak lemah dalam pelajaran dan supaya Malaysia sentiasa ada pakar hebat 1 hari nanti .. hasil dari perkongsian video cikgu cikgu ni lah ..

4. ibu tunggal yang kematian suami, atau bercerai dan sebagainya serta mungkin mempunyai 10 orang anak. 5 OKU, 3 nakal, 2 paling baik paling soleh dengar cakap.

Haaaa .. share dekat youtube cara jaga anak sehingga berjaya dan cerita lah macam mana boleh survive hidup tanpa suami .. insya Allah jika ramai orang tengok .. video di-share seluruh pelusuk dunia .. BOOOMM !!! income USD dari google menanti wahai ibu tunggal  🙂

5. korang pikir sendiri sape lagi yang layak buat video youtube. Aku tahu korang sebagai rakyat Malaysia ni semua cerdik pandai kan .. pikirkan sendiri .. hahahah …

Contoh Youtuber yang biasa biasa dari Kelantan ni .. saudara Youtuber Budiey – cuba tengok apa dia kongsikan dekat youtube dia. Almost setiap hari, setiap 3 jam je ada video terbaru Upload – Published dalam masa 24 jam sehari.

Perghhh masyukk teruk nii ..

Okay jangan lupa follow my Youtube Channel kat sini okay ..

Sedih betul dah 15k orang view channel youtube aku tu tapi Subscriber tak sampai pon angka tu .. korang lahh puncanyaa .. ehehehe …

Baca Juga Rahsia Youtuber Naikkan Views Dengan Headline

#2 – Blog

Okay ni yang korang tengah baca artikel 3 Cara Buat Duit Online Tanpa Modal 2022 nii .. ni laa artikel post blog aku.

Daannn … banyak lagi artikel aku tulis.

Sebenarnya blog ni mudah je.

Korang pergi daftar dekat platform percuma ni. Tak payah bayar. Percuma dari google.

Daftar dekat blogger.com

Cari template best best sikit yang memukau dan terus menulis (menaip dekat laptop korang tu laa)

Macam apa yang aku cakap tadi dekat point #1 Youtube tu kan .. Siapakah yang patut Cari Cara Buat Duit Online .. cikgu cikgu, owner bisnes, ibu tunggal dan sesape lah yang rasa nak cari duit online ..

Buat blog !  Tulis je lah apa yang korang suka tulis.

Rujuk sini Panduan Buat Duit Sebagai Penulis.

Okay satu Tips Penting aku nak bagitahu okay.

Nak tulis blog ni jangan tulis macam karangan masa sekolah tu.

Sakit mata aku dan pembaca korang nak baca artikel korang nanti.

Struktur-kan poin poin ikot macam aku tulis ni.

Juga pastikan background blog korang tu warna terang seperti warna puteh, jangan gatal tangan nak edit warna hitam.

Serius wey, kalau aku masok blog yang macam tu, konfem aku keluar terus. Sakit mata !!

Tak sakit kan mata korang baca blog aku ni ? Okay ni Tips mahal tau! So dah Terbongkar .. hahaha !!

Dah Baca? 4 Cara Buat Duit Dengan Smartphone Secara Santai 2022

#3 – Affiliate

Okay account youtube dan blogger korang dah ada kan ?? Haaa … kalau takde pergi Sign Up sekarang !!

Aku tengah imagine korang dah daftar lah yer. ( hati pasrah betol dengan korang yang cute ni 🙂 )

Apa pulak Affiliate ni ? Okay Affilite ni bermaksud ..

– tak perlu ada barang sendiri (digital atau fizikal)
– tak perlu simpan stock
– hanya daftar sebagai agen
– share link produk produk owner tu dekat youtube dan blog korang

BooMmm !! Kachingg .. Duit masyukkk ..

Kalau still tak faham jugak, awak boleh baca artikel Cara Buat Duit Online Dengan Affiliate Di sini tau

Dekat Malaysia ni ada banyak platform nak jadi agen produk produk fizikal dan digital.

Tapi aku sarankan korang jadi agen produk digital.

Komisyen lagi masyukk dan ada Owner bayar komisyen sehingga 50-75% setiap produk digital yang terjual.

Cukup sebulan (23 hari) jika korang ada buat 1 sale pon. Owner produk akan bayar terus.

Ada Owner produk bayar komisyen cukup je 7 hari terus transfer duit.

Ini Platform Affiliate Paling Laris dekat Malaysia dan Sangat Recommended oleh semua Blogger Malaysia

1. Involve Asia – platform affiliate untuk pelbagai jenis produk seperti travelling, sports, hotel, food discounts dan macam macam lagi yang korang boleh buat duit dengan Involve Asia nii.

Selepas daftar. Selain korang share link affiliate tu dekat youtube dan blog korang.

Korang jugak boleh share dekat whatsapp story, facebook dan instagram, twitter, linkedIn, pinterest, tumblr dan sebagainya ..

2. Klik Jer – platform affiliate yang suka share pasal ebook informasi.

Macam kes cikgu cikgu tadi dengan ibu tunggal kan ?

Haaa platform nii ada e-Book yang sesuai untuk kita promote dekat youtube dan blog dan semua socmed yang korang ada.

Huhh ! penat menulis untuk korang ni.

Di harap perkongsian yang mengambil masa 3 jam menulis nii dapat bantu sesiap saja lah yang tengah cari Cara Buat Duit Online dengan mudah Tanpa Modal bagi tahun 2022 onwards.

Dah tahu kan ?

Haaa .. share artikel ni dekat kawan kawan, family members .. Cakap kat mereka.. Moh ler cari duit secara online ni .. mudah je pon ..