3 Cara Mudah Gemukkan Kucing Kesayangan

ASsalamualaikum Warahmatullah, Salam Sejahtera. Salam Ramadhan.

Alhamdulillah bulan mulia ni mudah je idea masuk nak buat artikel banyak banyak.

Serius banyak giler tajuk artikel dah list siap-siap tapi tak menulis je lagi.

Sebab kekangan masa bekerja di bulan puasa ni. Opkos balik dah penat semua kan.

So kita curi-curi masa jugak la.

- 3 Cara Mudah Gemukkan Kucing Kesayangan
Ini antara pengalaman saya bela kucing dari Universiti sampailah ke hari ni. Ketika

artikel ini ditulis masih memberi makan kucing dan bagi kasih sayang yang sebaiknya.

Jemput baca kisah cinta saya dengan kucing kesayangan klik sini – Kucingku Sahabat Syurgaku.

Saya akan kongsikan dengan korang semua 3 Cara Simple Gemukkan Kucing Kesayangan cara saya.

3 Cara Mudah Gemukkan Kucing Kesayangan

1. Mandikan Kucing 2 minggu sekali.

Yang ini saya rasa kebanyakan pemilik kucing outdoor memang tak mandikan kucing. Sebab
duduk kampung halaman. Jadi dia kata insyaAllah bersih.

Bagi saya sebenarnya tak bersih. Memang kita tahu kucing antara haiwan jinak yang
boleh kita pegang, peluk dan bawak tidur tanpa was-was.

Tapi kita kena ingat , kucing pun boleh jadi macam kita ada masa sihat ada masa sakit.

Sakit kucing berbeza dengan kita manusia. Kita sakit , jumpa doktor dapatkan ubat
insyaAllah boleh sihat.

Kucing pulak tanda-tanda awal kita tak nampak. Last-last kita tahu sakit. Padahal
kita dah peluk cium bagai. Jadi kuman pada kucing boleh merebak kepada kita dengan senyap.

Kalau takut kucing cakar kita. Atau kesian tengok kucing kesejukan, mandilah sebulan sekali.

2. Beri Makanan yang Terbaik

Cakap bagi makan kucing ni. Jawapan dia berbeza bagi setiap pemilik kucing ni.

Tapi bagi saya sendiri nak share. Sejak bagi makanan 3 jenama terkenal di Malaysia ni.

Alhamdulillah ibu kucing makin cantek look muda gitu. Dan aktif giler-giler.

Begitu jugak dengan anak kucing 2 ekor baru masuk 5 bulan besar dia kemain. Saya, mak ayah
adik tengok pun terkejut. Besar berat macam dewasa tapi kecil lagi pun. Bulu dia cantik bersinar.

Aktif tu usah cakap la. Kami nak tidur pun dia ganggu nak manja.

3 Jenama Makanan Kucing Terbaik Malaysia : –

1. Royal Canin – Beri makan dalam 3 Bulan saja dan stop
2. Black Wood – Guna yang ini pulak untuk 3 Bulan dan stop
3. Power Cat – Guna jenama ni sekarang sebab murah sikit dan mampu
untuk keluarkan duit. Hahah tercekik jugak kita kan. Kucing makan mahal , kita miskin
bandar. Adoii tak boleh jadi. So, kekal untuk jenama ni dulu setakat artikel ni ditulis.

So semua jenama ni memang bagus dari segi isi kandungan dan cara proses. Rasa selamat la
nak bagi kucing kita makan sebab ada vitamin lagi.

3. 6 Bulan Sekali Pergi Klinik Injection Vaksin/Vitamin

Yang ini kami sekeluarga akan pastikan buat sebab kami pun nak sihat kan.

So kami akan pastikan mereka sihat betul-betul.

Dan kami jauh dari penyakit kucing yang merbahaya merebak senyap-senyap ni.

Faedah dan kebaikan kepada kucing , masalah seperti selalu sakit seperti demam selesema dan luka bila
tercedera dapat pulih segera. Dan kita manusia takde effect pun bila kucing kita dah sedia inject.

Saya harap perkongsian saya ni bermanfaat untuk korang. Kalau korang ada
perkongsian Tips nak gemukkan kucing. Boleh share kat bahagian komen ya.

Terim kasih.

- 3 Cara Mudah Gemukkan Kucing Kesayangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sharing is Caring

Add Comment

CommentLuv badge
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: