3 Cara Mudah Tarik Rezeki di Hari Raya

ASsalamualaikum Warahmatullah, Salam Sejahtera. Moga anda semua dalam keadaan sihat bahagia sentiasa.

3 Cara Mudah Tarik Rezeki di Hari Raya. Mesti korang pelik kan. Ada jugak eh ?
Ya, memang ada dengan pelbagai cara.

Tapi 3 benda ini je yang saya akan kongsikan kepada anda. Sebab manusia ni suka tahu benda yang simple tapi bermakna.

Hahah , jauh pulak melencong.

Sebenarnya cakap pasal cara atau kaedah nak menarik rezeki dekat-dekat dengan kita ini banyak. Boleh dikatakan setiap hari pun kita dinasihatkan menarik rezeki dengan bangun awal pagi solat fardhu subuh dan berpagi-pagian (means – baca Quran ke , bersih rumah ke dan sebagainya yang bermanfaat).

Okay , jom saya share kepada anda 3 cara mudah tarik rezeki di Hari Raya :-

1. Solat Sunat Hari Raya

Ya , solatlah kamu sebelum disolatkan. Nampak macam menakutkan peringatan ni. Tapi bermakna sekali dalam setiap insan untuk meneruskan kehidupan.

Mak Ayah kita kan selalu berpesan , “Nanti kerja sibuk macam mana pun, jaga solat. InsyaAllah rezeki banyak”.

Apa yang mereka cakap tu kadang kita ambik sempoi , ambik biasa je. Tapi kalau dah kata kita ni Muslim. Pokoknya solat tu tetap dijaga dalam keadaan macam mana sekalipun. Haa , dah macam Ustaz pulak kita.

Hokay, fokus. huhu ..

Tapi seriusly lah , ini pengalaman sendiri bila dah kerja terutamanya. Memang terasa deep giler. Bila kita solat semua perasaan takut gemuruh dan rasa tak boleh buat boleh jadi okay je. Semua kerja mantap di mata bos. Inilah rezeki.

Walaupun orang akan kata , alah solat sunat je pun. Setahun sekali je. Apa hal! Yes , betul tu kawan-kawan.

Tapi lain kot kalau kita solat sunat Hari Raya ni. Lain kan rasanya .. Tak pernah rasa luar biasa bila kita selesai solat raya then jumpa sanak saudara bermaafan. So inilah peluangnya.

Takpe , ada masa lagi guys. Bersyukurlah kita sebagai Muslim ada dua perayaan besar Hari Raya Adil-Fitri dan Aidil-Adha.

“Sesungguhnya Solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang beriman yang tertentu waktunya” – surah An-nisa’ ayat 103

2. Ziarah Menziarahi sanak saudara

Pernah kita dengar dari Mak Ayah kita atau orang kampung , kalau kita nak hidup harmoni dan rasa kasih sayang sesama kita. Kita mesti panjangkan silaturrahim dan hidupkan aktiviti ziarah jiran-jiran sekitar rumah dan sanak saudara.

Memang betul pun. Mak Ayah jugak ada berpesan selalu. Kalau ada tetamu datang rumah kita bermakna ada rezeki nak masuk.

Itulah sebab jika tetamu datang rumah kita kena bersungguh-sungguh mengalukan kedatangan mereka. Takut-takut disebabkan perkara kecil yang kita tak perasan kita boleh mengundang rezeki yang sepatutnya dapat ke kita, tak dapat.

Ziarah ni banyak jenis samada kita balik kampung halaman yang jauh untuk bertemu keluarga yang
susah sangat nak jumpa kita sebelum ni. Kita yang datang sana. Moga-moga kedatangan meriahkan suasana terpaliknya rezeki. InsyaAllah Amiiin.

“Daripada ibnu Umar dan Aishah, kedua-duanya berkata,
Nabi Muhammad menyatakan :-  “Jibril sentiasa memesan kepada aku supaya berbaik-baik dengan jiran hingga aku menyangka bahawa Jibril akan menetapkan hukum pusaka antara sesama jiran.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

3. Bagi Duit Raya

Paling best bila di Pagi Hari Raya lepas solat raya serta bersalam-salaman bersama keluarga tercinta. Mak Ayah kita akan bagi angpau. Hahah , best kan ? Tak kisah berapa jumlah dalam tu asalkan dapat angpau.

Sebenarnya angpau duit raya kita dapat dari sesiapa yang sudi beri kat kita inilah penarik rezeki bagi orang yang memberi.

Bila kita dapat duit raya , mesti kita gembira kan ?

Jadi kat sini, orang yang memberi duit raya dengan niat sedekah atau hadiahkan kita tu dah dapat pahala dan rezeki dalam pelbagai sudut hanya sebab mengembirakan orang.

Daripada Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah SAW berkata, “Harta tidak akan berkurangan dengan sebab sedekah. Dan Allah tidak menambah kepada seseorang hamba dengan sebab kemaafan yang diberikan (kepada orang lain) melainkan kemuliaan kepadanya dan tiada merendah diri seseorang itu melainkan Allah akan mengangkatkan darjatnya”.

(Riwayat Muslim)

Lengkaplah sudah 3 poin yang ringkas tapi bermakna ini buat kita semua. Doa kita bersama moga
antara banyak-banyak cara dapat rezeki. 3 Cara Mudah Tarik Rezeki di Hari Raya ini dapat kita amalkan selalu terutama di bulan ramadhan dan dua hari raya umat islam.

Terima kasih sudi menjadi Followers setia blog ini dan terima kasih juga kerana
setia membaca artikel sampai habis.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
VIRAL KAN

KLIK DAN TERJAH

3 Comments

    1. Terima kasih juga Mama Syafi. InsyaAllah ada lagi perkongsian akan datang. Asyraf akan siarkan lagi.

      Mohon SHARE, moga ramai tahu benda ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge