3 Iklan Raya Deepavali 2019 Paling Viral Dari Company Besar Malaysia

3 Iklan Raya Deepavali 2019 Dari Company Besar Malaysia | Umum semua mengetahui bahawa negara Malaysia merupakan negara asia yang paling popular dan digemari untuk dilawati sepanjang tahun oleh penduduk seluruh dunia. Mana taknya, kerana negara kita Malaysia mempunyai 3 jenis kaum yang sangat harmoni lagi sopan apabila berbicara bersama orang luar.

Saya seorang Melayu. Mempunyai kawan baik berbangsa Cina dan India. Sejak kecik lagi kami sentiasa berkawan sehingga kini. Yang saya suka sangat dengan kawan baik saya ni, kedua-duanya memang fasih bercakap melayu.

Itulah yang membuatkan saya rasa seronok apabila berkawan dengan kawan yang berbilang agama dan kaum ni.

Pagi Ahad 27 Oktober 2019 ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Deepavali kepada kawan-kawan berbangsa India saya. Semoga perayaan kali ini akan membuatkan korang sentiasa berada dalam cahaya kejayaan.

Pagi ni jugak, tiba-tiba lepas solat subuh tadi. Membuak-buak rasa nak tengok video Trending yang ada di youtube. Saya search lah iklan video perayaan Deepavali 2019. Tak sangka! Banyak jugak view tontonan hits di youtube berkenaan perayaan Deepavali ni.

Antara Syarikat Besar Terkemuka yang popular dan dikenali di Malaysia ini mereka telah menyajikan kita sebagai rakyat Malaysia bahawa perpaduan dalam kehidupan seharian sangat perlulah kita dalami dengan hati yang murni.

Baca Juga [6 Fakta Menarik Perayaan Deepavali Wajib Kita Tahu]

3 Company Besar Malaysia Menyajikan Iklan Video Raya Deepavali 2019

1. #PETRONAS DEEPAVALI 2019: Thanggam – disiarkan di youtube pada 22 Oktober 2019 views 2.5 juta

2. RHB GROUP DEEPAVALI 2019 : Strength to Rise – disiarkan di youtube pada 02 Oktober 2019 views 6.8 juta

3. CIMB DEEPAVALI 2019 | Arvin’s ReDeepavali – disiarkan pada 13 Oktober 2019 views 1.3 juta

Seronok kan tengok? 3 iklan video dari tiga syarikat besar Malaysia ini je yang saya tengok buat masa ni. Yang lain kejap-kejap lagi lah layan. hehehe…

Sumber Gambar featured image: TheIndianExpress