3 Jenis Orang Yang Sangat Sangat Perlukan Snickers Oats

Launch-of-SNICKERS-Oats-preview
3 Jenis Orang Yang Sangat Sangat Perlukan Snickers Oats | 
Korang tahu ke tak dekat Malaysia terutamanya ni ada 3 jenis manusia atau bahasa lebih memahami antara kita adalah orang yang sangat sangat memerlukan Snickers Oats. Kalau tak tahu jom Asyraf kongsikan .. hehehe …

3 Jenis Orang yang Sangat Sangat Perlukan Snickers Oats ialah mereka yang rutin hariannya ..

1. Terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan segera terutama mereka yang bekerja di office khusus bahagian HR. Hahaha .. ini sudah pastinya kan ..

2. Pelajar universiti kolej yang sibuk je dengan assignment. Pagi kelas, petang aktiviti sukan .. malam kelas tuisyen lagi .. adoi sibuk betul ni ..

3. Korang sendiri yang tengah baca artikel ni sibuk nak kesana sini. Tunggu Uber Grab nak ke shopping mall atau kemana mana lah nak pergi ..

Jadinya, 3 jenis orang yang Asyraf gambarkan ni sudah semestinya akan terasa lapar betul bila tiba waktu perut berbunyi. Krut..krut!! .. Jawapannya mestilah Snickers Oats.

Launch-of-SNICKERS-Oats

Yeyyy, bestnya dapat makan!

Seriusli korang. Best tak terkata bila dapat makan. Korang tahu ke buat buat tak tahu ni ? Hahahah … Bila plastik Snickers Oats terbuka je, ngappp .. terus masuk ke mulut yang seksi ni. Terdiam sekejap .. serius tak terkata okay.

Bagi korang yang penggemar coklat terutama jenama keluaran Snickers. Snickers Oats ini padat dengan oat dan digabungkan dengan rasa coklat mewah yang pekat, disaluti caramel dan kacangnya yang pasti korang sendiri tahu keenakan apabila merasai kenikmatan Snickers terbaru ini.

Krapp ..krappp bunyinya bila dikunyah ok. Hehehe …

3-Jenis-Orang-Yang-Sangat-Sangat-Perlukan-Snickers-Oats

Seperti mana yang diperkatakan Ms Yee Pek Kuan, Category Business Unit Director of Mars Developing Asia ;
“ Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan waktu menunggu terasa lebih lama dan salah satu daripadanya ialah berasa lapar. Akibatnya, kita akan berasa gelisah, tidak sabar, malah mungkin juga menjadi seseorang yang tidak begitu menyenangkan. Disebabkan rakyat Malaysia meluangkan purata satu jam semata-mata untuk perjalanan, ia bukan sahaja menjejaskan emosi tetapi juga menyebabkan banyak masa berharga hilang. Oleh itu, kami percaya SNICKERS Oats boleh membantu pengguna yang sering perlu menunggu lama setiap hari untuk membantu mereka bertahan kerana ia adalah snek mudah yang boleh dinikmati sebelum waktu makan seterusnya.”

Nanti tunggu dulu sekejap ! Snickers Oats dari sekarang sehingga 1 April 2018, akan menawarkan juga hadiah hadiah bernilai berjumlah lebih RM10,000 melalui peraduan yang dianjurkan dalam talian (online). Macam mana tu ? Okay mudah je .. Buat satu video live melalui facebook live atau video instagram. Dalam video tu, ceritakan lah kenapa coklat Snickers ni selama ini dapat membantu kehidupan seharian. Mungkin boleh cerita sedikit pengalaman lah.

Korang jangan lupa tahu letak hashtag #SnickersOatsHungerStoryMY untuk perhatian pihak Snickers okay.

Untuk maklumat lanjut mengenai SNICKERS Oats dan peraduan dalam talian boleh layari laman facebook yang tertera :

Facebook Rasmi   :   https://www.facebook.com/SnickersMalaysia/

Hashtag Rasmi     :   #SnickersOats  #SurviveTheLongWait

Survive-The-Long-Wait

p/s – tidak dilupakan kepada BudakBandungLaici for the last 2 pictures.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sharing is Caring

Add Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: