3 Rahsia Ombak Villa Langkawi Yang Mat Saleh Dok Kata Laa Ni

3 Rahsia Ombak Villa Langkawi Yang Mat Saleh Dok Kata Laa Ni | Trip kali ini aku sangat seronok sebabnya dah lama tak pergi Langkawi. Antara pantai yang menarik di Malaysia bukan itu sahaja ada pelbagai aktiviti yang kita boleh lakukan apabila bermalam di Pulau Langkawi. Travel kali ini aku datang bukan dengan fameli sendiri tetapi dengan kawan-kawan yang sangat baru dalam dunia social media ini.

Aku bukanlah orang lama dalam industri terutama Travel ini. Tetapi apabila dijemput untuk menyertai grup ini. Alangkah gembiranya hati apabila kita dijemput untuk penjelajahan sekitar kawasan Pulau Langkawi ini. Team aku ini terdiri dari tim penulis-penulis blog dan juga dimeriahkan oleh tim Insta-femes. Atau mereka ini dikenali sebagai Social Media Influencer.

Aku bukan taraf ini lagi tetapi apabila rezeki datang menjemput. Kenapa tidak aku nak menolak kan? Tak baik, teruskan niat murni itu. Alhamdulillah!

Lobby-Check-In-Ombak-Villa-Langkawi

Sebenarnya aku sangat gembira mengikuti trip Travelogue ini tau. Jom aku mulakan artikel pertama ini dengan penulisan 3 Rahsia Ombak Villa Langkawi Yang Mat Saleh Dok Kata Laa Ni. Mesti korang pelik dengan tajuk artikel ini. Oppss, maaf tajuk artikel ini direka selama 5 minit tau! Giler nak fikir ayat apa yang sesuai.

Akhirnya selepas dibelek-belek gambar sekitar aku di Ombak Villa. Maka, ini tajuk yang akan aku bagitahu korang kejap lagi apa dia rahsia-rahsianya tu. Hehehe ..teruskan bacaan…

OMBAK VILLA LANGKAWI ini memang dikenali sebagai resort untuk orang yang ‘ada-ada’ je bak kata pemandu LADA. Entah aku dah lupa nama abang tu. Sepanjang perjalanan kami dari Langkawi International Airport ke Ombak Villa yang mengambil masa lebih kurang 10 minit. Dalam perjalanan itulah abang driver LADA ini cerita macam-macam. Aku dengar jelah.

Tapi bagus jugak aku dengar kan. At least ada info menarik aku nak kongsi dengan korang yang khusyuk tengah baca artikel ni. Hehehe…

Setibanya aku dan tim travel di main entrance Ombak Villa. Yes, betullah kata abang driver tu. Terkejut woo, memang resort ini hanya orang ‘have-have’ je singgah.

Sabar ya, aku tahu korang dah tak sabar nak tau apa yang Rahsia sangat Ombak Villa Langkawi ni sampai orang ‘have-have’ ini memang sinilah tempat mereka nak rest dari kesibukan ibukota terutama Kuala Lumpur.

Swimming-Pool-Ombak-Villa-Langkawi

Yang menariknya, staff Ombak Villa cakap, once dah turun dari kenderaan jangan usik langsung you all punya bag. Biar mereka yang uruskan tak kisahlah anda baru pertama kali rasainya kenikmatan ini tetapi biarkan mereka saja yang uruskan. Semasa urusan Check-in korang diuruskan.

Duduklah dulu dekat mana-mana kerusi sofa yang mereka telah sediakan. Yes, minuman pelbagai perisa dan warna akan datang sepantas kilat untuk mententeramkan hati korang yang terlalu excited bila masuk ke resort ini.

Serius aku katakan, aku juga terpesona dengan layanan mesra staff Ombak Villa dan keramahan mereka mengendalikan kerenah kita sepanjang di sana.

Yang bestnya, sebelum kami ke Villa masing-masing yang telah diaturkan mereka. Kami dibawa staff Ombak Villa berjalan-jalan pusing sana-sini menaiki Buggy comel untuk melihat sekitar kawasan mewah ini untuk mengenali jenis-jenis Villa yang terdapat disini dan juga mereka menunjukkan tempat-tempat Hot untuk ambil gambar puas-puas. Haaa, kau rasa?

Baik ke tidak staff Ombak Villa Langkawi ni. Dah lah, driver Buggy mereka pun comel-comel. Maksud aku comel tu sebab diorang ni jenis melayan je kepala kami berceloteh atas buggy tu. Gelak sakan tak ingat dunia! Hahaha…

Infront-Ombak-Villa-Langkawi-Ombak-Suite

Selepas semuanya selesai pusing sana pusing sini. Akhirnya, kami dihantar ke Villa masing-masing. Masuk je bilik, haaa tengok. Semua barang-barang kesayangan aku dah tersedia dekat bilik tanpa satu pun yang tertinggal. Mereka ini memang betul-betul telah di-train untuk tidak mengambil barang orang sesuka hati. Nampak ekslusifnya tu. Wah, seronok betul stay dekat sini!

Okay jomlah aku nak cerita apa yang menarik yang pastinya korang kena booking jugak lepas ni bila datang ke Langkawi.

Back-view-Ombak-Villa-Langkawi-Ombak-Suite

OMBAK VILLA LANGKAWI mempunyai 3 jenis Villa yang sangat unik dan kemewahannya terserlah dari setiap Villa yang ada.

Antara Villa Unik dan Mewah mereka adalah :

1. Ombak Suite
– Mempunyai 76 unit
– Berkeluasan 63sqm
– 3 jenis bilik Double, Twin or Triple Sharing
– Bathroom with Bathtub & separate Rain Shower
– Private Balcony
– Dedicated Handicap Rooms

2. Seroja Suite
– Mempunyai 2 unit
– Berkeluasan 198sqm
– 4 Poster Bed
– Bathroom with Jacuzzi
– Separate Rain Shower & In-door Water Feature
– Living Room with Dining Area
– Private Balcony

Rumah-Tun-Mahathir-Ombak-Villa-Langkawi

Villa Seri Kasturi inilah satu-satunya Villa Tun M untuk bermalam ketika singgah di Pulau Langkawi.

3. Villa Seri Kasturi
– Mempunyai 1 unit
– Berkeluasan 417sqm
– 3 Bedroom with Suite Bathroom
– Jacuzzi in Master Bedroom
– Guest Waiting Room
– Living Area
– Dining Hall
– Powder Room
– Kitchen
– Private Balcony

Haaa, terkejut tak? Semua kelengkapan rumah orang ‘have-have’ ada. Dekat Ombak Villa pun ada ni. So kalau rasa nak merasai pengalaman ni. Bolehlah ushar-ushar ya.

View-inside-Ombak-Suite-Ombak-Villa-Langkawi-siang-hari

Antara fasiliti yang terbaik yang aku rasa sangat penting apabila kita bermalam di kawasan pulau di negara orang ini, terutama pelancong luar negara. Ombak Villa menyediakan STD/IDD telephone line. Safe Deposit Box. 24 hrs room service. Haaa ini yang best anything emergency kan. So senang nak itu ini. Yang penting private balcony di setiap Villa yang mereka sediakan untuk tetamu. So takde masalah kalau korang nak buat kerja dalam keadaan aman sejahtera.

Okay berbalik kepada tajuk asal artikel ini ditulis 3 RAHSIA OMBAK VILLA LANGKAWI YANG MAT SALEH DOK KATA LAA NI adalah ini penyebablah aku rasa tak nak balik lagi bila dah sampai waktu nak check-out. Menangis sepuasnya!

Korang kena tahu jugak sebelum sampai ke Pulau Langkawi ini.

View-Bilik-Ombak-Suite-Ombak-Villa-Langkawi-malam-hari

1. Hanya seharian bermalam di Ombak Villa Langkawi bagaikan seperti layanan bak ‘Royal Family’.

– dari mula check-in sampai lah nak check-out semuanya macam VIP lah senang cerita. Kekok pun ada rasa tak selesa bila dilayan seperti ini. Tapi apakan daya. Mereka telah menerapkan hal-hal kesopanan ini setiap kali tetamu masuk ke Villa mereka.

Terutama bila nak check-out. Buggy dah tunggu! Ya Allah segannya kita lewat. heheh ..

Salute Ombak Villa! 5 Star …

View-Balkoni-Dari-Dalam-Bilik-Ombak-Suite-Ombak-Villa-Langkawi

2. Reka Bentuk Setiap Villa terutama dari check-in counter sehingga ke setiap sudut Ombak Villa ini. Ciri-ciri design mereka menerapkan konsep Melayu Tradisional. Tetapi masih menyinarkan konsep moden untuk interior design disetiap bilik.

Aku sangat suka hal ini. Kerana aku suka seni-seni melayu terutama keunikan kesultanan itu terserlah di setiap sudut.

View-Balkoni-Ombak-Suite-Ombak-Villa-Langkawi

3. Banyak tempat menarik untuk bergambar

Serius, terlalu banyak sudut menarik, unik dan ekslusif yang Ombak Villa ada untuk yang jenis kaki ambik gambar ala-ala model ini. Aku taklah nampak sangat model tu. Tapi bila gambar aku diambil dengan teknik yang betul. Konfem meletup gambar tu. Kira boleh jual lah. Hahahah…

model-of-the-year-Ombak-Villa-Langkawi
DAH BACA : The Gemalai Village Langkawi. Resort Terapi Tidur Atas Sawah Padi.

Okaylah, cukup setakat ini perkongsian aku mengenai Ombak Villa Langkawi. Aku sangat recommend kepada korang yang nak rasai penginapan mewah, selesa sekali sekala kan. Better booking lah Ombak Villa ini. Oh ya, sebelum terlupa. Ombak Villa ini femes dikalangan pengarah penerbit filem drama Malaysia untuk shooting scene. Jadi semasa trip Travelogue ini, kami dikejutkan dengan kedatangan Miera Filzah, Remy Ishak dan Rozita Che’Wan untuk drama apa entah dekat Astro tu. Haaa, apa tunggu lagi.. Jom booking OMBAK VILLA LANGKAWI!

Ombak Villa Langkawi
Lot 78, Jalan Kuala Muda,
Padang Matsirat, 07100 Langkawi,
Kedah Darul Aman, Malaysia.

Call : +604 – 955 8181
Faks : +604 – 955 8881

Website:
www.ombakvillalangkawi.com

The Langkawi Travelogue is brought to you in a collaboration between Borakkita Media / Travelogue Malaysia and The Influenzas team.. supported by LADA. Thanks to our main sponsors – Mega Watersports , Umgawa Legendary Adventures, Sea Splash, Crocodile Adventureland, Ombak Villa, Nadias Hotel, Smiling Buffalo, Huggin’ Hippo….

As well as.. The Cliff Langkawi, Anytime Holidays, Sky Trex and the Royal Langkawi Yacht Club

- 3 Rahsia Ombak Villa Langkawi Yang Mat Saleh Dok Kata Laa Ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sharing is Caring
  • 3
    Shares

Add Comment

CommentLuv badge
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: