3 Sebab McCafe Jadi Pilihan

ASsalamualaikum, Salam sejahtera to all friends.

3 Sebab McCafe Jadi Pilihan | Sebabnya saya peminat tegar coffee. Tak dapat minum coffee dalam 1 hari
rasa ada perkara tertinggal. Hahah nampak tak ..

Rasanya bukan saya seorang je yang peminat kopi. Tentu yang tengah baca artikel ini pun peminat gila kan ?
Itu sebab awak berada kat sini.

Pergilah kemana mana tempat dalam Malaysia ni rasanya penuh dengan restoran McDonalds.
Walaupun iklan iklan yang dipaparkan simpel je tetapi Wow .. memukau pemikiran saya untuk singgah
walaupun masa tengah driving tu laju je ..

Biasanya kalau saya singgah McDonalds ni, tak sah kalau dalam menu saya takde Coffee
drinks. Maaflah saya tak minum dah air gas sejak tahu fakta tersembunyi. Opps! ..

 

3 Sebab McCafe Jadi Pilihan Semua Orang

3 Sebab McCafe Jadi Pilihan Semua Orang kerana ia sudah ada nama dalam industri Food
and Beverages. Bukan itu saja, apa apa menu yang dipromosi baik harganya mahal pun orang sanggup beli.

Ya, fakta tu betul. Tapi 3 sebab McCafe menjadi pilihan kebanyakan orang sekarang
faktornya : –

1. Kopi Mesra Duit Poket

Buat apa nak bazir duit walaupun bayar segelas kopi murah. Maksud saya ‘instant coffee’.
Korang sendiri pernah dengar kan. Kadang tu bayar sampai RM2, tapi rasa air panas dia
macam orang buat air tu jerang air paip tak bertapis.

Korang punyalah peminat kopi macam saya tapi bila minum ya Tuhan nasib baik
tak tersembur depan kawan. Aduh putus selera brekfest pagi tu.

Itu kes air panas dari paip berkarat. Belum lagi kalau terlebih atau terkurang gula.

Konklusinya, dapat kan segelas Coffee McCafe serendah RM5.00 sahaja. Boleh pilih nak saiz
medium atau besar.

Asyraf dah minum, 1 gelas pun dah buat rasa happy dan kenyang boleh tidur. Hahah ..

2. 100 Peratus Kopi Berasaskan Arabica

Faham tak kopi arabica ni apa ? Kopi Arabica ini dikatakan adalah dari sumber tumbuhan asli.
Jika mahu dipasarkan memang agak mahal sebabnya ia asli dari sumber yang sebaiknya.
Bukan instant coffee bancuh siap terus minum.

Mesti pelik kan Kopi Arabica jenis yang mahal tapi bila masuk pasaran dijual serendah RM5 je.

Well, McCafe kan dah ada nama dalam industri sudah tentu murah je bila kita nak minum.
Ini semua strategi pemasaran bisnes.

Lain bisnes lain strateginya. Hehe ..

Tapi seriusly, kalau minum memang rasalah kopi ni mahal sebab baunya pun dah menunjukkan mahal.
Kata orang bisnes, lagi kuat bau kopi tu lagi mahal harganya.

3. Simple Pleasure

Bak kata orang puteh ; These “little” guys have the power to transform
your everyday life.

Maksudnya Kopi Arabica Orginal dari sumber asli McCafe serendah RM5 saja mampu membuatkan kita
terutama saya yang akan mengadap blog nak menulis itu ini jadi indah.

Senang cerita, kopi ini akan buat korang bahagia lah. Sebab keenakan baunya yang mempersona dan
membangkit rasa semangat bila dinikmati.

Diantara banyak bannyak pilihan. Faveret Asyraf McCafe Cappuccino
dan McCafe Ice Blended Mocha.

Faveret korang mana satu ? Cuba SHARE sini ..

#mcCafe #coffee #arabicabeans #latte

#mcDonaldsmalaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sharing is Caring

2 Comments

  1. anuar January 11, 2018
    • asyrafasri January 11, 2018

Add Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: