3 Sebab Tak Bagi Sesiapa Pinjam Kereta

ASsalamualaikum Warahmatullah, Salam Sejahtera. Salam Bahagia semua.

2017 adalah tahun yang sangat struggle dan survive bagi kebanyakan orang termasuk saya sendiri. Kereta tak boleh pisah dari hati seseorang yang baru saja grad. Paling bahagia bagi seorang remaja yang baru je 3 bulan pertama kerja dah nak pakai kereta.

Lebih bahagia katanya 1 bulan kerja dah nak pakai kereta.

Inilah dia rasukan orang yang jenis kaki jalan.

Takpelah kita tolak tepi dulu.


Cuma artikel kali ni, Asyraf nak cerita sikit pasal 3 Sebab Tak Bagi Sesiapa Pinjam Kereta bila orang nampak kau dah berkereta.

Bukan kita kedekut atau kita sombong tapi 3 sebab ini memang kita patut fikir sebelum apa-apa terjadi :

1. Insurans Atas Nama Aku

Bila kita dapat beli kereta atau lebih senang lulus pinjaman dari bank untuk kita miliki sesebuah kereta. Biasanya bank dah siap bagi insurans kat kita.

Masa nak ambik kereta, kita dah bersetuju nak ambik kereta yang kita berkenan tu sekali dengan insurans. Jadi sejak itu insurans dan segala bagai dah terletak atas bahu kita.

Maka fahamlah bahawasanya, jika kita rela bagi kawan atau sesiapa saja pinjam kereta maka jangan menyesal tak sudah apabila berlaku benda yang tak sepatutnya seperti kemalangan.

Cakap pasal kemalangan ni ada 2 hal. 2 jenis hal ni kita sebolehnya tak nak terjadi.

1 hal kita drive kita terlanggar atau saja-saja langgar orang.

2 hal kita dilanggar.

2 hal tersebut susah sikit kita nak nampak siapa yang salah jika kereta milik kita dipandu oleh kawan baik (sekalipun kita percaya dia),  dan susah untuk kita nak setel isu ini bila terjadi.

Rasanya korang pun faham situasi ni.

2. Cara Aku Drive Lain, Cara Kau Drive Lain

Okay yang ni kita paling takut.

Takut kat sini bermaksud .. jenis kau drive kereta baru atau jenis second-hand (lepas lulus pinjaman) lain cara memandu.

Sebagai contoh si Lelaki Hot jenis drive kereta masa nak start enjin tengok apa yang patut sebagai langkah keselamatan. Selepas enjin dihidupkan, dia pakai seatbelt dan setiap kali dia memandu dia mematuhi undang-undang jalan raya dan sentiasa tengok side mirror.

InsyaAllah si Lelaki Hot mungkin selamat.

Si Lelaki Sendu cara memandu kereta asal dapat kunci kereta je terus pandu dengan tergesa-gesa. Bukak je pintu kereta terus start kereta. Tanpa melihat signal-signal penting (safety-signal) dekat dashboard sebelum kereta dihidupkan.

Makanya disini si Lelaki Sendu mungkin tak selamat satu perkara. Kedua dia telah memendekkan jangka hayat kereta orang yang memberi pinjam.

Soalan untuk korang, pernah tak korang naik kereta beramai-ramai dan seorang kawan korang yang drive tu bila tekan minyak je mesti macam bawak motorsikal ? Maksudnya dekat sini, dia drive macam biasa tapi cara dia tekan minyak “sekejap tekan, sekejap tak”.

Korang tahu kan jika pedal minyak ditekan macam tu akan buat pembakaran kereta makin tinggi dan opkos minyak cepat habis. Bukan itu je akan mengurangkan prestasi enjin untuk tempoh lama sehingga tahun ke 9 korang bayar kereta.

Korang nak ke perkara ni terjadi ? Jawapan Asyraf mudah je .. opkos saya susah nak percara orang pinjam kereta  walaupun kau kawan baik. Haha .. ini serius.

3. Kalau Kau Pinjam Kereta, Aku Nak Pakai Apa ?

Yes ini satu dilema lagi sebenarnya. Kau pun faham-fahamlah kawan tu, kalau parents dia kaya. Kau nak drive  kereta dia sekalipun rasanya takpelah sebab kawan kau still ada kereta lain dia nak guna.

Ini kawan kau bukan orang kaya bukan orang berada. Dia dapat pinjaman kereta pun dia USAHA macam nak gila.

Kau suka-suka je nak buat dia nangis.

Sebenarnya artikel ini ditulis sebab kawan ditempat kerja nak pinjam kereta. Jawapan saya ketika itu selepas  dia wassap senang jer saya balas.

‘Maaf ya mak ayah memang tak suka kawan pinjam kereta sejak dulu’.

Okay ini jawapan selamat sebenarnya untuk tutup cerita. Lepas korang bagi jawapan ni konfem dia tak
reply dah wassap kau. Maknanya dia faham.

Tetapi kalau kau jenis bagi 3 poin sebab aku tak suka bagi orang pinjam kereta. Kesimpulannya ,
kawan korang still akan pertikai itu ini dan macam-macam lagilah.

Dan mungkin kawan kau tak nak kawan kau dah. Konfem !

Kalau rasa artikel ini sangat membantu untuk future sebelum terlambat.
Baiklah di SHARE di media sosial.

Terima kasih.

*kredit gambar diambil dari Paultan dot org

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KONGSI :

KLIK DAN TERJAH

11 Comments

    1. Yes mulut mesti manis maa. Bab kereta bro, susah sikit laa .. sebab monthtly semua kita bayar .. so kawan-kawan kita kena faham pengorbanan kita ni ..

    1. Menyesal tak sudah la. Serius weyh, bab pinjam kereta ni susah sikit la. Thanks bro sokong aku walaupun pendapat tapi my perasaan jugak ni .. huhu ..

    1. Senang citer takkan bagi pinjam. Lantak kaulah tak nak kawan aku. Kesah pulak. Ramai lagi manusia nak berkawan ngan aku .. hahah ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge