3 Tempat Menarik Wajib Dilawati Sambil Menikmati Great Deal On A’Famosa Resort

3 Tempat Menarik Wajib Dilawati Sambil Menikmati Great Deal On A’Famosa Resort | Siapa yang tak kenal dengan Melaka Bandar bersejarah pelbagai lokasi menarik yang ada. Amat rugi kalau datang sekejap 1 malam ke Melaka kalau tak singgah tempat tempat ini.

Seriusli, kalau Asyraf datang melawat ayah sedara sebelah mak pun kalau mak kata kita tidur 1 malam pun jadilah. Jadi Asyraf takkan lepaskan peluang untuk jalan sana sini bagi melihat sendiri apa yang menarik dan tertarik di negeri Baba Nyonya ni.

Dekat Melaka ni jugak kan ramainya insta-femes yang lahir. Opps, hahahah …

Memandangkan 1 malam je kami berada di Melaka saja saja nak lawat ayah sedara, adik emak yang dia sayang sangat tu. Hehehe .. maka Asyraf tak dapat nak tidur di hotel terutama A’Famosa Resort. Tapi kali ni Asyraf nak kongsi 3 Tempat Menarik Wajib Dilawati di Melaka. 3 tempat ini je sempat lawat sepanjang 1 hari di sana.

3 Tempat Menarik Wajib Dilawati di Melaka ..

1. #MelakaDesert

Kalau anda yang jenis suka melayari instagram. Mesti tahu penggunaan hashtag hashtag kan? Cuba skrol instagram #MelakaDesert mesti akan mengerti apa yang dimaksudkan. Hehehe …jangan fikir desert makanan tu yang ni adalah tempat femes bagi kaki kuat bergambar. Orang kata kaki hipster tu ahahahha …

#MelakaDesert atau lebih dikenali sebagai Pantai Klebang sangat popular dengan kebanyakan newbie photographer yang nak kan gambar menarik, cantik dan memukau followers. Untuk ke sana, hanya caj RM3 menaiki 4×4 dari parking pantai ke lokasi. Jangan cuba jalan kaki pergi balik serius berpeluh 1 badan. Silap silap nanti tak dan nak bergambar mandi peluh je.

2. The Shore Sky Tower

Okay bagi sesiapa yang suka aktiviti mencabar kan. Inilah tempatnya. Sampai je ke lokasi, anda akan di guide hal hal keselamatan sebelum naik ke tingkat 42 bangunan berkaca tepi kanan kiri atas bawah. Bangunan ini merupakan satu satunya building yang paling tinggi di Melaka.

Maknanya korang akan berdiri atas kaca melihat pemandangan depan belakang semua seolah olah dalam aquarium. Best ke best ? Hahaha … mestilah best kan ?

Serius okay, gayat giler ! Paling kelakar kalau nak berjalan je tu korang akan pimpin tangan kawan sebelah. Padahal takde apa pun.

Harga dia sangat berpatutan dengan kemudahan yang ada untuk korang selfie ke wefie ke atau dalam bahasa ibunda swafoto. Untuk dewasa RM25 dan kanak kanak RM18 bayaran untuk sekali masuk.

3. Melaka River Cruise

Yang ni lagi lah tak sabar sabar nak naik. Sebabnya pemandangan malam dia tu sangat mengasyikkan. Dari tempat korang naik dan bot akan belayar pusing satu sungai Melaka yang penuh dengan bangunan sejarah di tepiannya. Maka di situ, korang akan rasa best sangat.

Yes, you shud try !

Bot bot dihias cantik dengan bunga bunga segar serta bunga hiasan yang boleh disentuh dan banyak lampu menarik yang menghiasi bot korang akan naik. Dalam bot ini full house of Mat Saleh yang ada. Dekat sini best lah dapat selfie sekali kan. Okay tak kita sosial sikit ? Hehehe ..

Sebenarnya dekat Melaka banyak sangat tempat menarik untuk dilawati tapi jujurlah tak cukup 1 hari berjalan. Penat pun ya tapi best tu yang tak terkata. Lagi best kalau dapat bermalam di hotel hotel di sekitar Bandar sejarah Melaka.
Baru baru ini kawan Asyraf dengan fameli dia ada bermalam di A’Famosa Resort. Dia kata kau bayar sekali tapi macam macam benda kau boleh pergi nak main dalam Resort tu. Asyraf tercengang jugak ! Dekat A’Famosa Resort tu ada 5 tempat attraktif untuk pengunjung resort hadir terutama bila bercuti dengan anak anak kecil.

Antara tempat yang kawan Asyraf bagitahu tu ialah Safari Wonderland. Nak cuba dekat dekat dengan haiwan. Yes dekat Safari Wonderland ini ada macam macam jenis haiwan. Bagi korang yang suka main main air macam Asyraf. Dekat A’Famosa Resort ada jugak Water Theme Park. Pelbagai jenis permainan air yang boleh kita try. Old West adalah bagi yang suka dengan aktiviti Kuda Lumba zaman dulu kala langkah langkah palang jalan tu. Selama ni kita tengok dekat TV, sekarang boleh saksikan secara Live. Tak lupa jugak kalau dah bermalam kat A’Famosa Resort dan berjalan sana sini. At least ada jugak benda kita nak shopping untuk bawak balik. Freeport A’Famosa Outlet. Ia lebih kurang macam Mitsui di Sepang Selangor. Beli lah apa apa ya kat sana. Harganya sangat affordable price bak kata my best friends tu. Sudah tentulah jugak jika kita bercuti bersama keluarga tercinta jika tak try Sport rekreasi yang disediakan pihak Resort. Banyak aktiviti menarik yang mencabar minda dan jasmani terutamanya Rock Climbing, Paintball War Game dan Horse Ride serta banyak lagi yang boleh kita try.

Ya Tuhan, bestnya! Okay kalau macam tu Asyraf akan ke Melaka lagi kali ini betul betul kena try segala macam benda yang ada di A’Famosa Resort. Jom kawan kawan semua jangan lepaskan peluang bermalam di sana. Banyak tawaran harga menarik yang boleh kita book dari sekarang dengan Great Deal on A’Famosa Resort.

Apa tunggu lagi jom book cepat cepat. Banyak tawaran menarik tu !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sharing is Caring

Add Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: