32% Carian Produk Paling Popular Terjual Di Shopee Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina

32% Carian Produk Paling Popular Terjual Di Shopee Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina | Malaysia ni bersepah dah dengan pelbagai platform shopping online. Rakyat Malaysia Negara kita ni suka berbelanja online. Bagus, 1 perkara yang sangat baik dalam industri membeli belah secara dalam talian.

Siapa tak suka benda murah dan free kan ? Asyraf pun suka. Selalu jugak lah Asyraf ke Shopee untuk window shopping dulu tup tup terbeli jugak akhirnya. Hehehe …

32%-Carian-Produk-Paling-Popular-Terjual-Di-Shopee-Sempena-Chinese-New-Year

Sempena perayaan Tahun Baharu Cina akan datang ini dan trend e-Dagang yang semakin popular di Malaysia telah membuktikan peningkatan sebanyak 32% dalam jumlah carian produk dalam kalangan orang Negara kita. Sejak pelancaran Kempen Wang Bersama Shopee pada 15 Januari yang menawarkan potongan harga sehingga 90% dan hadiah kemenangan berjumlah lebih daripada RM1 juta, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk membeli-belah di Shopee dalam membuat persiapan sempena Tahun Baharu Cina.

” Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata ; Aktiviti membeli-belah selalunya meningkat semasa musim perayaan dan Tahun Baharu Cina juga tidak ketinggalan. Ini petanda baik yang sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk memacu sektor e-Dagang di Malaysia. Shopee menyediakan platform yang pantas, mudah dan selamat untuk membeli-belah dan dengan insentif Penghantaran Percuma ke seluruh Malaysia dan komisyen sifar, rakyat Malaysia boleh menikmati aktiviti beli-belah di Shopee yang mudah dan menjimatkan. “

32-Carian-Produk-Paling-Popular-Terjual-Di-Shopee-Sempena-CNY

32-Carian-Produk-Paling-Popular-Terjual-Di-Shopee-Sempena-Perayaan-Tahun-Baharu-Cina

Dasyat kan ? Baru Asyraf tahu apa barang keperluan yang di cari orang Malaysia bila tiba musim perayaan. Fakta dari pakar pemasaran cakap, kebanyakan orang akan cari sesuatu dengan pembelian yang banyak bila tiba waktu kemuncak perayaan. Serius, terkejut jugak bila dapat tahu ni .. hehehe ….

Tambahan lagi untuk pengetahuan kita semua, kita boleh menikmati potongan harga dan promosi hebat atas pelbagai produk sempena Kempen Wang Bersama Shopee yang berlanjutan sehingga 25 Februari. Dengan pilihan lebih daripada 6 juta produk yang ditawarkan oleh lebih 200,000 usahawan di Shopee Malaysia, pelanggan boleh memenuhi keperluan membeli-belah sempena musim perayaan ini. Tambahan lagi, pengguna boleh terus bermain permainan Fortune Ang Pao untuk memenangi Tiket Emas dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888.

Kejap, nak Tanya. Korang ada main ke tak permainan tu? Serius rugi tak cuba ..

Sabarrr, ada kejutan lagi untuk korang ni ! Shopee akan melancarkan Kempen Hari Gaji daripada 26 hingga 28 Februari yang akan membariskan pelbagai tawaran hebat bagi pelbagai jenama terkemuka termasuklah Jualan Murah Komputer Riba Shopee dengan jenama popular seperti Acer, ASUS, Dell dan Lenovo.

Asyraf tahu pembaca blog ni sering guna smartphone kan ? Jadi apa tunggu lagi download terus apps Shopee dengan kadar segera. Masa berjalan ya .. FREE je, tak perlu bayar.

WEBSITE : https://shopee.com.my/

- 32% Carian Produk Paling Popular Terjual Di Shopee Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sharing is Caring
  • 2
    Shares

10 Comments

  1. Biasiswa March 6, 2018
    • asyrafasri March 8, 2018
  2. Jaja Zaleha March 6, 2018
    • asyrafasri March 8, 2018
  3. Amir Mazlan March 3, 2018
    • asyrafasri March 5, 2018
  4. reezluv February 22, 2018
    • asyrafasri February 23, 2018
  5. husniey husain February 19, 2018
    • asyrafasri February 20, 2018

Add Comment

CommentLuv badge
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: