5 Amalan Mudah Menarik Rezeki

ASsalamualaikum Warahmatullah, Salam Rezeki diberkati untuk anda.

Nak mudah segala urusan.

Nak mudah kesana kesini.

Nak rezeki sentiasa ada dan cukup.

Nak duit masuk bank hari hari oleh hasil jualan.

Nak mudah berurusan dengan kebanyakan orang.

Nak dapat kesihatan yang berpanjangan.

Nak muka nampak muda dari umur.

Nak Allah tutup kelemahan kekurangan kita.

Rasanya banyak lagi yang akan terlintas di fikiran kan ?

Amalan amalan pembuka pintu dan penarik rezeki kepada kita sebenarnya ada banyak cara.
Kadang fikiran kita je yang rasa susah nak buat. Padahal apa yang kita belajar sejak kecil
lagi dah dibiasakan oleh emak ayah.

Biasa ke tak biasa kita selalu dengar dari kedua ibu bapa sejak kita sekolah rendah sampai
dah kerja ni. Terutama emak akan pesan ‘Jaga solat 5 waktu tu, kalau nak rezeki sentiasa masuk dan mudah je urusan awok’.

Haaa, mestilah biasa kita dengar kan ? Termasuk saya selalu diingatkan hal ini.

Allah tak mensiakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu.  Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.”
(Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

Kalau kita sama sama fahamkan apa yang dinyatakan tu. Allah berkata kalau dalam sehari misalnya, ada je kerja kita lakukan itu ini. Banyak je kerja, maknanya kita faham disini. Kita sibuk akan sesuatu perkara dan sudah tentu kita  tak fikir ibadah (solat) wajib khasnya kita patut tunaikan.

Allah sedih rasanya kalau tak dapat tunaikan. Harapnya kita tidak tergolong dalam golongan seperti itu.

Di bawah ini, saya senaraikan 5 Amalan Mudah Menarik Rezeki untuk diri sendiri dan tempiasnya untuk keluarga sendiri terutama emak ayah jika kita masih bujang.

1. Solat Sunat Sebelum Solat Fardhu Subuh

Kita pun tahu, pernah dengar para ilmuwan pernah berkata daripada hadis hadis muktabar. Apabila seseorang hamba itu melakukan Solat Sunat sebelum fardhu subuh, maka seisi alam berhak atas dia.

Faham kan disini, Allah nak beritahu secara tersirat, Dia akan beri rezeki yang sebaiknya dan selayaknya pada hambanya.

2. Solat Sunat Dhuha

Ada seorang ilmuan agama ni beritahu, kalau nak rezeki tu Allah bagi banyak. Lakukanlah solat sunat  Dhuha setiap hari sebanyak 12 rakaat.

Apapun kesahihahnya tidak pasti. Yang pastinya jika kita ikhlas lakukan solat dhuha ini
setiap hari konsisten walaupun 2 rakaat. Pastinya, insyaAllah rezeki tu mudah je sampai kat kita.

Firman Allah dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha),
nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.”
(Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

Amalan solat sunat Dhuha ni, saya sendiri pun kadang kadang abaikan. Rugi sangat bila rasa kesempitan rezeki bila tiba Allah nak uji. Allah …

3. Hadiahkan Sedekahkan Surah Al-Fatihah Kepada Emak Ayah

Siapa kat sini, setiap pagi niat sedekah dan hadiahkan surah Al-Fatihah untuk emak ayah ?

Alhamdulillah bagus lah jika anda selalu amalkan. Setakat hari ni saya tak pernah miss.
Jika saya terlupa nak baca, saya akan baca jugak tengahari tu atau petang tu.

Sebelum kita baca surah Al-Fatihah, niat lah yang baik baik untuk emak ayah dari segi
kemudahan rezeki, kesihatan dan umur berpanjangan dan sebagainya yang kita rasa
nak orang yang kita sayang ni dapat apa.

InsyaAllah, yakinlah. Pasti ada rezeki tak terjuga sampai kat kita. Saya sendir dapat
rezeki tak disangka sangka bila amalan ni sentiasa diamalkan.

4. Banyakkan Selawat kepada Nabi Muhammad

Banyak kelebihan selawat ni dari segi rezeki. Serius saya bagitahu. Masih ingat lagi bila
saya nak hadirkan diri untuk interview kerja Airlines.

Saya akan basahkan lidah dan bibir saya dengan selawat.

Alhamdulillah, hasilnya lulus interview.

5. Banyakkan Menyebut ‘Astaghfirullah’

Walaupun anda rasa selama hidup 20 tahun kat dunia tak pernah buat dosa besar.
Jangan sombong sangat. Allah uji kita dengan dosa kecil.

Kita cakap pasal buruk orang. Kita sakitkan hati orang. Kita mampu tolong dengan
kadar yang kita mampu tapi tak beri pertolongan.

Rasa rasanya. Allah lihat itu sebagai apa. Sama sama kita fikirkan.

Sabda Nabi s.a.w.:

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.”
(Riwayat Ahmad,Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.) 

Baca je Astaghfirullah ..

Astaghfirullah ..

Astaghfirullah …

Dimana saja kita berada.

Kalau tak nak bagi orang dengar kita ni kuat beribadah. Takpe ..

Baca dalam hati mudah je kan.

Tak susah pun nak tarik rezeki dengan cara simple macam ni.

Ini saja perkongsian saya setakat yang saya amalkan dalam kehidupan sehari hari
untuk kemudahan segala urusan.

Moga penulisan artikel ini memberi manfaat kepada anda dan penulisnya.

Salam Jumaat saya ucapkan kepada anda. Orang lelaki jom solat Jumaat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sharing is Caring
  • 1
    Share

6 Comments

  1. Ksjb December 31, 2017
    • asyrafasri January 1, 2018
  2. nurul aziyana December 27, 2017
    • asyrafasri December 27, 2017
  3. Wan Syahida December 25, 2017
    • asyrafasri December 25, 2017

Add Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: