5 Barang Pelik Yang Wajib Ada Dalam Bag Cabin Crew

ASsalamualaikum Warahmatullah, Salam Sehati Sejiwa. Salam Senyum Sokmo.

5 Barang Pelik Yang Wajib Ada Dalam Bag Cabin Crew. Takkanlah korang tak pernah tengok mana-mana cabin crew tarik bag. Bukan satu tetapi 2 dibawa terbang terutama untuk penerbangan jauh melebihi 6 jam perjalanan.

Cabin crew atau bahasa yang kita selalu dengar ialah anak kapal penerbangan. Mereka ni tidak pernah kedekut dengan senyuman  walaupun ketika korang tengok tu banyaknya bag yang ditarik masuk keluar kapal terbang.

Ingat ringan bag yang ditarik masuk keluar kapal tu ? Gila, serius weh berat nak mam ! Saya pernah saja-saja nak tarik bag seorang kawan krew penerbangan Malaysia Airlines.

Ya Allah, nak patah tangan. Beratnya. Masa ni saya ditugaskan menjaga  departure hall gate untuk penumpang terbang ke Kota Kinabalu, Sabah.

Selain passport yang menjadi keutamaan untuk cabin crew perlu bawa sentiasa dalam bag tarik. Buku lesen yang membuktikan seorang  cabin crew boleh fly juga perlu sentiasa dibawa bersama.

Jom Kita sama-sama selongkar bag tarik seorang krew penerbangan bawa setiap hari bila on-duty.
5 Barang Pelik Yang Wajib Ada Dalam Bag Cabin Crew ini akan membuka mata orang awam yang suka tengok mereka ni berjalan berkumpulan.

Sebelum korang kena tahu 5 barang ni. Eloklah kiranya korang set kan minda siap-siap mereka ini bekerja 24 jam 7 hari seminggu mengikut peredaran roster yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan.

1. Kopi

Tak kisah cabin crew itu seorang lelaki atau perempuan. Kopi adalah 1 kemestian untuk bekerja di udara. Tak kisah dia suka atau tidak,  lama-lama nanti dia akan suka jugak betul kan ? Sebab kopi sangat membantu seorang krew penerbangan sentiasa bersemangat untuk menyarung uniform
mereka dan melayan korang yang banyak sangat kerenah dalam kapal tu.

Kelebihan kopi kan banyak. Semua orang tahu. Dapat memberi kesegaran terutama di pagi hari.

Klik sini pelbagai jenis pilihan Kopi cabin crew sebelum fly.

2. Maggi atau Coklat

Terutama night-stop. Memanglah banyak je restoran kat luar hotel boleh makan tapi kalau yang jenis tak suka keluar rumah just duduk hotel so inilah makanan yang wajib di bawa untuk tonton movie. Kira 2 benda ni sangat penting ada terutama bila terasa lapar. Dah la penat layan korang masa fly, sampai hotel tidur dalam aircond sejuk so laparlah.

Klik sini koleksi coklat pilihan cabin crew.

3. Vitamin

Vitamin C paling penting dan akan sentiasa di consume oleh seorang anak kapal penerbangan bagi sentiasa kekal sihat  dan cantik.

Klik sini Vitamin C terbaik pilihan rata-rata Cabin Crew.

4. Buah-buahan

Buah Epal dan Orange. Yes 2 jenis buah ni je yang selalu Asyraf nampak masa mereka tengah ready dalam kapal sebelum kami ground staff beri lampu hijau kepada penumpang masuk kapal. Buah ni mereka suka makan sebab katanya kapsul vitamin yang kita consume setiap hari sebelum tidur tu sebenarnya tak cukup untuk mereka bila bekerjaya crew ni.

5. Bahan Bacaan Ilmiah

Korang jangan pelik ya. Ada sesetengah cabin crew yang masih belajar okay. Ada yang degree dan ada yang master.  Tapi buat part time jelah. Banyak tujuan mereka belajar ni. Sebab nak gaji lebih advance katanya in future.

Jadi buku-buku stady akan dibawa untuk teruskan belajar walaupun penat bekerja.

Klik sini Buku Bestseller pilihan cabin crew untuk sentiasa senyum.

Gembira rasanya tengok orang yang nak sangat jadi Cabin Crew sebagai kerjaya dapat tahu pasal artikel  Asyraf tulis ini. Mohon SHARE ya kawan-kawan. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sharing is Caring
  • 34
    Shares

14 Comments

  1. CutiSini.com November 23, 2017
    • asyrafasri December 2, 2017
  2. Noriza Rahman November 22, 2017
    • asyrafasri December 2, 2017
  3. Amirul October 14, 2017
    • asyrafasri October 18, 2017
  4. Lokmanamirul October 13, 2017
    • asyrafasri October 18, 2017
  5. sabree hussin October 5, 2017
    • asyrafasri October 6, 2017
  6. anuar October 1, 2017
    • asyrafasri October 2, 2017

Add Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: