5 Sifat Ini Anda Golongan Millennial

5 Sifat Ini Anda Golongan Millennial | Bagaimana nak tahu kita tergolong dalam golongan millennial. Perasan ke tak dalam kehidupan seharian kita, apa yang kita lakukan sebenarnya menunjukkan siapa diri kita. Dalam artikel ni saya cuba ringkaskan apa yang boleh anda faham.

5-sifat-golongan-millennial

Dalam dunia ini kita terbahagi kepada dua golongan. Satu dinamakan generasi X. Yang kedua generasi millennial. Untuk pengetahuan bersama, golongan millennial ini dilahirkan dari tahun 1982 sehingga 2002.

Banyak kajian yang dilaporkan ke atas golongan ini. Salah satu yang hangat diperkatakan sana sini adalah apa yang bernilai dan berkualiti bagi golongan sebelum ini tidak lagi dipandang golongan millennial. Generasi X sangat menghargai jaminan pekerjaan yang kukuh jika dapat bekerja walaupun gaji kecil. Tetapi golongan millennial apa yang mendorong mereka adalah lebih kepada nilai kepuasan yang dinikmati dalam pekerjaan.

Jom kita kenal 5 Sifat Golongan Millennial ini ..

1. Jujur dalam apa jua perkara

Kita ambik contoh dalam urusan bisnes untuk appointment. Sebelum golongan millennial ini berjumpa dengan kita, kemungkinan besar mereka telah mengkaji serba sedikit mengenai siapa kita. Mereka sanggup habiskan waktu penting untuk baca review pasal bisnes kita dan mereka sudah tentulah akan cari sampai dapat media sosial kita. Mereka akan cari instagram dan facebook. Kerana platform ini sangat penting bagi mereka untuk tahu siapa kita untuk berjumpa dengan mereka.

Jika kita mahu berurusan dengan mereka, apabila dah jumpa jujur saja apa yang kita nak. Tak perlu nak tambah itu ini. Padahal kita tahu kebaikan itu bukan ada pun pada produk kita. Golongan ini tidak suka janji manis.

2. Munculkan diri di Media Sosial

Golongan millennial sangat terdedah dan menumpu sepenuh perhatian segala apa yang ada di media sosial. Kajian mendapati golongan millennial ini akan sentiasa tengok media sosial dari bangun tidur sehingga sebelum mata terlelap.

Itu sebab tahun 2018 ini nak buat bisnes atau nak brandingkan diri adalah penting adanya instagram dan facebook sudah cukup untuk munculkan diri di media sosial.

Baca sekarang : Kerjaya Call Center Kerjaya Mudah 

3. Pantas dan Ringkas. Ini sangat penting

Zaman sekarang segalanya nak dapatkan maklumat hanya dengan kemudahan teknologi masa kini. Apa saja yang nak dibuat dan di implemen mestilah pantas dan ringkas. Golongan millennial ini tidak suka percakapan yang meleret jika disuruh untuk melakukan sesuatu. Cukup untuk beri sedikit penjelasan dan selebihnya poin penting apa yang patut ditekankan.

Cuba anda bayangkan, anda mencari sesuatu perkara di ruangan search google. Setelah diteliti satu persatu. Hanya website tertentu saja diambil perhatian. Dalam website tersebut tajuknya sangat mengujakan tetapi penulisannya sangatlah ilmiah. Konfem mereka ini hilang fokus. Terus tekan pangkah untuk tidak teruskan pembacaan artikel di website tersebut. Keep it simple.

4. Gunakan Gambar atau Visual

Ingat, golongan millennial tidak banyak kesabaran dan mereka kurang fokus pada sesuatu. Seperti di poin 2 munculkan diri di media sosial. Instagram dan facebook lebih kepada perkongsian gambar. Untuk pemahaman lebih jelas hanya tulis poin penting saja.

Untuk masalah ini, infografik adalah penyelesaiannya.

5. Ikut Jadual mereka

Ketahuilah golongan millennial ini lebih suka bekerja ikut masa sendiri. Suka buat bisnes yang memberi lebih kepuasan mereka ke sana sini. Hari sabtu ahad dan public holiday adalah hari mereka bercuti betul betul. Isnin hingga jumaat adalah hari bisnes mereka. Jika kita mahu berurusan dengan mereka, maka kita sudah tahu hari isnin hingga jumaat adalah waktu sesuai dan waktunya pun sangat berbeza. Jika mahu berjumpa, kebanyakkan waktunya adalah biar mereka pilih sendiri.

Baca sekarang : 5 Barang Yang Wajib di Bawa Seorang Krew Penerbangan

Di harap artikel 5 Sifat Ini Anda Golongan Millenial akan membantu kita kenal siapa kita sebenarnya dengan lebih mudah secara spesifik.

Artikel ini dikutip dari laman web iBanding dan di olah sedikit untuk tatapan pembaca blog Asyraf. Semoga bermanfaat.

Mohon kongsikan artikel ini di media sosial biar kita semua kenal siapa diri kita dari golongan mana.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sharing is Caring
  • 5
    Shares

6 Comments

  1. Rafzan Tomomi February 17, 2018
    • asyrafasri February 17, 2018
  2. Anuar February 12, 2018
    • asyrafasri February 13, 2018
  3. Vivian February 12, 2018
    • asyrafasri February 12, 2018

Add Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: