6 Sebab Alanna’s Kitchen Wajib Korang Singgah

6 Sebab Alanna’s Kitchen Wajib Korang Singgah | Walaupun bulan Ramadan semakin hampir menutup tirainya, Asyraf nak jugak cerita pasal tempat makan yang nampak biasa kawasan sekitarnya tapi dalam restoran dan hidangan makanannya Ya Tuhan memang sedap tak terkata! Pasti nak singgah lagi nanti. Jom ikuti butirannya.

duta-alannas-kitchen-pandan-indah

6 Sebab Alanna’s Kitchen Wajib disinggah jika korang ada buat apa jua urusan. Sebabnya berdekatan dengan kawasan restoran ini adalah kawasan orang bekerja setiap hari. Boleh dikatakan kawasan ini memang sibuk dan parking yang disediakan memang terhad bagi yang bekerja sahaja di kawasan sekitar. Maka nasihat yang Asyraf boleh syorkan, kalau datang waktu puncak memang sedikit jauh parking dan jalan kaki ke restoran. Tapi jika bukan waktu puncak dan ketika petang dah nak ke malam hari memang senang depan-depan restoran boleh parking dengan hati gembira. Tapi jangan susah hati sangat ya, ada perkara yang lagi syok korang kena tahu pasal Alanna’s Kitchen ni okay.

interior-alannas-kitchen

Paling penting yang menariknya Alanna’s Kitchen ini, ia memang terkenal di kalangan orang yang suka makan makanan Arab. Jadi ambillah peluang ini untuk datang, serius harga memang mampu milik!

Arabic-Chicken-Haneeth-Alannas-Kitchen
aneka-arab-food-alannas-kitchen
6 Sebab Alanna’s Kitchen Wajib Korang singgah :

1. Mendapat pengesahan HALAL oleh Jakim. Sebelum masuk ke restoran sudah nampak logo HALAL yang diiktiraf. Jadi tak perlu risau ragu-ragu dengan kebersihan semasa masakan dan penyediaan semua makanannya.

arabic-cuisine-alannas-kitchen

pelbagai-jenis-makanan-arab-alannas-kitchen
2. Arabic food, Asian Delight, Western Food, Various of Spaghetti, many more types of Burgers, Chinese Cuisine, Vegetarian Hot Pot dan Savoury Waffles adalah antara menu utama yang disediakan di Alanna’s Kitchen.
Alanna’s Kitchen juga menyediakan Bufet. Antara hidangan yang tersedia adalah Nasi mandi, nasi putih, ayam goreng, shish tawook (hidangan Arab, maaf Asyraf lupa apa maksudnya), nugget ayam, fries, kuih muih dan minuman percuma yang disediakan.

aneka-bufet-alannas-kitchen

3. Kesemua aneka hidangan menu utama yang disediakan memang sedap tak terkata. Ini jujur ya nak bagitahu, Asyraf cuba semua masakannya memang mulut dan hati cakap Ya Allah sedapnya, bestnya! Orang puteh panggil ‘all dishes are suprisingly good’.

Braised-Ginger-Duck-with-Stick-Noodles-@-Alannas-Kitchen

4. Masakan dan rasanya yang sedap tak terkata itu seperti korang berada di rumah. Macam mana tu? Ibaratnya seorang ibu yang memasak untuk anaknya, masakan itu penuh dengan kasih sayang dan keikhlasan. Makanya, semasa Asyraf makan all dishes tu ibarat makan dekat rumah sendiri dengan aircond yang ada rasa selesa boleh layan youtube. Memang kurang gangguan senang cerita.

Seafood-Tomyam-with-rice-Alannas-Kitchen

5. Macam Asyraf cakap mula-mula tadi, luar kawasan nampak biasa okay. Tapi customer tak putus-putus datang singgah walaupun seketika. Makanannya yang sedap, dekorasi hidangan macam restoran mahal bahkan harganya memang semua orang mampu nak makan dekat Alanna’s Kitchen ini. Rugi sangat korang tak datang.

Spicy-Curry-Chicken-Rice-Alannas-Kitchen

6. Alanna’s Kitchen juga telah menerima kunjungan dan pengiktirafan masakan terbaik oleh Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) TV3. Haaa, apalagi nikmat Tuhan kita nak tidakkan. Dah keluar TV sebelum ini so memang terbaiklah boleh Asyraf nak mention dekat korang ni.

cheese-cake-Alannas-Kitchen
Part paling dinanti-nanti selepas makan semua masakan. Yes, cake. Memang cukup rasa semua keknya. Dibuat sendiri oleh Owner Alanna’s Kitchen ya. Itu yang terbaek rasanya bila home-made.

Untuk sebarang pertanyaan dan booking :

Location: No: 8, Jalan Pandan Indah 1/23D, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia

Contact: +603 9201 7134

Operating hours:

Weekdays : 8.00AM–3.00PM
6.00PM–11.00PM (last call: 10.15pm)

Weekend : 9.00AM–11.00PM (last call: 10.15pm)

Website: http://alannaskitchen.my/

facebook : Alannas Kitchen

Instagram : Alannas Kitchen 

Sempena Bulan Ramadan yang mulia ini. Alanna’s Kitchen juga sudi mengadakan majlis kecil-kecilan meraikan Ibu-ibu tunggal dengan memberi sedikit buah tangan untuk meraikan Aidilfitri yang kunjung tiba. Bagusnya Alanna’s Kitchen ini, terharu rasa bila majlis yang kecil ini dibuat selepas Buka Puasa. Ia turut disaksikan oleh pengunjung restoren yang hadir tanpa pengetahuan mereka. Seriusly semua terharu dengan sumbangan ini. Moga Alanna’s Kitchen terus kekal berbakti seperti ini untuk golongan yang memerlukan. Salute Alanna’s Kitchen!! 

iftar-ramah-mesra-dan-buka-puasa-bersama-ibu-tunggal-di-Alannas-kitchen
Adakah Asyraf akan datang lagi dan rekomen pada rakan lain? Yes, semestinya .. jom jom

jalan-jalan-cari-makan-alannas-kitchen-pandan-indah

- 6 Sebab Alanna’s Kitchen Wajib Korang Singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sharing is Caring

7 Comments

  1. Xplorasi Destinasi August 15, 2018
  2. Khairul Zamri June 30, 2018
    • asyrafasri July 1, 2018
  3. Ikhwan June 30, 2018
    • asyrafasri July 1, 2018
  4. Ksjb June 28, 2018
    • asyrafasri July 1, 2018

Add Comment

CommentLuv badge
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: