6 Tempat Makan Menarik Di Langkawi

6 Tempat Makan Menarik Di Langkawi | Apabila kita merancang perjalanan percutian atau sekadar datang sekejap ke tempat-tempat percutian terbaik terutama di Malaysia. Pasti kita akan search google untuk mengetahui tempat-tempat makan menarik yang terdapat di suatu kawasan tersebut.

Kali ini aku nak berkongsi dengan korang 6 Tempat Makan Menarik di Langkawi. 6 tempat makan ini adalah tempat-tempat yang aku singgah makan sepanjang Travelogue Malaysia dengan tim-tim penulis dan rakan Instagram Influencer yang lain.

Untuk pengetahuan korang, 6 tempat makan menarik di Langkawi ini telah di-recommended oleh pihak LADA sendiri. Sebabnya mengikut kajian statistik mereka, 6 tempat makan di Pulau Langkawi ini telah banyak mendapat sambutan hangat dari pelancong luar negara dan orang tempatan sendiri.

Jom aku share 6 TEMPAT MAKAN MENARIK DI LANGKAWI :

1. The Gemalai Restaurant

Restoren Gemalai ini adalah sebuah restoren utama yang berada di dalam Muzim Padi. Jadi kalau ada rombongan sekolah, universiti dan sebagainya boleh singgah terus lunch disini. Dekat je pun betul-betul dalam perkarangan Muzium Padi.

signature-restoren-laman-padi-langkawi

Dahulu Gemalai Restaurant ini dikenali sebagai ‘Seashells Cenang’. Apa yang menariknya makan disini adalah menu-menu masakan mereka lebih tertumpu kepada masakan kampung. Ditambah pula dengan alunan muzik suasana Kampung serta pemandangan sawah padi yang mengujakan. Asyikk wehhh! ..

jom-lunch-di-laman-padi-Langkawi-1

2. The Cliff

The Cliff Langkawi antara tempat makan malam atau dinner yang sangat femes di kalangan Mat Saleh yang berkunjung ke Langkawi. Kerana tempat makan ini betul-betul tepi pantai Cenang. The Cliff menyediakan masakan melayu asli dan juga masakan moden ala-ala mat saleh. Jom, boleh try!

The-Cliff-Restaurant-Langkawi

Jadi sambil makan dan berborak sakan tu. Kita boleh menikmati pemandangan petang hari di The Cliff Restaurant ini. The Cliff boleh menempatkan 120 orang dalam satu-satu masa.

the-Cliff-the-Best-Restaurant-in-Langkawi

Bila makanan minuman dah sampai, boleh ambik gambar puas-puas dulu bak model dengan pemandangan petang hari kan. Why not we shud try! Lepas tu update dekat media sosial korang. Bagi jeles…

aneka-menu-the-cliff-restaurant-langkawi

3. SkyBistro Langkawi

skybistro-cable-car-langkawi

SkyBistro ini terletak di ketinggian 700 meter di atas paras laut. Kalau kita datang ke Pulau Langkawi, rugi tak naik Cable Car terpanjang di Asia Tenggara. Jadi bila dah penat bergambar sana sini. Memang korang akan wajib datang SkyBistro ni untuk jamah dulu sebelum turun ke bawah.

set-menu-terbaik-tersedap-skybistro-langkawi

SkyBistro ini memperkenalkan menu-menu pilihan seleksi unik moden dan makanan-makanan berasaskan instant macam restoren Kfc dan Mcdonalds la. So tekak korang akan rasa sedap dan kenyang je bila angin-angin sejuk di puncak tinggi ni menampar pipi korang yang comel tu.

skybistro-langkawi-the-best-food-place

4. Huggin Hippo

Huggin-Hippo-the-most-popular-Coffee-Cafe-in-Langkawi

 

Antara Tempat makan best di pantai Cenang Langkawi ini adalah Huggin Hippo. Ia bukan saja dekat dengan lubuk pusat beli belah Cenderahati malah dekat juga dengan pantai untuk bermain aktiviti laut.

Huggin-Hippo-Langkawi

Bila dah beraktiviti laut main JetSki semua tu. Boleh lah singgah Huggin Hippo.

exterior-design-Huggin-Hippo-Restaurant-Langkawi

Suasana dekat sini memang senyap je bunyinya. Ditambah pula dengan dekorasi hiasan dalaman Cafe ini dan diindahkan lagi dengan pilihan makanan moden yang memang habis jari jemari dijilat oleh lidahku. Yelah lapar kot masa tu. hehehe…

Most-Popular-Huggin-Hippo-menu-Langkawi

Seperti yang aku bagitahu awal-awal. Tempat ini memang sangat di-advice oleh LADA untuk breakfast, lunch dan dinner kerana Cafe Huggin Hippo ini antara tumpuan Mat Saleh berkunjung kerana ia bersifat private Cafe Hipster.

most-popular-Huggin-Hippo-dessert-langkawi

Kalau korang yang jenis Coffee addicted. Memang patut singgah sini sebab pilihan kopi yang mereka sediakan memang buat korang tak tidur malam. I love this Cafe!

interior-design-Huggin-Hippo-Langkawi

5. Smiling Buffalo

Smiling-Buffalo-Specialty-Coffee-Langkawii

Kaki melangkah masuk Smiling Buffalo membuatkan aku tersenyum macam Buffalo jugak. hihihi… Cafe Hispter jugak yang lebih mementingkan suasana kampung dan diceriakan dengan pohon-pohon bunga taman yang segar mata memandang.

Smiling-Buffalo-the-best-Cafe-Chalet-in-Langkawi

Untuk info korang, Smiling Buffalo adalah adek beradik 1 ayah dengan Huggin Hippo.

Smiling-Buffalo-Cafe-Langkawii

Yang bestnya Cafe Smiling Buffalo ini duduk setaman dengan Chalet yang berada didalamnya yang diuruskan oleh Panji-Panji. Owner Cafe ini sendiri.

the-best-breakfast-smiling-buffalo-langkawi

Aku suka dekorasi Cafe ini dari mula masuk gerbang sehingga lah makanan sampai semuanya superb beb. Ada kelasnya tersendiri.

smiling-buffalo-breakfast

Kalau rasa nak bermalam di Chalet Panji Panji ini korang tak perlu risau Cafe Smiling Buffalo ini memang betul-betul dalam kawasan je. Ibarat buka pintu Doraemon dah sampai!

Signature-Coffee-Smiling-Buffalo

6. Kuah Seafood Restaurant

Restoren makanan laut Kuah adalah restoren yang sangat popular di kalangan orang luar terutama bila bertandang ke Pulau Langkawi. Restoren ini terletak di kawasan strategik pekan Kuah. Dekat sini memang femes kawasan orang nak beli coklat Daim tu.

tempat-makan-best-kuah-town-langkawi

Restoren ini betul-betul berhadapan dengan Rams Shopping. Alah tempat ramai orang beli coklat la. Depan je pun.

most-popular-dishes-Kuah-Town-Langkawi

Apakata lepas makan dekat Kuah Restaurant ni korang singgah lah Rams tu.

model-femes-kuah-town-langkawi

Aku harap 6 TEMPAT MAKAN MENARIK DI LANGKAWI ini dapat membantu korang serba sedikit untuk tahu tempat makan yang mana yang best untuk singgah bila ke Pulau Langkawi nanti.

The Langkawi Travelogue is brought to you in a collaboration between Borakkita Media / Travelogue Malaysia and The Influenzas team.. supported by LADA. Thanks to our main sponsors – Mega Watersports, Umgawa Legendary Adventures, Sea Splash, Crocodile Adventureland, Ombak Villa, Nadias Hotel, Smiling Buffalo, Huggin’ Hippo….

As well as.. The Cliff Langkawi, Anytime Holidays, Sky Trex and the Royal Langkawi Yacht Club

- 6 Tempat Makan Menarik Di Langkawi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sharing is Caring

4 Comments

  1. Anuar October 22, 2018
    • asyrafasri October 24, 2018
  2. nazra October 20, 2018
    • asyrafasri October 22, 2018

Add Comment

CommentLuv badge
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: