7 Cara Saya Kekalkan Rating 5 Bintang Dengan Uber Malaysia

ASsalamualaikum Warahmatullah, Salam Berjaya kepada semua Pemandu Uber Malaysia.

Ini cara saya. Lain Uber Driver, lain perangainya.

Betulkan saya, jika salah.

Maaflah, artikel ini ditulis dan ingin berkongsi pengalaman memandu Uber Malaysia baru
je 2 bulan.

Kebanyakan orang tak suka kekasaran, keganasan, dan tengok perkara tak baik depan mata.

Jadi kita sendiri tak nak ia berlaku kepada kita. Jalannya adalah dengan kita sentiasa buat baik dengan sesiapa saja.

Baca artikel ini juga : Alhamdulillah Dah 2 Bulan Ber-Uber di Kuala Lumpur.

7 Cara Saya Kekalkan Rating 5 Bintang Dengan Uber Malaysia. Cara cara ini mungkin sama dan sedikit berbeza  dengan Uber Driver di luar sana.

Jom kita tahu serba sedikit macam mana pihak Uber Malaysia bagi rating kepada Uber Driver bila rider naik dengan kita.

7 Cara Kekalkan Rating 5 Star Uber Driver :

1. Greeting Dengan Lemah Lembut dan Sopan

– Bila kita sampai destinasi nak pick up rider @ passenger. Jika rider tu macam fikir banyak kali
betul ke kereta kita yang ambil dia.

Kita buka cermin say “Ms Yasmin. I’m Asyraf, your Uber Driver.”

Bila rider kata betul. Dan kita pun kena pastikanlah dia adalah rider kita. Jangan silap orang.
Bahaya nanti.

Bila rider dah masuk kereta. Ucap lagi sekali, Hi, Good Morning/Afternoon. Once again. I’m Asyraf, your Uber Driver.

#tips – jika kita cakap cara macam ni, walaupun funny. Percayalah, rider tu akan rasa selamat naik dengan kita walaupun wajah kita nampak macam abam Polis Askar.

Kita kan orang Malaysia, kekalkan sifat sopan santun tu.

2. Hanya Berbual Yang Perlu Saja

Rider dah ada dalam kereta kita. Biar kita mulakan perbualan. Jangan terlalu hard question or
politics or agama.

Rider tak suka. Cakap soalan simple tapi buat dia happy.

Contoh; Encik Sihat ? Kalau rider balas. Alhamdulillah, sihat .. (dan panjang lebar dia cerita)

Meaning anda kena layanlah dia bercakap. Maknanya dia suka untuk berbual.

Jika rider balas. Ok jerr. Maknanya, dah drive je kereta tu senyap senyap.

Mungkin rider penat balik kerja atau anti-sosial. Ok faham.

3. Ikut GPS Rider Jika Dia Advice

Pihak Uber Malaysia dalam polisi ada mengatakan, Uber Driver mestilah
mengikut panduan GPS google maps atau Waze samada dah tahu jalan atau tidak.

Sebab apa? Sebab nak pastikan rider rasa selamat kita drive bawa dia ikut GPS.

Tapi kita ada inisiatif lain disini.

Jika rider request kita untuk ikut arahan jalan mana lebih better kita ikut.

Why not kan ? Takkanlah nak tolak. Sah sah kita ikut cakap dia dapat 5 star macam tu je.

So, jangan sombong sangat bila kita drive Uber ok.

4. Pasang Muzik Yang Relax

Tak kisah lah rider kita ni baru balik kerja ke. Atau dalam fikiran kita dia pakai cantik cantik hensem kacak tu nak pergi shopping dan sebagainya.

Kita harus on music bersifat relax.

Cari je kat youtube bersepah lah music macam ni.

Tapi kalau susah nak cari atau malas nak cari. Okay, atleast , on radio
ikut kategori ok.

Kalau dia indian chinese, on la radio mat saleh. Jangan ikut bahasa kita guna.

Plis common sense ok.

Volume opkos lah tak slow dan tak kuat sangat. Sederhana je.

Bagi rider selesa.

5. Amalkan Minta Maaf Dekat Rider Jika ..

Jika masa kita drive Uber tu, kita terlanggar lopak ke apa ke kat jalan raya tu.

Sebab Uber Malaysia dapat detect tau cara pemanduan kita. Smooth ke tidak.

So kalau termasuk lubang tu atau masa kita pusing ke kiri ke kanan tu rider dan kita rasa terbalik.

Yes bro, you shud to opologize.

Konfem dia rasa selamat, dan rider feel kita ni concern safety dan comfortable dia.

Minta maaf juga jika kita tersalah jalan. Yelah kadang kadang google maps waze ni kan
lambat bagitahu kita jalan sepatutnya. So dah terlepas lorong yang sepatutnya.

Konfem 5 star rider bagi nanti.

6. Outside and Inside Car Always Clean

Orang kata bia luar kereta nampak bersih macam baru beli walaupun kereta tu bermasalah.

Hoho, ini statement giler.

Tapi itulah hakikatnya.

Rider ni kan suka feel VIP bila kita datang ambil dia.

Lebih lebih lagi bila kita ambil dia betul betul kat depan main entrance shopping mall.

Of course lah outside body kereta kita bersih dari kotoran lecak dan sebagainya.

Bro, biar badan kita berbau. Tapi plis lah jangan dalam kereta pun bau dia tetap sama
ikut macam kita.

Beli lah perfume kereta. Murah je pun RM10.

Kalau dah habis tu, masa sebelum ambik rider seterusnya, rajinkan diri tu masuk
’99Speedmart’ beli.

7. Amalkan Sifat Pemurah Dengan Rider

Ingat satu je. Mana mana pun kita berada kat atas bumi ni.

Nak kaya, nak senang, nak bahagia, nak sentiasa cukup rezeki tu.

Jadilah seorang pemurah.

Time kita nak drop-off rider tu. Bila kita slide ‘calculate fare ‘jumlah tertera – RM10.87 ..

Ya Allah, tak payahlah susah kan rider nak bagi cari duit sen tu.

Ambik je RM10 tu (kalau bayar cash lah)

Kalau rider bayar online lainlah ceritanya.

Kita sedekah cara macam tu je.

InsyaAllah yakinlah kalau kita selalu amal sifat ni.

Apa yang kita niat moga ada rezeki Tuhan akan bagi.

Huh, letih menulis benda ni.

Apapun terima kasih sudi baca artikel perkongsian ikhlas Asyraf ni. Jika rasa
penulisan ini bermanfaat untuk semua pemandu Uber terutama yang baru nak join.

Mohon SHARE di media sosial ya.

Dapat RM500 Seminggu Dengan Uber Hanya Part Time, Klik Sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sharing is Caring

3 Comments

  1. Pisyek December 19, 2017
  2. Anuar December 12, 2017
    • asyrafasri December 14, 2017

Add Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: