Skip to content

7 Kalimah Yang Disukai ALLAH. Amalan Seharian Muslim.

7-Kalimah-Yang-Disukai-ALLAH

7 Kalimah Yang Disukai ALLAH. Amalan Seharian Muslim. |

Jangan terlepas 7 kalimah ini untuk mendapat keberkatan dalam hidup.

Perkongsian Segmen Bicaraku Kerana Allah ini daripada Aminah Mat Yusoff. Mohon baca dan hayati dengan penuh insaf.

Indahnya pesanan Al-Faqiih Abu Al-Laith, amalan yang selalu meniti dibibir namun ia terhenti kerana kita lakukan tanpa ilmu dan tidak merasai kemanisannya.

Sungguh…. dari kecil hingga dewasa kalimah ini tidak asing.

Saya kongsikan di sini moga ilmu yang disampaikan oleh Tuan Guru Ahmad dari Thailand ini terus subur dan menjadi asbab urusan hidup kita lebih berkualiti dan diberkati.

Kedai Jual Barangan Islam

LINK 1 | LINK 2 | LINK 3

7-Kalimah-Yang-Disukai-ALLAH_2

1. Sentiasa sebut kalimah Basmalah  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  Bismillahirrahmanirrahim

Setiap permulaan kepada urusan yang kita lakukan dahulukan dengan Basmalah.

Pernah suatu ketika, bertemu dengan seorang sahabat dari Indonesia. Allah takdirkan tinggal sebilik, sepanjang bersamanya, hampir setiap pergerakan dimulakan dengan lafaz Basmalah. Pen jatuh, ambil sebut Bismillahirrahmanirrahim, nak duduk sebut lagi, ambil buku sebut, buka buku sebut lagi, ambil gelas sebut…pendek kata tidak lekang dari mulutnya lafaz suci ini.

Kita yang mendengar terasa malu pada diri sendiri kerana jarang sebut ketika melakukan rutin harian biasa.

7-Kalimah-Yang-Disukai-ALLAH_3

2. Selesai satu urusan ucapkan Alhamdulillah Maasha Allah.

Alhamdulillah ” Segala puji bagi Allah” Masya Allah memiliki makna “Atas kehendak Allah”.

Setiap kali selesai melakukan sebarang urusan seperti selesai memasak, selesai jemur kain, selesai hantar anak ke sekolah, selesai beli barang dapur..

Lafaz ini bukan ucapan untuk manusia dengar tetapi cara kita sentiasa berinteraksi dengan Allah, lafaz indah ini menggambarkan cara syukur kita dengan sekecil-kecil nikmat.

Yang bantu kita selesaikan segala urusan adalah Allah, jika mengharapkan kudrat yang tak seberapa, kita lemah.

7-Kalimah-Yang-Disukai-ALLAH_4

3. In Sha Allah

Jangan mengambil mudah dan menyalahgunakan kalimah ini.

Setiap perbuatan yang bakal kita lakukan mesti menyandarkan dengan kalimah In Sha Allah.

Firman Allah SWT  “Janganlah engkau mengatakan sesuatu untuk dikerjakan esok, melainkan dengan mengucapkan, insya-Allah (إِنْ شَاءَ ٱللَّٰهُ) . Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah, “Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk yang lebih dekat kepada kebenaran-Nya daripada ini”.” (Surah al-Kahfi: 23-24)

7-Kalimah-Yang-Disukai-ALLAH_5

4. “La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah”

Bermaksud: Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata.

Bila datang rasa bimbang, risau, ketakutan ucapkan kalimah ini..

Rasulullah SAW bersabda :

“Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan” (Hadis Riwayat: At-Tabrani)

Rasulullah SAW juga pernah bersabda bahawa kalimah “La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah” merupakan Salah satu daripada perbendaharaan syurga.

7-Kalimah-Yang-Disukai-ALLAH_6

5. Innalillahi wainna ilaihi raji’uun

Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un  (إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ)  ialah sebahagian dari ayat Al-Quran, dari Surah Al-Baqarah, Ayat 156.

Apabila mendapat khabar berita yang menyedihkan serta ditimpa musibah.

Kalimah ini sebenarnya sebagai peringatan bahwa manusia diciptakan oleh Allah SWT, dan setiap manusia akan kembali kepada-Nya.

Maksud Innalillahi wa inna ilaihi raji’un juga menunjukkan bahwa segala macam cubaan dan dugaan yang menimpa seorang hamba adalah atas kehendak Allah SWT jua.

7-Kalimah-Yang-Disukai-ALLAH_7

6. Lafaz Astaghfirullah wa Atubu Ilaih adalah bacaan yang menggetarkan jiwa.

Rasululah dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh al-Bukhari bersabda:

“Demi Allah sesungguhnya aku memohon ampun kepada Allah, dan bertaubat kepada-Nya lebih dari 70 kali dalam sehari semalam” (HR Al-Bukhari).

7-Kalimah-Yang-Disukai-ALLAH_8

7. La ila ha illallah Muhammad Rasulullah

Disebutkan dalam kitab Syarah Ummul Barâhîn karya Imam Abdullah Muhammad bin Yusuf as-Sanusy al-Asy’ary (Jakarta, Dar al-Kutub al-Islamiyah, 2013, halaman 72)

Jika melazimi zikir ini akan melahirkan sifat malu, Tawakkal, zuhud dan hati yang kuat dan teguh.

Jadikan 7 kalimah Yang Disukai ALLAH ini rutin dalam ucapan kita, mengiringi setiap urusan dan perjalanan hidup kita.

InsyaAllah, amin…

Baca Juga :

SIAPAKAH WALI-WALI ALLAH?

Koleksi Bacaan Amalan Harian Seorang Muslim. Info Basic Seorang Muslim Wajib Tahu