Ais Krim FRUITI KING Rasa Sebijik Macam Makan Buah Buahan

Ais Krim FRUITI KING Rasa Sebijik Macam Makan Buah Buahan | Musim panas, musim sejuk, musim bunga. Hah! Yes, Asyraf memang suka sangat makan ais krim walaupun batuk sekalipun. Nampak ke tidak perangai degil tu. Ye lah dah biasa kot. Takpe yang penting kesihatan kita jaga jugak lah kan. Okay kawan-kawan, baru baru ini Asyraf dijemput menghadiri first event by FRUITI KING yang baru sahaja membuka outlet pertamanya di Sunway Pyramid.

model-fruiti-king

Sempena pembukaan pertama outletnya, mereka menghidangkan pelbagai jenis buah-buahan yang ada di Malaysia ini dalam bentuk ais krim! Ya Allah, siapa tak teruja kan? Teruja bersebab. Sebabnya Asyraf memang tak sah kalau sebelum makan takde buah-buahan. Jadi bila ais krim buah-buahan ini dikeluarkan, rasa teruja tu menggila betul lah.

6-pilihan-premium-ais-krim-fruiti-king

Pada majlis perasmian untuk ice-cream tasting itu, Asyraf dan para media dapat merasai 6 jenis ais krim buah-buahan. Antaranya adalah Musang King, Durian, Cempedak, Mango, Soursop dan Sweet Corn. Semua perisa ini adalah 100% rasa buah-buahan sebenar. Tiada pewarna tambahan, tiada bahan pengawet dan tiada perasa tambahan.

6-jenis-seleksi-premium-Fruiti-King

Asyraf ulang okay, 100% asli okay. Real taste like buah yang kita makan. Nak tahu betul ke tidak. Korang pasti kena cuba rasai sendiri. Bawa kawan-kawan ahli keluarga yang suka sangat makan buah tu makan Ais Krim Fruiti King ini.

Mesti korang tertanya-tanya, kalau Asyraf dah try kesemua ais krim Fruiti King tersebut. Mana satu menjadi pilihan kan ? Okay mestilah nak bagitahu ni, Asyraf memang suka rasa ais krim Cempedak, Mango dan Durian serta Musang King.

seleksi-scoop-fruiti-king

Serius rasa keempat-empat tu real macam makan buah sebenar okay. Ya Allah, korang kena try. Rugi lah tak try!

Itu sebab nak ingatkan korang lagi sekali seperti mana Asyraf bagitahu awal-awal tadi. Kesemua varian ais krim Fruiti King ini Tiada pewarna tambahan, tiada bahan pengawet dan tiada perasa tambahan.

founder-fruiti-king-Evangelist-Max-Teh

Fruiti King ini terdapat dalam pelbagai jenis antaranya dalam bentuk ais krim potong, ais krim bentuk scoop dan ais krim bar. Kesemua yang Asyraf rasai nikmatnya hampir sama. Tercetusnya idea ini adalah dari pengasasnya Evangelist Max Teh. Semasa beliau berasa di Ipoh Perak telah mencuba sepotong ais krim di sebuah kedai kecil. Ais krim itu dibuat sendiri oleh pemilik kedai tersebut dan beliau jatuh cinta akan kesedapan dan nikmatnya. Maka tercetuslah idea ais krim buah-buahan Fruiti King pada hari ini.

ice-cream-potong-fruiti-king

Negara kita Malaysia tercinta terkenal dengan pelbagai buah-buahan. Tanam apa sahaja mesti tumbuh bak cendawan. Itu sebab Max merasai sebaiknya beliau cuba perkenalkan 3 perisa yang sudah terkenal seantero dunia iaitu Musang King, Durian dan Cempedak. Beliau percaya ia pasti membanggakan Malaysia kerasa adanya ais krim buah-buahan ini yang pertama di dunia.

fruiti-king-ais-krim-sedap-malaysia

Tambahannya lagi, sebelum berakhirnya tahun 2018 ini. Beliau akan membuka lebih dari 30 cawangan Fruiti King seluruh Malaysia. Bukan itu sahaja, tidak ketinggalann negara jiran juga seperti Singapore, Hong Kong dan China akan diapasarkan segera.

fruiti-king-sunway-pyramid

Website : www.fruitiking.com

Facebook & Instagram : fruitiking

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sharing is Caring
  • 20
    Shares

Add Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: