Skip to content

Aktiviti Seharian Seorang Blogger

aktiviti-seorang-blogger

Aktiviti Seharian Seorang Blogger. | Apakah aktiviti seharian seorang Blogger selalu buat eh setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan? Inilah dia pengalaman aku selama berblogging.

Korang semua pun tahu lah Siapa aku dekat dunia Blog ni kan? Well .. hahaha …

Senang cerita. Macam ni lah, senior Blogger yang dah kenal aku. Dia memang kenal aku lah.

Yang baru nak berblogging sejak 3 tahun lepas tu mungkin lah aku rasa mereka tak kenal aku ni siapa.

Tapi biarlah. Aku bukan nak jadi Blogger popular pun. Sekadar nak berkongsi cerita dan apa aku hadap selama hidup dekat dunia ni je. Semuanya aku tulis melalui penulisan.

Percaya ke tak .. aku dah ada blog dan berblogging sejak tahun 2010 lagi.

Haaa .. mesti tak percaya kan?

Korang lagi lah tak percaya sebabnya ..Sapelah Aku ni dekat media sosial?

..Tak popular pun. Mamat ni biase-biase je.. Yer betullah tu. Aku ni seorang Blogger yang biasa-biasa je.

Okay lah nanti aku cerita banyak perkara Kenapa dan Kenapa? Korang tunggu je lah yer.

Berbalik kepada tajuk artikel ni.

Aktiviti Seharian Seorang Blogger? Apa Dia Akan Buat ..

Ini cara aku lah. Lain orang, lain caranya kan?

#Yang Pertama

Setiap Pagi sebelum solat fardhu subuh. Sebagai Muslim, aku akan solat sunat 2 rakaat sebelum solat fardhu subuh.

Semua orang tahu lah kan, Siapa yang selalu solat sunat 2 rakaat sebelum Subuh ni ..Rezeki dia akan bertambah dan akan dianugerahkan Allah rezeki yang tak disangka-sangka.

Alhamdulillah, ini yang aku amalkan lah sebagai seorang Muslim.

Kesannya, ya aku akui memang pernah dapat Rezeki yang tak disangka-sangka lah.

Solat sunat 2 rakaat sebelum Subuh ni sebenarnya susah jugak nak konsisten.

Sebabnya kalau dah terlewat bangun dan dah nak habes waktu Subuh.

Memang terkejar-kejar jugak lah nak Solat Subuh tu kan?

Jadi yang penting dekat sini kita lakukan yang wajib je dulu. Yang sunat ni kita kemudian kan.

Dah Baca 14 Tips Menjadi Blogger Terkenal Seperti Hanis Zalikha

#Yang Kedua

Selepas aku dah makan roti canai dan nasi lemak. Ditambah pulak air Kopi O panas. Ya Allah nikmatnya!

Baru lah tiba masanya aku bukak Laptop dan ..

Haaa .. korang rasa apa aku akan buat sebagai seorang Blogger?

Aku tahu kelemahan aku.

Aku tahu ada masanya emosi aku ni pusing. Ada masanya aku kena ada yang memberi aku motivasi.

Jadinya, aku akan pergi singgah dulu kemana-mana blog Blogger Terpilih (yang aku dah bookmark).

Disana, akau akan baca pelbagai jenis artikel yang Blogger tu tulis.

Sebabnya .. korang pun tahu kan? Blogger atau Penulis takkan lari dari penyakit Writer’s Block.

Bila aku setel baca artikel ini artikel tu.

Ye, tiba masanya aku akan start merangka apa tajuk yang aku rasa nak tulis di blog aku pulak.

Amaran ya!

Aku tak suka baca blog Copy-paste. Dan aku jugak tak suka copy-paste konten blogger lain dekat blog aku.

Sebabnya aku sedang buat duit secara online dengan blog ni.

Semua Blogger 1 dunia tengah cari duit online dengan servis google adsense.

Yes, aku tak ketinggalan ya!

Okeh, aku rasa tu je lah setakat ni aku nak kongsi dengan korang.

Insya Allah ada masa nanti lagi aku akan share secara spesifik apa lagi aktiviti aku sebagai seorang Blogger untuk cari idea menulis konten yang sedap lagi lazat. hehe

Terima kasih.