Skip to content

5 Amalan Hari Jumaat Umat Islam. Rugi Tak Amalkan!

AMALAN-HARI-JUMAAT-UMAT-ISLAM

5 Amalan Hari Jumaat Umat Islam. Rugi Tak Amalkan! |

Hari Jumaat adalah hari yang penuh barakah.

Hari yang paling cepat dan paling makbul doa diterima Allah.

Hari Jumaat hari yang mulia yang sangat digalakkan kita banyakkan amalan sunat yang dianjurkan Nabi Muhammad.

Ia adalah hari yang terkumpul segala fadhilat atau kelebihan dalam kita beramal dengan hati yang penuh ikhlas dan khusyuk.

Kaum Muslimin sepatutnya berlumba-lumba merebut peluang hari yang mulia ini bagi meningkatkan kuantiti dan kualiti ibadah yang dilaksanakan.

Jom kita list-kan 5 Amalan Hari Jumaat yang patut kita laksanakan ini siap-siap dalam kocek baju supaya tak terlepas peluang untuk meraih pahala berganda pada hari jumaat penuh barakah ini.

1. Membersihkan Diri (Mandi Wajib dan Niat Mandi Sunat Jumaat)

Mandi, gosok gigi dan bersugi jika ada.

Memakai perfume kasturi dan apa saja jenis wangi-wangian asalkan ia sah untuk dibawa solat.

Serta memakai pakaian terbaik bukan saja baju melayu dan kain pelikat tetapi biasakan dengan berjubah dan berserban.

“Tidak mandi seorang lelaki pada hari Jumaat dan membersihkan dirinya setakat yang termampu, seterusnya beliau meminyakkan rambut, mengenakan wangi wangian harum yang dimilikinya di rumah, lantas dia keluar (ke masjid) dan dia tidak mencelah di antara dua orang (di dalam masjid), lalu dia bersolat apa yang diwajibkan ke atasnya.

Dan sesudah itu duduk diam sewaktu imam sedang berkhutbah, melainkan diampunkan segala dosanya dari Jumaat tersebut hinggalah ke Jumaat yang akan datang.”

– Hadis Riwayat al-Bukhari – 

2. Amalkan Membaca Surah Al-Kahfi (walaupun sebulan sekali)

Banyak kelebihan membaca Surah Al-Kahfi antara kelebihan yang Allah janjikan seperti dalam Al-Quran adalah menghindarkan diri dari fitnal dajjal dan akan memperoleh pengampunan dosa diantara dua jumaat.

Rasulullah SAW Bersabda :

“Barangsiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya diantara dua jumaat.”

3. Selawat Kepada Nabi Muhammad SAW

Berselawat kepada Nabi SAW adalah digalakkan pada setiap masa dan tempat kita berada.

Namun pada hari Jumaat lebih diutamakan kerana lebih banyak kelebihan pahalanya.

Allah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah Taala dan para malaikat telah berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna ke atasnya (Nabi)”

4. Mendirikan Solat Jumaat

Baca Khutbah Jumaat Bertajuk Sakaratul Maut

Bagi seorang Lelaki yang cukup syaratnya adalah wajib laksanakan kecuali jika terdapat keuzuran yang dibenarkan syarak.

“Barangsiapa yang mandi seperti mandi janabah (mandi daripada hadas besar) pada hari jumaat, kemudian ia pergi ke masjid pada waktu yang pertama, maka pahalanya seperti pahala berkorban seekor unta.

Siapa yang pergi ke masjid pada waktu kedua, maka pahalanya seperti berkorban seekor lembu.

Siapa yang pergi ke masjid pada waktu yang ketiga, maka pahalanya seperti berkorban seekor kambing.

Siapa yang pergi ke masjid pada waktu yang keempat, maka pahalanya seperti pahala berkorban seekor ayam.

Siapa yang tiba di masjid pada waktu yang kelima, maka pahalanya seperti berkorban sebiji telur.

Apabila imam telah keluar, para malaikat hadir untuk mendengarkan khutbah (dan tidak ada lagi yang mencatat setelah itu).”

– Hadis Riwayat Muslim – 

5. Bersedekah

Pernah dengar orang kaya Muslim bercakap?

Bersedekah lah walaupun memberi makan buah-buahan di Masjid.

InsyaAllah apabila ada orang yang dahaga dan lapar.

Doa mereka kepada kita ..

Semoga mereka yang makan hasil Sedekah kita itu akan membuatkan kita sihat sepanjang masa dan pahala sentiasa berjalan.

Apabila mereka sihat, insyaAllah Allah akan memberi kesihatan terbaik untuk kita.

Allah SWT juga akan melipat gandakan ganjaran bagi orang yang bersedekah sebagaimana

firman Allah yang bermaksud;

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih, yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.

Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”

– Surah Al-Baqarah: 261 – 

Semoga hari Jumaat yang penuh barakah ini Allah akan menerima Ibadah kita yang ikhlas dan sentiasa memberi rezeki yang baik dan diberkati di dunia mahupun di akhirat kelak.

InsyaAllah …

Jom sama-sama kita SHARE amalan Hari Jumaat ini kepada semua umat Islam dengan tekan butang facebook, whatsapp, twitter.