Aneka Jus Berbuka Puasa Di Bulan Ramadhan

ASsalamualaikum Warahmatullah, Salam Sejahtera. Salam Ramadhan ke Lima (5).

Cepat masa berlalu kan ? Sahur buka puasa , sahur buka puasa. Eh, dah puasa ke 5 !

Nak beritahu pasal bulan Ramadhan terutamanyalah, kebiasaan di kampung saya di Pahang.
Setiap kali nak berbuka dan sahur, saya akan bagitahu mak atau saya akan buat sendiri
jus untuk penyedap dan kesegaran.

Saya memang jenis suka melawa, suka cantik. Suka sihat macam pompuan. Hahah, so mak saya
dah tahu anak dia yang sorang ni memang akan buat jus selain kopi.

Kopi ni saya selalu minum diluar bulan ramadhan macam hari hari biasa kita nak bekerja.
Tapi kalau ramadhan, memang saya akan utamakan minuman jus ni.

Saya ada tulis pasal kopi dan diri saya dalam kehidupan seharian. Boleh baca disini.

Aneka Jus Berbuka Puasa di Bulan Ramadhan

Macam saya sendiri memang suka minum jus buah dan sayur untuk cantik. Nampak tak ?
Kalah orang pompuan. Mampus dah bagitahu rahsia. Tapi apa salahnya kan. Jadi diri sendiri.

Zaman sekarang bukan perempuan je nak cantik sihat, laki pun.

Jus buah-buahan yang saya selalu amalkan , oren , epal , strawberi. Dan kalau jus
sayur-sayuran pula saya amalkan , lobak merah dan tomato.

Khasiat Minum Jus Buah dan Sayuran

Tak nak cakap panjang dah, sebab tahu semua dah besar panjang tahu akan khasiat jus ni.

Tapi nak bagitahu jugak 3 poin utama :

1. Minum Jus dapat Menurunkan Berat Badan.

Okay, kalau lelaki yang dah sado dan kurus fit macam saya tak bermakna dah
ya nak turunkan berat badan lagi. Tapi sangat bermakna bagi yang obesiti.

Yang ni semua orang tahu terutama anda seorang wanita. Perempuan kalau gemuk
seharian konfem nak rasa kurus jugak. hehehe …

2. Minum Jus dapat Melawan Pelbagai Penyakit.

Ini lagilah semua orang tahu tapi stil tak nak buat minum jus. Mesti anda fikir
buat jus simple simple tapi berkhasiat ya ? Jawapannya yes opkos.

Anda boleh kaji sendiri. Google jer, bersepah berlambak khasiat minum jus
buah dan sayuran terpilih like orange and tomato.

3. Minum Jus Setiap Hari Peluang Makin Cantik.

Yang ini tak tipu. Memang setuju ok. Ramai dah akui bila amalkan minum jus
ni. Tak kisah buah dan sayuran terpilih anda akan rasai kelainan.

Macam saya dulu masa kerja Airlines, antara tips yang diajar dan diamanatkan kepada
kami untuk bekerja lama di syarikat penerbangan adalah dengan makan vitamin C.

Memang akui semua orang nak consume vitamin C, cucuk dan sebagainya. Tapi adakah semua
mampu nak topup setiap bulan ? So anda beli buah dan sayuran tu dan amalkan saja.
Tak kisah pagi dan sebelum tidur. Murah pun ya. Tak mahal pun , beli 10 biji oren baru RM6-7.
Boleh tahan seminggu.

Minum Jus Buah dan Sayuran di Bulan Ramadhan

Mesti anda tertanya tanya , Asyraf ni cakap panjang panjang ada tak jalan penyelesaian ?

Opkos mesti ada. Okay cakap pasal benda nak kupas semua buah ni bukan senang. Susah jugak,
kalau boleh bila kita nak minum cepat (instant). Keluar peti ais basuh bersih bersih
dan masuk je dalam pengisar.

Pengisar ni kita mesti beli yang multi purpose. Senang keluar dari peti basuh je masukkan
dalam pengisar terus dapat jus apa lagi minumlah. Jadi , saya akan utamakan 3 in 1 ni ketika membeli.

Anda pun kena ada pengisar jus macam ni. Senang digunakan dan sangat friendly. Walaupun anda newbie, sekali
baca panduan manual terus boleh guna ok.

Kesimpulannya dapatkan Pengisar Jus Russell Taylors Slow Juicer dari Lazada, Klik sini.

Harganya ketika ni memang murah dari harga sebenar dari RM600. Anda hanya boleh dapatkan dengan
harga promosi RM200 sahaja. Ingat dapatkan segera, kalau boleh hari ni. Sebab murah kan. So better dapatkan
CEPAT.

Promosi Ramadan dan Raya Lazada Malaysia

Oh ya sebelum terlupa. Mulai 19 Mei sehingga 30 Jun 2017,
jangan lupa untuk rebut peluang bershopping sempena Ramadan mahupun untuk keperluan raya
menerusi kempen promosi Lazada Malaysia – Marhaban Ya Ramadhan dan jualan Riang Ria Raya
(http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/).
Kempen ini memberikan anda diskaun dan potongan jimat sehingga 90%.
#
#
#
( Penulisan artikel ini ditulis untuk satu kontest dianjurkan oleh Lazada,
jom kita meriahkan kontest blogger ini .. lebih ramai yang menyertainya, lebih besar hadiah diberikan.
Infonya di sini – RM10,000 Untuk Blogger Dalam Kontest Lazada Ramadan Raya 2017.)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge