Skip to content

Apa Itu Blog? Siapa Wajib Ada Blog?

apa itu blog

Apa Itu Blog? Masakini semua orang sudah tahu apa itu blog. Search saja google nak cari info itu info ini, terus jumpa beberapa laman website yang terdiri dari blog yang ditulis oleh seorang Blogger.

Apabila anda menjumpai mana-mana blog yang anda suka baca tajuknya, pastinya lah anda akan klik link blog yang tersenarai. Betul kan? Bila dah masuk laman blog yang anda klik tadi tu, maka anda akan ternampak isi kandungan yang ditulis secara kreatif oleh seorang penulis.


Penulis itu umum, samada lelaki mahupun perempuan. Mereka menjadikan diri mereka seorang Blogger. Laman website yang anda masuk itulah sebuah blog!

Mengikut laman Wikipedia;

“A blog (a truncation of “weblog”) is a discussion or informational website published on the World Wide Web consisting of discrete, often informal diary-style text entries (posts). Posts are typically displayed in reverse chronological order, so that the most recent post appears first, at the top of the web page”.

Nak baca lebih lanjut boleh klik laman Wikipedia tentang blog disini.

[Dah Baca?] Cara Terbaik Dapatkan Pembaca Setia Blog

Okay jom kita sama sama fahamkan maksud Blog yang diterangkan oleh Wikipedia ni.

Apa Itu Web Blog


“Sebuah blog (atau lebih dikenali ‘weblog’) adalah website perkongsian informasi dan perbincangan atas talian yang disusun secara kronologi dan dipaparkan dengan tertib. Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk umpamanya makanan, politik, atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian. Blog yang tipikal menggabungan teks, imej, dan pautan ke dalam blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya”.

Jadi dekat sini, kita sudah maklum faham Apa Itu Blog sebenarnya.

Nak lebih faham, blog ini adalah macam buku diari kita yang kita plan apa nak buat hari esok, lusa dalam minggu ini minggu depan. Pastinya dalam sebulan apa yang kita rancang nak jadi kenyataan.

Dalam sebuah blog juga, anda sebenarnya boleh tulis apa saja yang anda rasa nak tulis sebagai luahan perasaan. Ia lebih macam perkongsian peribadi dalam seharian anda berimaginasi dengan dunia anda.

Okay macam ni.


Tulis Blog Jika Kita Bukan Social Media Influencer

Baca juga Tips Menjadi Blogger Terkenal Seperti Hanis Zalikha 

Zaman sekarang teknologi makin canggih. Semakin ramai yang bergelar Influencer tumbuh bak cendawan. Asal ada rupa dan bakat dan pastinya anda miliki handset paling mahal iaitu Iphone yang ramai sangat nak memilikinya!

Macam saya katakan tadi, cukup ada rupa dan bakat serta iphone. Pastinya nak jadi seorang content influencer sangat mudah dan cepat viral.

Tapi persoalannya sekarang. Anda yang tengah baca penulisan ni, adakah anda seorang yang berupa kacak, hensem, cantik, lawa dan berbakat?


Pastinya nak beli Iphone pun tak mampu lagi. Walaupun sekarang ini nak miliki sebijik Iphone dengan ansuran bulanan sangat mudah. Tapi semua itu atas bajet dan kemampuan tersendiri.

Katakanlah, semua ciri-ciri yang dikatakan tadi dari segi rupa, bakat dan gajet Iphone kita masih tidak mampu untuk milikinya.

Jangan risau.

Blog kan ada. Kita boleh guna web-blog untuk mengekspresikan diri melalui penulisan.

Kesimpulannya disini, gunalah blog untuk tujuan kita menulis dan akhirnya terjebak menjadi seorang Influencer suatu hari nanti.

Harinya pasti akan tiba. Cuba dulu, baru tahu.

Tulislah blog dari sekarang.