Aplikasi Cannis Peranti Online Terbaik 7 Dalam 1 di Asia Tenggara

Assalamualaikum, Salam Sejahtera. Baru-baru ini Asyraf dijemput menghadiri satu jemputan event yang sangat gah dan gempak di Pusat Konvensyen dan Pameran Setia City (SCCC) Shah Alam, Selangor. Apa yang menariknya event ini adalah lambakan manusia yang hadir serta pelbagai booth jualan yang diadakan semasa event berlangsung. Apa yang Asyraf boleh gambarkan pada korang, orang-orang yang hadir kebanyakannya dari Malaysia, Indonesia, Singapore dan China. Nampak ke tidak penangan event yang memperkenalkan Aplikasi Cannis Peranti Online Terbaik 7 Dalam 1 di Asia Tenggara ini. Jom Asyraf cerita sedikit apa yang menariknya.

Kelebihan-Aplikasi-Cannis-Yang-Anda-Perlu-Tahu

Tapi sebelum itu, Asyraf nak tanya sikit adakah korang yang kacak, helok, cantik dekat sini adalah :

1. Student IPTA/IPTS
2. Student yang perlu duit tambahan
3. Mahasiswa yang sedang tanam anggur
4. Ibu suri rumah yang tidak bekerja
5. Suka buat bisnes online
6. Lelaki maskulin helok yang suka main game sambil dapat duit poket
7. Awek cantik terletak yang suka buat mimik muka dan cara pakai tudung depan kamera sambil duit masuk
8. Lelaki sasa helok tapi suka berjoget seksi depan kamera sambil jana income
9. Abang kakak yang terlalu helok suka shopping online sambil tengok live streaming
10. Suka sangat shopping online pada masa sama ada discount menanti
11. Sesiapa sahaja lah korang

Ya. Aplikasi Cannis ini akan membantu semua urusan kita. Tak percaya? Teruskan bacaan ok.

cannis-malaysia

Aplikasi Cannis ini adalah platform terbaik yang merintis perancangan program, teknologi produk, promosi operasi dan visualisasi data. Ia mempunyai hampir 100 jurutera professional dan setiap pasukannya mempunyai keupayaan penyelidikan dan pembangunan yang kuat untuk membangunkan apps ini.

Aplikasi-Hebat-7-dalam-1

Aplikasi ini sebenarnya ada beribu pejabat utama di Kuala Lumpur, Malaysia bahkan pusat operasinya yang lain juga ada di Taipei, Guangzhou, Hong Kong termasuk di Pulau Pinang. Mereka ini juga ada satu kumpulan pasukan teknikal di Hangzhou yang menjadikan APPS ini suatu kejayaan untuk rakyat Malaysia khususnya dan di Asia Tenggara pada permulaan 2018.

“Kadar penembusan peratusan media sosial di China telah mendadak naik dengan adanya industri semasa dan operasi sosial. Ini membuktikan, Blockchain, kebijaksanaan dan internet adalah antara tiga teknologi di China yang paling teratas yang perlu dikukuhkan lagi.” – berkata Tan Sri Dato Sri Ong Tee Keat.

Hampir 58 bilion yuan China telah tercatat dengan adanya pertumbuhan Live Streaming yang sudah bermula pada tahun 2016. Analisa yang dijalankan oleh China boleh menjangkakan industri Live Streaming ini boleh melebihi sasaran 100 bilion yuan pada tahun ini 2018. Hari ini live streaming dan produk atas talian ‘online’ sudah menjadi fenomena sosial. – kata Naib Pengerusi Cannis.

Aplikasi-Cannis-tawar-pelbagai-fungsi
APLIKASI CANNIS
menggabungkan tujuh fungsi paling popular peranti mudah alih, termasuk live streaming online, online purchase, online games, video pendek, media sosial, discount shopping, dan e-wallet. Yang pastinya ia akan mengumpul lebih daripada 10,000 pengguna online dalam masa 24 jam.

Beliau Dato’ Azman Ching juga berkata ;

Aplikasi cannis ini bukan hanya untuk pentas mencungkil bakat sedia ada, cita-cita menjadi individu berpengaruh dari mimpi orang biasa, tambahan juga aplikasi ini mempunyai sistem pembayaran yang dibuat boleh digunakan di 140 buah negara di seluruh dunia, terutama di Asia Tenggara.”

pelancaran-cannis-app-malaysia

Yang menariknya, banyak usahawan dan professional dari perusahaan terkenal, syarikat permodalan, blockchain dan bidang berkaitan rangkaian dari pelbagai negara seperti China, Hong Kong, Indonesia, Kemboja, Korea Selatan, India dan Rusia telah menghadiri persidangan besar pelancaran Aplikasi Cannis.

Jadi apa tunggu lagi wahai abang kakak hensem cantik helok. Banyak sangat perkara kita boleh buat dalam satu aplikasi. Asyraf sudah pun install di telefon. Tak sabarnya nak jana income dengan macam-macam perkara seksi nak buat dekat app ni. Eh, korang student tu boleh install jugak tau! Pokoknya, moga artikel penulisan sebaran ikhlas Aplikasi Cannis Peranti Online Terbaik 7 Dalam 1 di Asia Tenggara dari Asyraf ini membantu kita jana income dengan sebaiknya.

model-cannis-malaysia

Korang boleh menggunakan aplikasi ini dengan download Aplikasi CANNIS di google play store. Bagi pengguna apple aplikasi ini masih dalam pembinaan. Ketika ini anda tidak dapat muat turun apps ini. Jika teringin sangat nak guna aplikasi ini korang boleh pinjam telefon emak ayah adik beradik dulu untuk menggunakan aplikasi CANNIS.

Website
www.cannis.app

Instagram
www.instagram.com/CannisApp

Facebook
www.facebook.com/CannisApp

P/S – sebahagian gambar dalam artikel ini milik Farah Dafri.

- Aplikasi Cannis Peranti Online Terbaik 7 Dalam 1 di Asia Tenggara

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sharing is Caring
  • 2
    Shares

2 Comments

  1. Liez September 11, 2018
    • asyrafasri September 14, 2018

Add Comment

CommentLuv badge
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: