Skip to content

Sedekahkan Surah AL-FATIHAH. Ketahui Biodata Ashraf Sinclair!

ashraf-sinclair-meninggal-dunia

Ashraf Sinclair Pelakon Malaysia suatu ketika dulu telah meninggal dunia awal pagi tadi hari ini bertarikh 18 Febuari 2020 kerana mengalami serangan jantung, menurut laporan berita Indonesia dan telah disahkan oleh ibu arwah sendiri Khadijah Abdul Rahman di aplikasi Whatsapp.

Ashraf Sinclair meninggal dunia pada usia 40 tahun dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Noah Sinclair yang dilahirkan pada tahun 2010 setelah berkahwin dengan Penyanyi dan Pelakon Popular Indonesia Bunga Cinta Lestari.

Sama sama kita sedekahkan dan hadiahkan surah Al-Fatihah untuk arwah Ashraf Sinclair.

Semoga arwah tenang di sana dan bersama orang beriman. Amin!

[Dah Baca Ke?] Pengasas Kicap Jalen Kegemaran Malaysia Meninggal Dunia

Biodata Ashraf Sinclair Pelakon Gol & Gincu 2005

Ashraf dilahirkan pada 18 September 1979 di Croydon, England kepada Mohamed Anthony John Sinclair yang berbangsa Inggeris dan Khadijah Abdul Rahman yang berbangsa Melayu.

Beliau merupakan anak sulung daripada tiga beradik, adik-beradiknya ialah Aishah Jennifer (lahir 1980) dan Adam (lahir 1984).

Ashraf mula dikenali ramai dengan mengacarakan sebuah rancangan berkenaan filem terkini Box Office Now (ntv7) pada tahun 2005.

Kemudian beliau menempah nama sebagai pelakon dengan memegang watak Eddy dalam filem Gol & Gincu arahan Bernard Chauly pada tahun yang sama dan siri televisyen yang menyusulnya pada tahun berikutnya.

Pada tahun 2006 beliau mengambil alih tempat Awal Ashaari sebagai hos Beat TV bersama Sazzy Falak di Astro Ria serta digantikan dengan Ezlynn sebagai pengacara Mentor di TV3.

Selain Gol & Gincu the Series, Ashraf juga berlakon sebagai Burn dalam siri Realiti.

Pada bulan Ogos 2006 beliau mengacarakan Persidangan Alam Sekitar Kanak-Kanak Antarabangsa TUNZA di Putrajaya.

Ashraf juga mencipta nama sebagai pelakon Indonesia dalam sebuah drama yang berjudul Cinta dan Anugerah.

Drama yang paling mendapat sambutan di Indonesia dengan Nabila Syakieb sebagai heroinnya, Kini Ashraf bukan sahaja telah menempah nama sebagai artis Malaysia, tetapi sebagai artis Indonesia juga yang sangat laku!

Ashraf Sinclair pernah diundi sebagai “Bachelor with the Coolest Character” (Lelaki Bujang yang Paling Tenang Perwatakannya) dalam pertandingan Cleo’s 50 Most Eligible Bachelors.

.
Kredit Biodata : Wikipedia
Kredit Gambar : Sinar Harian