Betul.

Aku setuju sebagai customer yang baru nak beli insurans atau takaful.

Kebanyakan orang yang takde masa sibuk dengan hal dunia (entah apa yang diorang dok sibuk pasal hal dunia tu..) mengatakan bahawa BELI INSURANS Di Talian Telefon LEBIH MURAH LEBIH JIMAT ..

Ini bagi diri aku lah yang suka godek-godek sana sini sebelum buat keputusan untuk membeli.

Aku pernah berhadapan dengan agen Insurans dan Takaful.

Dimana selepas mendengar setiap perincian dan penerangan mengenai produk, agen tersebut akan memberitahu premium bulanan @ harga yang perlu kita bayar kepada syarikat insurans / takaful tersebut.

Ketika itu aku tak teragak-agak untuk berkata “Maaf, Saya tak berminat.”

Kerana waktu itu aku rasa premium yang dikenakan terlalu agak mahal @ pricey.

Maaflah aku katakan, aku jenis yang membeli sesuatu perkhidmatan tu bukan saja melihat benefit yang aku akan dapat tetapi mestilah setimpal dengan bayaran yang dikenakan.

Apabila aku lihat sendiri. Godek-godek ..ushar-ushar produk tersebut di website syarikat yang agen insurans / takaful tu present kepada aku sebelum ini ..

Seriously memang sangat jauh. Ada perbezaan ketara disitu.

Ada pernah aku jumpa premium yang ditawarkan semasa kita membeli di website dan juga bersama agen insurans / takaful “face to face” sangatlah jauh bezanya.

Apabila aku sendiri masuk dalam industri insurans / takaful ini bekerja sebagai Call Center barulah aku faham.

Sekarang tiba masanya aku nak cakap mengenai perkara ni.

Mohon take note!

Sebelum aku pergi lebih jauh, maaf aku terpaksa rahsiakan dimana syarikat insurans yang aku bekerja sekarang atas dasar privacy dan disclaimer.

Tapi untuk korang sebagai orang awam @ netizen yang sering dapat panggilan telefon dari mana-mana syarikat insurans atau Bank, nasihat aku sebagai orang industri.

Angkat saja call tersebut dan jawab dengan penuh berhemah.

Ingat mereka bukan saja-saja call tetapi mereka sedang bekerja “cari rezeki”.

# 4 Kelebihan Membeli Insurans Di Talian Telefon @ Phone Call

1. JIMAT MASA

Zaman sekarang makin lama makin canggih.

Makin canggih teknologi, makin takde masa kita nak tengok itu ini dekat website atau berjumpa agen insurans.

Makanya disini, apabila korang terima panggilan telefon dari mana-mana syarikat insurans / takaful yang menawarkan produk terbaru untuk perlindungan hayat, medikal kad dan kemalangan.

Dengar penerangan dan terus proceed “Sign Up” Policy.

Biasanya Pegawai Konsultan akan memberi penerangan produk diantara 10-15 minit saja sebelum bantu anda untuk proceed pendaftaran.

Jika korang jenis yang suka banyak tanya itu ini. Biasanya panggilan tersebut akan “drag 30-50 minit” sebelum korang buat pendaftaran policy.

2. PEMBELIAN ATAS TALIAN ADALAH LEBIH MURAH

Ya tersangatlah murah.

Aku sendiri sebagai Pegawai Konsultan sebelum memberi penerangan mengenai produk kepada bakal pemegang polisi insurans secara atas talian @ phone call merasakan satu tamparan kuat..

Mana taknya …

Apabila aku sendiri melihat premium yang ditawarkan di website adalah jauh lebih mahal.

Jika syarikat insurans melalui Pegawai Konsultan tersebut membuat penggilan keluar @ Outbound Call untuk mempromosikan produk, premium yang ditawarkan akan berubah murah kerana kami sendiri telah bersusah payah buat panggilan dan akhirnya anda jawab panggilan tersebut.

Jadi kesimpulannya disini bila kita lihat poin #1 diatas anda telah Jimat Banyak Masa untuk melihat sendiri produk insurans dan ingin memahaminya lagi jugak akan ambik masa di website syarikat insurans tersebut.

Maka apabila syarikat insurans / Bank melalui Pegawai Konsultan membuat panggilan keluar, kami sendiri akan memberi penerangan serba ringkas dan telus untuk bakal pemegang polisi iaitu anda sendiri akan faham sesuatu produk itu apabila diberi penerangan.

Alah sama macam konsep kita bersembang dengan kawan-kawan dan family members dalam telefon.

Takkan kita nak cakap bahasa baku kan?

Kita akan gunakan bahasa kampung atau bahasa yang selalu kita gunakan untuk pemahaman kedua belah pihak.

BACA  Jawapan Terbaik Jika TAK BERMINAT Mendengar Penerangan INSURANS Di Talian Telefon

beli-insurans-atas-talian
Kredit gambar Pexels – Karolina

3. WEBSITE SYARIKAT INSURANS MUDAH DILAYARI DAN MESRA PENGGUNA

Jangan risau, melayari laman web untuk membeli pelan insuran atas talian bukanlah sukar.

Proses pembelian adalah mengikut gerak hati, sama seperti membeli apa-apa produk daripada laman web e-perdagangan yang lain.

Setiap langkah adalah jelas untuk menerangkan apakah jenis polisi yang ada dan laman web juga menyediakan definisi kosa kata bidang insurans.

Anda hanya perlu membaca dengan teliti dan mempunyai matlamat di minda, manakah pelan yang paling sesuai untuk anda?

Pastikan anda memasukkan butiran peribadi yang tepat supaya proses berjalan lancar.

Sesetengah syarikat insurans apabila anda sudah memasukkan butiran peribadi dan produk yang ingin dipilih.

Syarikat Insurans melalui Pegawai Konsultan mereka akan buat panggilan keluar untuk memberikan penerangan dengan lebih jelas sebelum proceed untuk pendaftaran.

4. TERMA YANG TELUS

Anda akan dapat melihat terma insurans pilihan anda di atas talian, jadi tiada syarat tersorok atau tokok tambah.

Anda boleh membuat keputusan berdasarkan logik dan kehendak anda dalam perlindungan insurans.

Tiada maklumat yang ditahan atau dilupakan dalam hal ini.

Baca dengan teliti akan polisi tersebut dan terma-termanya akan menunjukkan segala yang anda perlu tahu.

Jika anda memilih untuk membeli atas talian, anda boleh mengambil masa untuk membaca setiap satu butiran, jadi tidak akan berlaku keadaan di mana anda akan mendapat ‘kejutan’ yang tidak diingini selepas menerima buku polisi dalam masa yang ditetapkan oleh syarikat insurans.

Apabila anda membuat pendaftaran dengan talian telefon dengan Pegawai Konsultan.

Segala rakaman dari A – Z dirakam sepenuhnya.

Pegawai Konsultan telah melalui latihan untuk sentiasa bercakap jujur, benar dan telus supaya apa yang dipromosikan sesuai dengan kehendek syarikat insurans tersebut. …

Jadi mulai dari sekarang, anda tak perlu khuatir dan rasa bimbang yang amat sangat untuk mendengar penerangan dan beli insurans di talian telefon.

Kerana ia lebih murah dan lebih jimat masa anda.

.
Sumber :

1. AIA – Kelebihan membeli insurans atas talian

2. AIA – Buying insurance over the phone

3. Ringgit Plus – When say Yes to insurance telemarketer

4. The Star – Be Firm with telemarketers