Betul Ke Orang nama Asyraf Hensem?

Apabila lahirnya seorang anak adam ke dunia nyata. Mereka akan diberi nama yang indah dan cantik.

Baik lelaki mahupun perempuan. Nama yang baik akan diberi selepas dilahirkan.

Agama Islam, Budha, Yahudi dan Kristian mereka sendiri pun akan menamakan anak kelahiran mereka dengan yang indah indah saja.

Nabi Muhammad pernah berkata ;

“Sesungguhnya mereka memberikan nama (pada anak-anak mereka) dengan nama-nama para nabi dan orang-orang saleh”
(Hadis riwayat Muslim)

Pengertian Nama A S Y R A F

Perkataan Asyraf. Jika disebut dengan betul bunyinya macam Arab.

Kalau kita perkenalkan diri kita dengan orang Arab ni. Depa suka kemain.

Sebab depa kata mulianya nama kamu. Jagalah diri kamu dengan semulia mulia nama kamu.

Makna ‘Asyraf’ :
1. Yang Mulia
2. Yang Dihormati
3. Yang Disanjungi
Allah, Allah mulia sungguh nama hamba. Saya harap diri ini pun sentiasa lah memuliakan diri sendiri.
Sedih benar kalau kita tak jaga diri kita kan.

Nama elok dah. Tapi perangai Allah … (takut)

Mohon dijauhkan ya Allah.

Individu Bernama A s y r a f Hensem ke ?

Ini bukan nak angkat bakul sendiri ok.

Ini apa yang dikatakan ramai orang samada famili sendiri, guru guru, sahabat dan kawan serta orang sekeliling.

Mereka kata orang bernama ‘Asyraf’ sangat hensem dan cantik (helok la).

Apapun orang kata pasal kita. Seboleh boleh dalam hati kata Alhamdulillah.

Dan paling penting kena ingat kita hidup di dunia ini hanya sementara saja.

Bila bila masa saja Tuhan akan tarik balik kenikmatan sebentar.

Soalan Asyraf. Siapa kat sini nama sama dengan Asyraf ?

Atau nama selain Asyraf kongsikan dekat blog ni mana tahu kita boleh berkenalan kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KONGSI :

KLIK DAN TERJAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge