Bila Kau Disapa ‘Kamu Kerja MKN’ Ya ?

ASsalamualaikum Warahmatullah, Salam Perkenalan , Salam Rezeki untuk semua.

Alhamdulillah.

Ini saja yang mampu saya ungkapkan.

Terima kasih atas DOA-nya.

Terkejut saya bila seorang Security Guard sebuah Hotel ternama di mana-mana Jabatan dan Agensi kerajaan menyapa saya bila nak masuk lif turun ke basement untuk meneruskan perjalanan official duty.

Kalau dilihat menusuk kalbu, securtiy guard tanpa uniform saya nampak dia ialah seorang Pakcik yang sangat ramah.

Sebelum ini kalau saya ke Sri Manja Hotel Bandar Indera Mahkota tak nampak sangat pakcik ni.

Kali ini dah masuk kali ke-tiga saya ke Kuantan untuk urusan rasmi kerja, baru perasan Pakcik Security.

Muka serius kulit bersawo matang, sedikit chubby tapi Sado. Paling penting misai macam abam-abam Polis  tu tetap ada. Hahah ..

JEMPUT BACA HOTEL REVIEW —> Sri Manja Hotel Bandar Indera Mahkota Kuantan The Best Hotel for Gomen People <—

Bila Pakcik Security Sapa Kau ‘Kamu Kerja MKN’ Ya ?

MKN yang dimaksudkan pakcik guard ialah Majlis Keselamatan Negara.

Kau rasa ? ..

Terkejut ..

Nak mengaku … ya, sayalah orangnya. (berangan nak mampos)

Bagi Asyraf sendiri. Saya lebih suka jadi diri sendiri. Seperti mana artikel pos yang ditulis sebelum
ini. Mohon klik untuk bacaan Salah satu poin mudah dapat kerja, WAJIB jadi diri sendiri.

Paling penting bila kita mengaku siapa kita dan kat mana kita kerja.

Pakcik tu terus berkata; Bukan apa nak, Pakcik tengok awak orang muda tegap berjalan muka manis hensem tapi
sedikit serius kat raut wajah tu. Itu sebab Pakcik terus sapa je anak.’

“Pakcik ni memang suka sapa orang. Nak lagi mudah berbual kita panggil je dia dengan panggilan yang baik.
Kalau betul dia kerja apa yang pakcik tercakap tu. Alhamdulillah lagi mudah dia nak dapat pangkat.”

“Kalau tak betul pun sapaan Pakcik, sekurang-kurangnya. Ia Doa.”

Aduh , tertunduk malu aku sekejap. (muka senyum depan pakcik, dalam hati deep inside kot)

Pengajaran Dari Seorang Security Guard

Sebagai seorang yang masih muda yang tak serik-serik nak hidup remaja. Walaupun lagi 5 tahun
nak cecah umur 30. Hahah ..

Saya ambil kata-kata Pakcik tu untuk terus perbaiki diri dari segi education mungkin , insyaAllah.

Ya lah , kalau itu DOA pakcik tu nak saya bekerja dan memegang salah satu jawatan terbaik di MKN.

Kalau dah kata rezeki. Betullah, Allah itu Maha Kaya.

*kredit gambar dari website rasmi Super Force Security Services

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KONGSI :

KLIK DAN TERJAH

4 Comments

  1. Aameen. Semoga tercapai segala hajat.

    Apa yang kita cakap, tulis, sebut, doa, fikir adalah Doa. Jadi cakap, tulis, sebut, doa dan fikir yang baik-baik sahaja.

    Satu lagi, banyakkan berdoa yang baik-baik untuk orang lain sebab malaikat akan doakan yang sama untuk kita. Best ke best. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge