Skip to content

Best Ke Bisnes Car Wash Ni?

Best Ke Bisnes Car Wash Ni ? |  9 daripada 10 rezeki itu datang dari perniagaan atau bisnes dalam bahasa oghang puteh. Sejak pandemik covid-19 ni ramai rakyat Malaysia dah start buat bisnes itu ini sama ada secara fizikal mahupun digital (secara online).

Ini satu perkara positif yang sangat baik dikalangan kita semua.

Baru baru ini aku ada pergi sebuah premis Car Wash milik bumiputera. Dah lama bisnes car wash mereka ni dibuka.

Rasanya sejak 2014 lagi. Sekarang dah 2022. Haaa … lama tu bertahan.

Lapan (8) tahun sudah !

Alhamdulillah sebagai bangsa Melayu Muslim aku sangat bersyukur kerana ada orang Melayu Muslim yang bertahan dalam bisnes Car Wash ni. Serius aku bangga sangat.

Pemilik bisnes Car Wash ni rumah mereka hanya beberapa langkah je di bahagian belakang Car Wash ni.

Dekat je. Memang sudah tentu senang mereka nak pergi jenguk bisnes jika ada masa terluang.

bisnes-car-wash

Untuk pengetahun kau orang. Pemilik bisnes Car Wash ni pasangan suami isteri yang sangat rajin menolong pekerja mereka membasuh dan mencuci kereta.

Sebenarnya inilah Cara Bisnes bisnes besar dunia selalu lakukan. Bukannya duduk kat rumah tunggu duit masuk. Itu salah namanya.

Boleh duduk rileks, tapi jangan selalu. Kena intai jugak pekerja kita buat kerja. Jujur ke tipu kan ? ..

Baca Juga : 

Panduan Membeli Insurans Kereta Terbaik

Soalan Yang Sering Ditanya Ketika Membeli Insurans Kereta

4 Cara Untuk Membeli Insurans Kereta Dengan Harga Yang Rendah

Berapa Modal Bisnes Car Wash ?

Modal buka bisnes Car Wash ni minimum RM20k sahaja. Aku dah pon tulis artikel tu di sini boleh baca nanti.

Yang pastinya ia berkait rapat dengan pemilikan tanah. Berapa luas kawasan yang kita miliki tu je.

Yang selebihnya kos modal yang melibatkan peralatan nak membasuh mencuci semua jenis kenderaan tu kos lain.

Paling ketara yang aku nampak kos yang betul-betul diperlukan adalah kos pemilikan hartanah untuk dijadikan kedai car wash.

Jom kita tengok sama sama.. 

Jika kita ada Tanah sendiri, kita dah jimat kos disini.

Bayangkan nak beli tanah 1 ekar pun dah berapa ribu ringgit apatah lagi hektar.

Percaya ke tak, 1 ekar Tanah di Malaysia paling murah setakat Jun 2020 ni dah berharga RM3K !!

Apapun tengok negeri mana dan kawasan mana Tanah tu berada.

Tahun 2022 ni agak-agak berapa modal ya?

So siapa yang ada Tanah sendiri berdekatan dengan jalan raya utama tu ..sangat rugi jika tak ambik peluang emas di depan mata ni.

Kalau tanya aku.. jawapan aku yes! Aku akan buat bisnes car wash atau stesen minyak. hehe

Modal atau Kos nak belanja beli peralatan membasuh, mencuci dan mengeringkan kenderaan selepas di basuh ini ada mahal ada murah.

Aku ada tengok dekat laman popular jual beli online yang ada dekat Malaysia ni iaitu di Shopee dan Lazada.

Kebanyakan tak masuk akal. Murah sangat sebenarnya !!

Tapi kita kena tengok jugak Visi dan Misi kita Buat Bisnes Car Wash ni.

Adakah niat sekadar nak basuh kenderaan customer sekadar bersih cantik kilat dalam 24-48 jam sahaja atau lebih dari 2 minggu.

Jika nak bersih berkilat yang macam ala ala kereta mewah tu kan .. jadinya peralatan dan alat-alatan nak membasuh tu semua konfem mahal dan perlukan modal yang setimpal dengan misi dan visi kita lah.

Korang faham kan apa yang cuba aku bagitahu ni? Nampak kan ..

Cara Nak Mempromosi Bisnes Car Wash

Tak susah pun. Tahun 2022 ni adalah zaman teknologi canggih. Zaman Tiktok.

Mak Ayah kita dah pon tak pakai henset 310 sen tu kan. Paling murah pun mak ayah kita akan pakai henfon bawah harga RM300.

So zaman dah berubah.

Apa yang WAJIB pemilik @ owner Bisnes Car Wash kena buat untuk promosi secara kaedah PERCUMA ?

1. Buat 1 facebook page (linkungan umur yang tengok fb ni diantara 25-60 tahun)

2. Buat 1 Instagram page (linkungan umur yang berada di sini 18-45 tahun)

3. Buat 1 Tiktok (lingkungan umur yang berada di sini 15-60 tahun)

Ada 3 senjata ni pun dah okay sangat. So jangan tak buat pulak dah. Rugi yakmat!

Tips Bonus! Buat satu kad bisnes (yang macam manila kad) tu then dalam kad tu design lah sikit ..

..Basuh kereta dengan Kami dalam 3-5 cucian akan dapat FREE cucian pada next temujanji..

Haaa …konfem laku keras! Percayalah orang kita orang Malaysia ni kan suka benda PERCUMA.

Yang pastinya Bisnes Car Wash kita akan disebar luaskan ke seluruh pelusuk daerah tu dengan hanya guna mulut diorang je.

.. Mat, ko kalau nak basuh kereta luar dalam murah. Ko pegi basuh dekat Kedai Car Wash XYZ tu..lepas 3 kali cucian, esoknya ko datang kali ke 4 dapat FREE cucian.. haaa nampak tak kuasa mulut puaka netizen Malaysia ni ..  hahahahah (lawak jugak aku ni! aku pun baru tahu ni)

Inilah cara pemasaran pengiklanan yang sangat berkesan ketika ni.

Senang jer.. ingat zaman dah berubah.. Bertindak lah dari sekarang!

4 thoughts on “Best Ke Bisnes Car Wash Ni?”

Comments are closed.