Blog Aku Kerja Kedua Aku

ASsalamualaikum Warahmatullah, Salam Sejahtera.

Ya blog ini adalah kerja kedua saya.

Tapi kerja hakiki 8 pagi 5 petang tetap berjalan seperti biasa.

Sabtu ahad dan cuti umum off.

Alhamdulillah nikmat Allah ni kena sentiasa bersyukur.

Dulu 3 tahun saya bekerja dalam industri penerbangan sebagai Airlines Staff.

Kerja shift midnight (1200am – 0900am) , Pagi (0500am – 1400pm) , Petang (1400pm – 1200am)

Cuti pulak 2 hari tapi tak menentu. 2 bulan sekali baru jumpa cuti sabtu ahad.

Yes memang seronok , fun dan gaji pun best tapi sampai bila ?

Sampai waktu saya berhenti. Cukup-cukup lah cuci tangan.

Kini saya sedang bekerja office hour kerajaan.

Dan ..

Saya jadi seorang blogger ni bukan baru. Dah lama sejak 2009 lagi selepas tamat
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan terus berblogging sampai ke Universiti
seterusnya sehingga sekarang.

Dulu ya saya berblog atas dasar ingin berkongsi cerita dan pengalaman melalui penulisan.

Tapi sejak tahun 2014, saya mula sedar blog ni boleh buat duit sampingan tapi berterusan.

Sebenarnya lama dah boleh buat duit bila kita berblogging ni. Tapi masa tu tak fikir lagi
apa motif saya tulis blog.

Jadi menulis blog ni niat saya menyebarkan pengalaman dan tulis apa saja yang saya fikir
terbaik untuk follower dan pembaca. Saya menulis.

Mohon sokong my passion ini. Saya bukan sebar benda fitnah dan saja-saja tulis blog.

Tetapi bekerja untuk perbaiki penulisan dan bahasa saya. Juga ingin dapat duit sampingan
dari berblog.

Itu saja.

Terima kasih.

- Blog Aku Kerja Kedua Aku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sharing is Caring

4 Comments

  1. sayidah December 7, 2017
    • asyrafasri December 8, 2017
  2. mrhanafi June 10, 2017
    • asyrafasri June 15, 2017

Add Comment

CommentLuv badge
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: