Bufet Ramadan 2018 : 3 Sebab The Venue Shah Alam Antara Tempat Terbaik Berbuka Puasa

Bufet Ramadan 2018 : 3 Sebab The Venue Shah Alam Antara Tempat Terbaik Berbuka Puasa | Pening lah nak berbuka puasa kat mana tahun ni ? Puas cari merata tempat nak survey, check dekat instagram facebook asyik tempat biasa je, makanan pun selalu jumpa. Okay, rasanya anda tak perlu risau. Sebabnya Asyraf nak bagitahu bahawa The Venue Shah Alam adalah tempat terbaik berbuka puasa tahun ini kerana 3 sebab munasabah.

welcome-to-ramadan-bufet-theVenue-shah-alam


3 Sebab The Venue Shah Alam antara Tempat Terbaik Berbuka Puasa adalah kerana makanan yang dihidangkan disajikan terdapat pelbagai variasi setiap hari bertukar-tukar setiap 5 hari. Kedua, selain tempat berbuka puasa The Venue Shah Alam juga menyediakan pelbagai aktiviti dan event untuk 2 buah dewan yang pihak mereka sediakan. Ketiga harga yang ditawarkan kepada umum terlalu murah dan sangat berpatutan dengan menu yang dihidangkan.

inside-wedding-reception-theVenue-shah-alam

Mesti anda tak sabar kan nak tahu 3 Sebab The Venue Shah Alam antara Tempat Terbaik Berbuka Puasa ? 3 sebab yang Asyraf cuba nyatakan tu tak terlalu nampak sangat kan. Hahah .. takpe yang penting korang baca sampai bawah penulisan ini okay.

3 Sebab The Venue Shah Alam antara Tempat Terbaik Berbuka Puasa ini yang Pertama ialah menu masakan pihak mereka hidangkan ini bertukar-tukar berlainan setiap hari selama 5 hari berturut-turut dan akan diulangi dari menu hari pertama kepada hari ke lima semula berikutnya seperti berikut :

aneka-juadah-bufet-ramadan-theVenue-shah-alam

1. Nasi

Nasi Putih, Nasi Syamim (Johor), Nasi Tomato (Penang), Nasi Hujan Panas (Kelantan), Nasi Jagung dan Nasi Beriani. Seperti yang Asyraf bagitahu tadi, Nasi ini akan bertukar setiap hari sehingga hari ke lima dan begitulah seterusnya. Jangan risau, nasi putih tetap disediakan setiap hari.

Asyraf dah cuba Nasi Syamin. Ingatkan nasi warna kuning keemasan tu nasi minyak yang kita selalu makan. Rupanya nasi syamin, adoi hai. Hahahah .. tapi seriously pertama kali cuba memang sedap jugak.

2. Masakan Ayam (4 jenis masakan ayam dalam satu hari)

Ayam Masak Merah, Ayam Madu, Ayam Kurma Kentang, Ayam Kampung Berempah, Ayam Kuzi (Johor), Ayam Masak Tomato, Ayam Masak Lemak Cili Padi (N. Sembilan), Ayam Goreng Serai, Ayam Masak Cabai (Kedah), Ayam Masak Masala (Penang), Ayam Masak Pedas (Melaka), Ayam Goreng Pandan, Ayam Butter, Ayam Keliur, Ayam Kurma, Ayam Goreng Daun Karapule (Penang), Ayam Ayam, Ayam Bombay, Ayam Tikka Masala, Ayam Kampung Goreng.

cristal-look-wedding-reception-theVenue-shah-alam

3. Masakan Daging (3 jenis masakan daging dalam satu hari)

Daging Masak Hitam, Daging Kerutup (Terengganu), Daging Masak Lemak Cili Padi (N. Sembilan), Daging Kima (Johor), Daging Rendang Basah, Daging Kong Boh (Nyonya), Daging Beriyani, Daging Semur (Jawa), Daging Lada Hitam (Penang), Daging Beriyani, Daging Lemak Belimbing Buluh (N. Sembilan), Daging Kari Kentang (Penang), Daging Masak Halia (Penang), Daging Hitam.

4. Masakan Makanan Laut (3 jenis masakan makanan laut dalam satu hari)

Lala Goreng Pedas, Fish Fillet 3 Rasa, Kari Ikan Bendi (Penang), Kerang Goreng Lada Hitam, Ikan Cencaru Sumbat Bakar, Udang Serabai (Udang Geragau), Kari Ikan Sembilang (Kedah), Ikan Kacang Goreng Rangup, Sotong Goreng Kunyit, Ikan Patin Masak Tempoyak, Ikan Keli Bakar, Ikan Selayang Bakar, Sambal Sotong Kering, Ikan Goreng Rempah, Asam Pedas Sembilang.

5. Masakan Sayur (3 jenis masakan sayur dalam satu hari)

Sayur Campur, Taugeh Goreng, Sayur Air Petola, Bunga Kobis & Kentang Masala, Gulai Nangka Muda, Pecal Sayur, Terung Sambal, Peria Goreng, Sup Sayur, Betik Muda Masak Asam, Kobis Panjang Cendawan Hitam, Pucuk Keledek Masak Udang Kering, Kobis Goreng Kunyit, Bunga Kobis & Brokoli Goreng, Dalca Sayur.

aneka-krabu-sayur-bufet-ramadan-theVenue-shah-alam

6. Kerabu (3 jenis kerabu dalam satu hari)

Kerabu Mangga, Kerabu Daun Selom & Kerang, Kerabu Pucuk Ubi & Rebung, Kerabu Timun, Kerabu Jantung Pisang, Kerabu Taugeh, Kerabu Nangka Muda, Kerabu Pucuk Betik, Kerabu Daun Pegaga, Kerabu Kacang Botol, Kerabu Soon, Acar Timun, Acar Salad, Kerabu Bendi.

7. Sambal (3 jenis sambal dalam satu hari)

Salsa Tomato, Sambal Kicap Ikan, Sambal Belacan, Sambal Tempoyak, Sambal Budu, Sambal Mangga Muda, Sambal Hijau, Cencalok, Air Asam Penang, Sambal Bacang.

8. Sup (2 jenis sup dalam satu hari)

Bihun Sup Utara, Mee Kari, Laksa Penang, Sup Tulang, Bakso (Jawa), Laksa Johor, Sup Ayam Berempah, Mee Bandung, Sup Hor Fan, Mee Kolok (Sarawak).

9. Pencuci Mulut (3 jenis dessert dalam satu hari)

Pengat Pisang Sagu, Bubur Pulut Hitam, Kuih-Muih Tradisional, Bubur Jagung, Bubur Kacang Merah, Bubur Labu, Bubur Cha-Cha, Sagu Gula Melaka, Bubur Gandum, Bubur Kacang Hijau, Bubur Cendol.

aneka-bubur-bufet-ramadan-theVenue-shah-alam

10. Aneka Air (5 jenis air dalam satu hari)

Soda Jagung, Blue Cream, Sirap Limau, Fruit Punch, Cincau, Cordial Mango, Cordial Asam Boi, Sirap Selasih, Cordial Tembikai Susu, Sorap Keladi, Cordial Nenas, Cordial Laici, Cordial Jus Tembikai, Sirap Bandung, Cordial Lemon.

Kopi dan Teh Tarik adalah minuman wajib yang akan dihidangkan setiap hari. Jadi kepada peminat air panas tak perlu risau, tetap disediakan.

Yang paling best tak terkata hahah, kesemua menu masakan yang dihidangkan ini semua akan dimasak sendiri oleh Chef Nabil Mohd Salleh. Alah, yang popular keluar dekat Tv tu. Jadi korang jangan lupa booking cepat mana tahu masa berbuka nanti boleh jumpa dengan Chef Nabil kan.

day-and-night-theVenue-shah-alam

Kedua, selain tempat berbuka puasa The Venue Shah Alam juga sebenarnya ada menyediakan pelbagai aktiviti dan event untuk 2 buah dewan yang pihak mereka sediakan.

Yang paling femes The Venue Shah Alam ini juga menyewakan tempat acara majlis perkahwinan. Bukan itu sahaja acara dan event lain juga disewakan seperti Birthday Party, Bridal Shower, Aqiqah, Annual Grand Meeting, Conference, Corporate Dinner, Appreciation Night, Seminar, Product Launching, Exhibition, Festival Occasion dan Talk.

menu-pilihan-blogger-theVenue-shah-alam

Paling terkejut yang bestnya The Venue Shah Alam juga menyediakan tempat untuk Fashion Show dan Runway untuk mana-mana butik pakaian sekitar ibukota untuk launching dan press di tempat mereka. Kesemua event yang Asyraf sebutkan tadi itu akan dibuat di 2 buah Dewan The Avenue iaitu Event Hall dan Grand Ballroom. Dua dewan ini boleh menempatkan 400 orang dalam satu masa.

Ketiganya adalah harga pakej Berbuka Puasa yang ditawarkan, Ya Allah murah sangat berbanding di tempat lain. Dah la menu masakan pelbagai dan opkos kita semua tak sabar nak rasa. Tempat berbuka pun selesa. Jadi apalagi nikmat Tuhan kita nak dustakan.

wedding-reception-theVenue-shah-alam

Masa berbuka : 6.00 PM – 10.00 PM
Tarikh : 18 May 2018 – 12 June 2018

Dewasa : RM 68 nett per person
Kanak-kanak (4 tahun hingga 12 tahun) : RM 40 nett per person
Warga emas ( 55 tahun dan ke atas) : RM 60 nett per person

tradisi-malaysia-theVenue-shah-alam

Sebarang tempahan boleh dilakukan dengan menghubungi seperti berikut :

Tel : 019-8585 825 / 019-8585 375

Alamat : No. 15, Jalan 15/22, Tiong Nam Park, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor.

Email : thevenueshahalam@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/thevenueshahalam/
Instagram : https://www.instagram.com/thevenueshahalam/

Untuk mereka yang nak buat majlis private berbuka puasa, boleh lakukan demikian dengan harga RM 50 nett per person untuk minimum 100 orang. So bolehlah fikirkan The Venue Shah Alam, mana tahu nak bawak 1 syarikat tempat kerja berbuka kan, apa salahnya. Best apa ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sharing is Caring
  • 5
    Shares

Add Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: