Bufet Ramadan 2018 : Iftar Fi Sofina Cruise Tasik Putrajaya

Bufet Ramadan 2018 : Iftar Fi Sofina Cruise Tasik Putrajaya | Pengalaman yang takkan Asyraf lupakan dari saat naik cruise, makan kat dalam tu dan paling best bila dapat naik atas bumbung kapal cruise. Ya Tuhan, bestnya ! Pengalaman yang sangat mahal dan eksklusif. Selalunya orang ‘ada ada’ je kan boleh rasai pengalaman macam ni. Tapi sebenarnya tak lah mahal yang disangka. Jom ikuti butiran selanjutnya !

blogger-helokk-2018

Tahun 2018 ini pihak Marina Putrajaya Sdn. Bhd. (MPSB) ingin mempromosikan aktiviti yang mereka ada kepada orang ramai sempena Bulan Ramadan yang bakal tiba tak lama lagi ini. Bufet Ramadan 2018 Iftar Fi Sofina Cruise Tasik Putrajaya adalah tema yang ingin mereka buat kelainan kepada umum. Iftar Fi Sofina ini sebenarnya adalah sebutan dalam bahasa Arab jika diterjemahkan ia bermaksud Berbuka puasa di dalam kapal Cruise.

cruise-tasik-putrajaya

Mesti bosan kan asyik berbuka puasa kat tempat sama setiap tahun ? Cuba tahun ni kita cuba kelainan sedikit walaupun sekali tetapi pengalaman itu akan membuatkan kita ingat sampai bila-bila. Yelah asyik berbuka puasa dekat rumah je, dekat kampung je dan of course alih-alih dekat hotel je booking sepanjang tahun. Apa kata tahun ini kita ubah ? heheh ..

exterior-cruise-tasik-putrajaya

Yang pastinya jika kita membawa anak-anak berbuka puasa di Kapal Cruise ini, sudah tentu mereka sangat teruja dan gembira sakan. Mana taknya konfem semua akan ber-swafoto je lah sebelum berbuka kan. Menarik bukan ? Kebanyakan orang cakap, nak naik kapal cruise mahal tapi sebenarnya apa yang ditawarkan MPSB ini sangat-sangat berpatutan dan berbaloi harganya. Kapal Cruise ini boleh memuatkan seramai 50 orang dalam satu masa. Jadi kira bilang ahli keluarga kita booking cepat-cepat okay. Penuh 1 fameli pun best kan !

interior-cruise-tasik-putrajaya

MPSB menyediakan lebih dari 30 sajian pilihan yang menyelerakan untuk dinikmati sambil belayar selama 1 jam 30 minit. Antara menu utama yang boleh Asyraf bagitahu ini adalah masakan melayu yang femes dikalangan kita di kampung-kampung iaitu Kambing Panggang, Ayam Goreng Berempah, Daging Gulai Kawah, Mee Goreng serta tak lupa pencuci mulut penyedap mulut variasi kuih muih tradisional.

- Bufet Ramadan 2018 : Iftar Fi Sofina Cruise Tasik Putrajaya

- Bufet Ramadan 2018 : Iftar Fi Sofina Cruise Tasik Putrajaya
Mesti anda tertanya-tanya alah cuba buat kelainan sikit. Asyik berbuka makanan melayu je. Takde ke yang lain dari lain. Jangan risau, pihak MPSB juga ada menyediakan menu menu lain yang berkonsepkan seperti Fusion Oriental, Middle Eastern atau dipanggil Muhibbah turut disediakan. Menu ini hendaklah dan mestilah diberitahu semasa booking Bufet Ramadan 2018 Iftar Fi Sofina Cruise Tasik Putrajaya. Ini mengelakkan supaya pihak MPSB tidak terlepas pandang.

model-cruise-tasik-putrajaya

Seperti yang Asyraf beritahu tadi awal-awal, bawalah anak-anak kita berbuka puasa di Cruise Tasik Putrajaya sebabnya apa yang menarik sekali. Pihak Marina Putrajaya Sdn. Bhd. juga akan memberi sampul duit raya yang eksklusif dan aneka variasi kuih raya. Pasti kenangan seperti ini takkan dilupakan. Seriusli kalau Asyraf pun happy sangat ni !

promosi-buffet-ramadhan-2018-cruise-tasik-putrajaya

Disamping itu, pihak MPSB juga turut menawarkan hadiah Cabutan Bertuah berupa pakej Love Boat bernilai RM350 kepada 5 orang pelanggan yang membeli pakej Iftar Fi Sofina. Maksudnya disini, katakanlah kita datang 10 orang 1 fameli, hanya 5 orang sahaja yang akan dapat pakej Love Boat ini. Pakej ini ibarat pakej bulan madu boleh naik untuk 2 orang. Jadi, apalagi kawan-kawan cepat lah booking ya sementara Early Bird tidak expired. Teruskan pembacaan, Asyraf akan beritahu kat bawah okay !

blogger-cruise-tasik-putrajaya

Okay Asyraf, saya dah tak sabar nak tahu harga yang patut kami sekeluarga nikmati pengalaman berharga ini. Bagitahu cepat ! Hehehe … sabar nak bagitahu lah ni …

PROMOSI EARLY BIRD (Tempahan sehingga 16 Mei 2018)

Dewasa : RM 120.00
Kanak-kanak (5 hingga 12 tahun) dan Warga emas (60 tahun dan ke atas) : RM 75.00

Harga Asal
Dewasa : RM 145.00
Kanak-kanak : RM 77.00

Masa : 6.30 PM hingga 8.30 PM

Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi nombor telefon dan email berikut,

Tel : 03-8888 5539
Email : sales@cruisetasikputrajaya.com

pengalaman-blogger-cruise-tasik-putrajaya

Cruise Tasik Putrajaya

- Bufet Ramadan 2018 : Iftar Fi Sofina Cruise Tasik Putrajaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sharing is Caring
  • 5
    Shares

3 Comments

  1. Anuar May 12, 2018
    • asyrafasri May 17, 2018
    • asyrafasri May 17, 2018

Add Comment

CommentLuv badge
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: