Bufet Ramadan 2018 : Kontiki Restaurant Federal Hotel KL Meraikan Anak-Anak Yatim Dengan Menu Istimewa Bapa Kemerdekaan Malaysia

Bufet Ramadan 2018 : Kontiki Restaurant Federal Hotel KL Meraikan Anak-Anak Yatim Dengan Menu Istimewa Bapa Kemerdekaan Malaysia | Alhamdulillah baru-baru ini Asyraf telah dijemput menghadiri satu sesi Ramah Mesra bersama Anak-Anak Yatim Rumah Nur Kaseh Bestari dari Segambut Kuala Lumpur. Kontiki Restaurant selaku Tuan Rumah meraikan mereka dengan penuh kasih sayang dan sama-sama berbuka puasa dengan khalayak media beserta tetamu hadirin yang hadir.

rumah-Nur-Kasih-Bestari-Buka-Puasa-federal-hotel-international
selamat-berpuasa-cake-federal-hotel-international

Kelihatan bersinar wajah gembira anak-anak teristimewa ini dapat menikmati lebih 100 jenis juadah berbuka puasa pelbagai jenis oleh air tangan chef Kontiki Restaurant. Kali ini Federal hotel KL membawa tema ‘Juadah Kampung’ sebagai satu tarikan mengimbau kenangan suasana berbuka puasa di desa. Pada masa juga memperkenalkan Bufet Ramadan 2018 dengan Menu-Menu Istimewa Bapa Kemerdekaan Malaysia.

aneka-juadah-bufet-ramadan-federal-hotel-international
aneka-Dim-Sum-Halal-Chinese-food-federal-hotel-international
Siapa yang tidak kenal dengan Bapa Kemerdekaan Malaysia iaitu Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putr Al Haj. Beliau adalah mantan Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Antara menu-menu istimewa Tunku Abdul Rahman yang cuba Federal Hotel KL perkenalkan adalah Ikan Goreng Serai, Hati Ayam Goreng Berkicap, Daging Kicap & Kacang Pis, Sambal Udang Petai, Ayam Padrik, Daging Pedas, Itik Golek, Ayam Kurma Berkentang, Ketam Masak Sos Tomato, Ayam Masak Kuning, Ayam Masak Kicap, Sotong Masak Kuning dengan ubi kentang, Udang Goreng Manis, Ikan Patin Tempoyak Pucuk Paku dan beberapa lagi masakan cukup menyelerakan.

hot-dishes-ramadan-bufet-federal-hotel-international


Bagi korang yang suka sangat makan sushi tak henti-henti tu. Haaa, inilah peluangnya untuk makan sepuasnya di Kontiki Restaurant okay. Makanlah sampai puas hati. Baru stop okay, hahah! Jangan lupa baca bismillah tu ..


Sempena bulan ramadan 2018 ini Kontiki Restaurant mempamerkan kepada umum 12 aneka pilihan kerabu. Antara banyak-banyak kerabu disini, Asyraf memang singgah dekat Kerabu Sotong. Ya Allah memang cukup rasalah masam dia. Aduh, rasa nak makan lagi je .. jom ajak Asyraf Buka kat sini lagi .. heheh …


Sesiapa yang suka sangat makan Ulam-ulaman macam Asyraf tu, lebih baik makan banyak-banyak untuk kesihatan berpanjangan kan. Haaa, yelah risau makan itu ini. Sayuran hijau ini penting untuk basuh semula dalaman kita.


Mata Asyraf memang pantang tengok aneka kuih muih orang Melayu kita ni. Terutama kek, adohai .. tak tahan. Seriusly all their cakes memang sedap ! You shud try guys ..


Pencuci mulut ini memang penting bagi kebanyakan dari kita kan ? Termasuk Asyraf memang asyik lah ke gerai ni ambil ais kacang cendol dan asam-asam. Huh, serius memang jilat jari je kerja masa tu.



Wah, pemandangan Buka Puasa pun best dekat Kontiki Restaurant Federal hotel KL ni. Suasana kolam renang yang aman tenteram serta pemandangan KLCC keagungan rakyat Malaysia.

Masih belum terlewat untuk anda menikmati juadah istimewa buka puasa ini di Restoren Kontiki, Hotel Federal International KL. Mungkin boleh bawa ahli keluarga, kawan-kawan sekerja berbuka puasa disini dengan 100 jenis menu tradisional, masakan kegemaran dan menyelerakan ini bermula 25 Mei hingga 14 Jun 2018 jam 7.00 petang – 9.30 malam.

Oh ya sebelum terlupa, Kontiki Restaurant Federal Hotel International ini betul-betul terletak ditengah bandar Kuala Lumpur lokasinya di Bukit Bintang. Kalau korang sekarang ini dah berpusu-pusu sesak kesana-sini mencari pakaian hari raya sempena Aidilfitri. Apa kata jom berbuka puasa disini. Nanti dah kenyang, solat maghreb insyaAllah boleh sambung shopping sakan lagi ya.

Menarik kan menu-menu yang ditawarkan di Kontiki Restaurant ni ? Kalau rasa tertarik, apa tunggu lagi, cepat buat tempahan sekarang di nombor dan email yang berikut.

Tel : 03-2148 9166
Email : fnb@federal.com.my

Harga Buffet Ramadhan 2018 di Kontiki Restaurant

Dewasa : RM 138
Kanak-kanak : RM 35
Warga Emas : RM 69

Website : www.fhihotels.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sharing is Caring

2 Comments

  1. Ayu June 1, 2018
    • asyrafasri June 2, 2018

Add Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: