Bufet Ramadan 2018 : Selera Malaya Hotel KL Journal Bukit Bintang

Bufet Ramadan 2018 : Selera Malaya Hotel KL Journal Bukit Bintang | Okay kawan-kawan semua, macam mana puasa tahun ni okay ? Ke okay sangat ? Sekarang dah pun masuk Ramadan ke 14. Pastinya ada yang dah start shopping sakan dekat area Bukit Bintang kan. Apa kata sebelum pergi shopping kalau korang suka shopping malam-malam area Bukit Bintang ni atau suka shopping siang bila tiba waktu buka puasa. Jom Berbuka di Hotel KL Journal. Dekat je pun, dalam kawasan Bukit Bintang je, betul-betul tengah bandar.

main-entrance-KL-Journal-Bukit-Bintang

Tahun ini KL Journal membawakan tema ‘Selera Malaya’ untuk semua masakan mereka apabila berbuka puasa. Jom Asyraf ceritakan serba sedikit apa yang menarik Bufet Ramadan 2018 Selera Malaya Hotel KL Journal Bukit Bintang.


sweet-dessrt-KL-Journal-Bukit-Bintang
Antara menu-menu yang menjadi signature untuk pakej berbuka puasa di KL Journal ini ialah Kari Kepala Ikan, Ikan Pari Asam Pedas, Signature Rendang Daging, Ayam Kapitan dan Percik, Kambing Masak Kurma, Soto Ayam, Seafood TomYam, Otak-Otak Muar, Pelbagai Kuih Muih, Lok-Lok Stop, Ulam Ulaman, Rojak Buah. Pasembur, Keropok and Chocolate Fountain. Pelbagai menu menarik ditawarkan disini. Semua Selera Malaya disini memang Asyraf layan habis. Serius memang tekak kampung betul lah kena je bila suap.

soto-ayam-KL-Journal-Bukit-Bintang
aneka-kuih-muih-KL-Journal-Bukit-Bintang
Mesti korang tertanya-tanya kan LokLok Stop tu apa? Sebenarnya LokLok stop itu ialah Yong Tau Foo yang biasa kita jumpa dimana-mana lah. Ada pelbagai aneka pilihan LokLok. Buatlah pilihan dengan bijak ya.

Jemputlah datang iftar Ramadan bersama Hotel KL Journal di Kedai Kopi Journal sepanjang bulan puasa ni. Harganya cukup berpatutan hanya …

Dewasa RM 118
Kanak-kanak RM 59
*bawah 5 tahun makan PERCUMA

aneka-coklat-KL-Journal-Bukit-Bintang

Untuk membuat tempahan, boleh telefon atau hantarkan email anda ke butiran berikut :

Tel : 03-2110 2211

Email : fbm@kljournal.com 

Website : www.kljournalhotel.com

Facebook : Facebook.com/thekljournal

Instagram : Instagram.com/thekljournal

blogger-of-the-year-KL-Journal-Bukit-Bintang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sharing is Caring

2 Comments

  1. Anuar May 30, 2018
    • asyrafasri June 1, 2018

Add Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: