Bufet Ramadan 2018 : Selera Warisan Nusantara Sama Sama Hotel KL International Airport

Bufet Ramadan 2018 : Selera Warisan Nusantara Sama Sama Hotel KL International Airport | Fenomena masyarakat masa kini berpusu-pusu ke bazar Ramadan untuk mencuba pelbagai juadah daripada gerai-gerai tersedia adalah perkara yang tidak asing lagi dilihat. Malah, trend tersebut kian menjadi norma tiap kali menjelang bulan puasa.

aneka-kurma-sama-sama-hotel

indonesian-stall-bufet-ramadan-sama-sama-hotel
Mesti ada antara anda yang tak pernah dengar nama Hotel ini yang sebenarnya dah lama wujud di Lapangan Terbang Antarabangsa KL. Sama-Sama Hotel kenapa pelik sangat nama ini. Nama Sama-Sama ini sebenarnya ingin mengingatkan kepada setiap pengunjung hotel bahawa pihak hotel sebenarnya mengucapkan ucapan yang sama kepada pelawat. Apabila pelawat sudah menginap dan ucapan Terima Kasih kedengaran setiap kali check-out, maka Sama-Sama adalah ucapan terbaik juga patut disampaikan kepada mereka. Itu sebab hotel di KLIA ini diberi nama Sama-Sama Hotel.

malaysia-dressing-stall-sama-sama-hotel

Bagi sesetengah orang yang tidak gemar berasak di kebiasaan tempat dipenuhi asap dan khalayak ramai, Sama-Sama Hotel KLIA adalah lokasi terbaik bagi kaki makan menjamu selera tatkala menikmati pemandangan penerbangan kapal dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur berhampiran hotel.

pastry-dessert-sama-sama-hotel

Bukan itu sahaja, apa yang menariknya berbuka di Sama-Sama KLIA ini mana tahu anda boleh berkenalan dengan seseorang yang bekerja dalam Airlines. Terutamanya Pilot ke Cabin Crew ke. Jadi ini adalah kelebihan yang boleh dicapai bila berbuka puasa di Sama-Sama Hotel. Bagi yang berkeluarga membawa anak-anak berbuka disini boleh memberi mereka semangat untuk belajar mengenai dunia penerbangan. Terutama sebelum datang berbuka, boleh melihat pemandangan kawasan Airport. Ini sudah tentu sangat menguntungkan kedua-dua pihak. Jadi apalagi booking segera pihak hotel.

penyanyi-muzikal-bufet-ramadan-sama-sama-hotel

Bermula 18 Mei ini, Sama-Sama Hotel KLIA menawarkan promosi Bufet Buka Puasa Ramadan di ruang legar hotel. Bertemakan Selera Warisan Nusantara, juadah istimewa disediakan khas oleh pasukan kulinari hotel diilhamkan dari konsep Kepulauan Nusantara. Yang paling best sekali, pengunjung dihidangkan dengan irama tradisional Ghazal dari kumpulan Suara-Suara Otai sebaik melangkah masuk ke ruang legar hotel. Tatkala pengunjung menjamu selera, pertunjukkan irama Ghazal akan menjadi peneman.

satay-stall-sama-sama-hotel

Bufet Ramadan 2018 Selera Warisan Nusantara Sama Sama Hotel KL International Airport ingin memperkenalkan kesemua variasi pelbagai juadah hidangan bak konsep gerai Bazar. Kesemua menu masakan diketuai oleh Chef Eksekutif Chef Ahmad Farhan Noorzali.

Selera Warisan Nusantara yang cuba dibawa untuk diperkenalkan kepada umum ini adalah dari negara jiran kita iaitu Kepulauan Nusantara Garuda Indonesia, Thailand, Singapore dan masakan menu Malaysia juga tidak ketinggalan disajikan untuk umum. Nasi Ambang Asli Jawa, Ketam Cili Claypot Wilayah Temasek dan Goi Pad Krapao adalah antara tarikan menu utama yang cuba Sama-Sama Hotel persembahkan pada tahun 2018 ini.

Thailand-stall-sama-sama-hotel

Pengalaman berbuka puasa di Sama-Sama Hotel ini juga sebenarnya seperti kita akan berada di gerai-gerai sekeliling seperti gaya makan ala street food dengan nuansa persekitaran gabungan setting bak gerai di pasar malam sebagai sebahagian daripada suasana berbuka puasa yang dipaparkan hotel sepanjang musim Ramadan.

indian-tandoori-stall-sama-sama-hotel

Bagi korang yang tak habis-habis sukakan masakan Barbeku. Sama-Sama Hotel ada juga menyediakan juadah popular seperti Sate, Ikan Bakar, dan Tandoori India. Salah satu tarikan buka puasa di Hotel Sama-Sama ini juga adalah Kambing Golek yang dihidangkan bersama Sos Lada Hitam, Cendawan, BBQ dan Rosmari.

malaysia-dessert-sama-sama-hotel

Turut disajikan adalah aneka menu pencuci mulut iaitu Kek Black Forest, Apam Balik, Rojak Buah. Bagi penggemar pencuci mulut jenis tempatan cara Malaysia boleh cuba Ais Kacang, Ais Krim Kampung, Ais Krim Potong dan banyak sangat lah. Sudah pasti mengiurkan para pengunjung yang datang berbuka puasa di Sama-Sama Hotel KLIA. Minuman kebiasaan harian kita juga ada disediakan iaitu Kopi Tarik dan Teh Tarik.

aneka-pencuci-mulut-bufet-ramadan-sama-sama-hotel

Yang terakhir sebelum terlupa. Sama-Sama Hotel juga ada menyediakan gerai buah Durian. Dua jenis durian yang disediakan untuk pengunjung makan sepuasnya dengan mengopek sendiri adalah Durian 24 dan Durian IOI. Pertama kali dengar durian IOI. Apapun kedua-dua jenis durian ini Asyraf dah cuba memang syiok betul sedap dia !

gerai-buah-buahan-sama-sama-hotel

RM 135/nett per person (HARI BIASA)
RM 99/nett per person (HARI MINGGU)

Untuk tempahan boleh hubungi bahagian jualan dengan kadar segera :

Tel : 03-8787 3333
Emel : sales@samasamahotels.com

rakan-media-sama-sama-KLIA

Alamat : Jalan CTA 4B, 64000 KLIA, Sepang. Selangor Darul Ehsan
Website : http://www.samasamahotels.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sharing is Caring
  • 7
    Shares

3 Comments

  1. Husniey Husain May 19, 2018
  2. Anuar May 16, 2018
    • asyrafasri May 17, 2018

Add Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: