Skip to content

Cara Terbaik Dapatkan Pembaca Setia Blog

Cara Terbaik Dapatkan Pembaca Setia Blog

Cara Terbaik Dapatkan Pembaca Setia Blog | Ya, sape lah tak nak kan? Saya sendiri pun nak sangat-sangat dapat ‘pembaca setia’  terutamanya yang dah follow kita dari sejak mula-mula berblogging sehingga ke tahap kita dah terkenal dengan niche blog kita. Yang paling best sekali, bila kita ada pembaca setia blog ni, mereka sangat ternanti-nantikan artikel kita yang seterusnya sehinggakan tak sabar-sabar jadi 10 orang pertama komen di setiap artikel kita cerita.

Masalahnya.. ada ke 10 orang pembaca setia yang nak komen dekat blog saya ni? Hahaha …



Kadang-kadang saya terfikir jugak, ada jenis pembaca atau follower blog kita ni. Mereka selalu singgah dekat blog kita bukan semata-mata nak baca artikel kita tulis je. Mereka tak sabar nak komen setiap apa yang kita huraikan dan ceritakan bagi sesetengah topik. Tapi ada pula pembaca selepas baca setiap artikel kita, diam membisu.

Mungkin mereka ini jenis yang tak suka dikenali orang sekeliling. Takpe kita hormat je pembaca setia blog kita. Janji kita happy kan?

Writer’s Block Seorang Penulis Blog

Walaupun saya di dalam dunia blogging ni lebih kurang 8 tahun. Menulis itu, menulis ini. Macam-macam topik dah tulis.


Saya tak pernah nak anggap saya seorang blogger otai atau dikenali sebagai orang lama dalam industri.

Bagi saya, setiap hari adalah hari untuk kita belajar setiap perkara.

Jadi memang takkan ada rasa perasaan nak bangga dengan pengalaman 8 tahun yang kita miliki tu untuk dongak ke langit.

InsyaAllah memang takkan ada lah.

Sebab saya tahu kelemahan saya bila berblogging ni.


Kelemahan itu akan jadi semakin surut bila kita dah lama tak menulis. Jadi penyakit ‘Writer’s Block’ itu akan tetap saya hadapi bila nak kembali menulis.

Jadi bila penyakit misteri itu berlaku, nak tak nak saya kena lah singgah mana-mana blog untuk baca, hadam dan faham apa yang ditulis oleh penulis blog lain sebelum saya menulis artikel original di blog saya sendiri.

Jangan Lupa Baca Tips Menjadi Blogger Terkenal Seperti Hanis Zalikha

5 Cara Terbaik Untuk Dapatkan Pembaca Setia Blog Yang Ramai

Okay jom saya kongsikan cara terbaik dan khusus untuk dapatkan pembaca setia blog ini yang saya selalu praktikkan sepanjang berblogging.

Cara ini memang saya google dulu dan saya praktikkan sepanjang menjadi seorang blogger.

1. Banyakkan Menulis Topik Khusus

– seperti kesihatan mata, penjagaan bayi, cara masuk ke universiti, dan apa saja topik khusus yang membantu orang awam yang sentiasa perlukan info berguna apabila mereka taip sesuatu di google search bar

2. Tulis Artikel Post Yang Memberi Manfaat

– apa saja topik kita bawakan kita tulis untuk orang awam baca. Kita perlu menulis artikel yang memberi jawapan yang kukuh. Apabila pembaca baca artikel kita yang penuh dengan fakta, insyaAllah mereka tak teragak-agak akan datang lagi ke blog kita untuk cari info lain


3. Gunakan Bahasa Yang Baik Dalam Setiap Penulisan

– sama seperti kita bercakap dengan orang secara berhadapan. Apabila kita berkomunikasi dengan ayat yang baik dan professional. Orang lebih rasa dekat dan seronok untuk berkawan dengan kita. Begitu jugak sama seperti penulisan di blog

4. Balas Komen di Setiap Artikel Blog

– ini dipanggil memanjangkan silaturrahim. Walaupun kita tak pernah kenal secara dekat. Hanya bercakap dengan hati melalui penulisan. Dengan kita berbalas komen yang diberikan pembaca setia blog kita mampu untuk kekalkan mereka bersama kita selama kita berblogging

5. Letakkan Borang ‘Contact Form’ di Blog


– borang contact form versi digital ini kita letak bertujuan supaya apa yang kita beri servis kepada customer/client kita. Mereka berasa senang dan hilang rasa takut seperti elak dari penipuan scammer dan sebagainya. Apbila borang ini ada, pembaca kita rasa selamat blog yang mereka layari ni

Diharap perkongsian Cara Terbaik dapatkan pembaca setia blog boleh membantu anda yang ingin menambah traffic (pelawat) yang organik dengan mudah dan berterusan selama berblogging.

Apalagi jom kita amalkan cara yang dah ramai blogger guna ni.