Skip to content

Cara Guna ChatGPT. AI Yang Mampu Menjawab Segala Persoalan Di Benak Fikiran Anda

Cara-Guna-ChatGPT.-AI-Yang-Mampu-Menjawab-Segala-Persoalan

Kini sudah banyak pengguna internet yang menyedari keberadaan sebuah platform bernama ChatGPT yang dikatakan dapat menjawab berbagai pertanyaan tanpa perlu mencarinya di Google, bahkan dapat memberikan jawapan dalam bahasa Melayu.

Secara dasarnya, ChatGPT adalah sebuah chatbox yang diperkuatkan dengan program kecerdasan buatan yang mampu menghasilkan dan memberikan jawapan atas pertanyaan-pertanyaan tentang fakta, kisah, dan sebagainya, bahkan boleh juga digunakan untuk menulis surat permohonan kerja.

Namun, terkadang jawapan yang diberikan perlu diverifikasi terlebih dahulu. Kadang-kadang jawapan adakalanya benar, tetapi ada juga yang salah kerana yang menjawab adalah robot dan bukan manusia.

Nampak menarik bukan? Bagaimana cara menggunakannya?

Cara Guna ChatGPT Dengan Mudah. Senang je.

Anda boleh menggunakan ChatGPT secara percuma dengan mudah. Berikut adalah langkah-langkahnya:

1. Kunjungi laman web ChatGPT di https://chat.openai.com/

2. Daftar akaun menggunakan alamat e-mel anda dan klik ‘Continue’. Jika anda telah mempunyai akaun, anda boleh langsung log-in.

cara-guna-chatgpt-1

3. Masukkan nama anda dan verifikasi akaun anda dengan memasukkan kod yang dihantar ke telefon anda.

cara-guna-chatgpt-2

4. Klik ‘Next’ dan anda sudah boleh menggunakan ChatGPT sepenuhnya.

5. Untuk memulakan, masukkan soalan anda dalam kotak yang tersedia dan klik butang ‘hantar’.

cara-guna-chatgpt-3

6. Robot akan memberikan jawapan kepada soalan anda.

cara-guna-chatgpt-4

Anda boleh bertanya dalam Bahasa Melayu atau dalam bahasa Inggeris. Adalah lebih baik menggunakan tatabahasa dan ejaan yang betul agar ChatGPT lebih mudah memahami soalan anda.

Perlu diingat, jawapan yang diberikan oleh ChatGPT mungkin terhad kepada pengetahuan yang dimilikinya hingga pada tahun 2021, jadi jawapan bagi pertanyaan yang berkaitan dengan kejadian tahun-tahun lepas tersebut mungkin tidak mampu untuk ia menolong.

AI seperti ChatGPT mungkin akan terus berkembang dan dapat menggantikan beberapa tugas manusia di masa depan.

Namun, kemampuan ChatGPT dan teknologi AI lainnya masih terbatas dan tidak dapat menggantikan sepenuhnya tugas-tugas manusia yang lebih kompleks dan memerlukan empati dari manusia di belakang tabir.

.
sumber featured image softweb solutions

Baca Juga

Cara Buat Duit Online Gaji USD

Cara Buat Duit Dengan Bisnes Evergreen

Cara Buat Duit Dengan Banking Personal Loan