Skip to content

Cara Renew Roadtax Online Paling Senang & Cara Simpan Bukti Renewal. Sekejap Je Siap!

Zaman sekarang semua perkara boleh dilakukan secara online sahaja termasuklah renew insurans dan cukai jalan (roadtax) kenderaan.

Yelah kan, dalam keadaan sekarang ni kalau nak keluar rumah kena fikir 2-3 kali, malas tu memang sentiasa ada kan hehe, lebih-lebih lagi yang ada anak kecil di rumah kan?

Al-kisahnya, sebelum ni aku berangan nak renew roadtax secara walk-in je ke Pejabat Pos selepas renew insurans kereta secara online dengan Takaful Malaysia.

Last-last agak dah, mesti terlupa punya nak renew.

Semalam 20 July 2022 aku baru teringat roadtax kereta aku expired pada 20 July 2022 beb, ya Allah syukur ingat!

Apa lagi teros aku bukak laptop renew online je.

Lagipon sebelum ni aku pernah renew insurans dan roadtax sekaligus secara online di satu platform 3rd party tu, tapi disebabkan after sales servicenya teruk aku tak nak renew dekat situ dah. hahahah

Tahun 2022 ni aku renew insurans kereta 2 minggu awal sebelum Hari Raya Haji baru-baru ni.

Boleh Baca Kat Sini Cara Renew Insurans Kereta Secara Online Dengan Takaful Malaysia

Berikut ini dikongsikan tutorial Cara Renew Roadtax Online Paling Senang & Cara Simpan Bukti Renewal. Sekejap Je Siap!

CARA RENEW ROADTAX ONLINE PALING MUDAH GUNA MYEG

Sebelum kita pergi lebih jauh, aku harap korang faham dulu siapakah MyEG ni ..

MyEG Services Berhad (“MYEG”) merupakan pemegang konsesi untuk Aplikasi Utama MSC Kerajaan Elektronik Malaysia (“E-Government).

MYEG membina, mengendalikan dan memiliki saluran elektronik untuk memberikan perkhidmatan daripada pelbagai agensi kerajaan kepada rakyat dan perniagaan di Malaysia.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan MyEG termasuklah:

1. Renew roadtax dan insurans
2. Semakan saman JPJ, PDRM, DBKL online
3. Pembayaran zakat, Sistem potongan gaji zakat pendapatan
4. Status bankruptcy individu dan syarikat
5. Carian syarikat yang berdaftar dengan SSM
6. Semakan skor CTOS
7. MyKad replacement dan banyak lagi

Namun sebelum korang boleh renew roadtax di MyEG, pastikan korang renew insurans terlebih dahulu.

Pembelian insurans juga boleh dibuat secara online di MyEG tau.

Perlu diingatkan, undang-undang Malaysia wajib untuk kita renew insurans dulu baru dapat renew roadtax.

Tetapi memandangkan aku dah renew insurans kereta.

Untuk artikel ini aku hanya nak bagi tutorial Cara Renew Roadtax Secara Online dengan MyEG.

1. Layari portal rasmi MyEG di https://www.myeg.com.my/

– Klik di bahagian Login/Register
– Klik Create Account dibahagian Register
– Isikan semua bahagian di kotak yang disediakan
– Klik I’m not a robot
– Klik Enter details
– 1 email pengesahan akan dihantar dan klik email verification tersebut

Aku andaikan korang dah setel bab Register ni. Mudah je, Jangan risau okay.

Cara-Renew-Roadtax-Online

2. Login ke Dalam Sistem MyEG

Masuk semula main website MyEG seperti alamat url di atas dan Klik di bahagian Login/Register

– Klik Login
– Masukkan username/email
– Masukkan password
– Pastikan username/email dan password tu adalah yang disahkan seperti pendaftaran korang tadi.

Kemudian Klik icon JPJ seperti dalam gambar di bawah :

Cara-Renew-Roadtax-Online_2

3. Klik pada bahagian Roadtax Renewal/Perbaharui Cukai Jalan

Cara-Renew-Roadtax-Online_3

4. Klik pada bahagian Car Roadtax Renewal/Pembaharuan Cukai Jalan Kereta

Cara-Renew-Roadtax-Online_4-1

5. Isikan semua bahagian yang diberikan seperti dalam MyKad/Passport korang

Cara-Renew-Roadtax-Online_5

– Pastikan nombor telefon jangan salah (Owner Tel. No.1) , ia akan digunakan untuk kemudahan Rider MyEG yang nak hantar sticker Roadtax ke alamat korang nanti
– Untuk Renewal Period aku sangat suggest kan korang ambik terus 12 Months sebab ia memudahkan urusan nak claim insurans dan akan memudahkan urusan korang in-future sekiranya terlupa nak renew
– Pastikan email juga jangan salah sebab ia akan digunakan untuk hantar bukti renewal roadtax nanti dalam bentuk PDF
– Collection Method ni korang boleh letak alamat rumah atau alamat tempat kerja korang
– Pastikan alamat rumah atau tempat kerja tu memudahkan Rider MyEG nak hantar lah
– Cth rumah atau office korang tu sedikit tersorok dari pandangan orang
– So boleh letak dalam bahagian Delivery Address seperti (Depan kedai, depan bengkel bla bla) dan sambung alamat rumah atau office korang ni
– Sekiranya korang tak nak pihak MyEG hantar email atau telefon korang untuk lain-lain servis di lain masa
– Korang boleh UNTICK saje ” I agree to receive call from MyEG Services for other related products ”
– UNTICK dalam bahasa melayu JANGAN KLIK hehe
– Masukkan keyword yang tersedia seperti dalam gambar, jika huruf besar ke kecik ke pastikan sama macam dalam gambar

– dan korang boleh ambik perhatian la masa yang diambil untuk sticker roadtax korang tu sampai ke alamat dalam tempoh berapa lama seperti gambar di bawah
– apabila semua dah setel isi Klik Proceed 

Cara-Renew-Roadtax-Online_6

6. Sahkan Maklumat Sebelum Buat Bayaran

– lagi sekali diingatkan sebelum korang buat bayaran menggunakan mana-mana Bank pilihan korang
– pastikan apa yang korang isi tu semua betul JANGAN silap walaupun sedikit
– sebabnya nanti korang jugak susah gabra nak kena call MyEG lagi lah
– dah renyah banyak buang masa je kat situ, dah la nak hubungi Call Center ni ambik masa 10 minit minimum kan
– klik Confirm & Pay / Proceed

Cara-Renew-Roadtax-Online_7
Cara-Renew-Roadtax-Online_8
– 1 popup akan keluar seperti gambar di atas
– klik I agree
– klik OTHER PAYMENT OPTIONS
– pilih bank pilihan korang dan bayar seperti biasa

Cara Simpan Bukti Renewal Roadtax Dalam Bentuk File PDF

– selepas korang buat bayaran dengan mana-mana bank pilihan korang tu
– korang tengok di paparan gambar seperti di bawah
– klik di bahagian RECEIPT – Click Here
– 1 popup akan keluar seperti gambar kedua di bawah
– klik Print/Cetak

Cara-Renew-Roadtax-Online_9
Cara-Renew-Roadtax-Online_10

– nanti system MyEG akan auto popup file PDF
– Part ni sangat PENTING ya
– Skrol file PDF tu korang WAJIB tandakan Options Headers and footers

Cara-Renew-Roadtax-Online_11

– Sebab apa WAJIB tandakan bahagian ni, kalau korang perasaan dekat file PDF tu
– akan tertera TARIKH DAN MASA pembelian roadtax korang dekat file PDF tu
JANGAN LUPA klik SAVE nanti file PDF ni akan auto simpan dekat laptop atau phone korang lah okay
– in-future sekiranya sticker roadtax korang lambat sampai seperti di gambar atas nombor 6 di atas
– mudah lah korang nak hubungi pihak Call Center MyEG untuk bagi segala butiran korang ni termasuk TARIKH DAN MASA pembelian tu
– bukan apa kadang-kadang system yang dibuat manusia ni bila time tengah kita kalut tu lah nanti ..
– akan menyukarkan korang dan pihak 1 lagi nak trace korang punya bukti
– Ingat walaupun system manusia ni dah canggih akan sentiasa ada benda yang tak dapat kita nak tunjukkan bukti tu bila waktu terdesak
Disclaimer / Penafian ini hanyalah pengalaman aku bila nak renew atau buy anything wth online purchase
– so beringatlah sebelum terkena hehe

Dapat sesuatu dari artikel Cara Renew Roadtax Online ni?

Jangan Lupa Share dekat kawan-kawan okay.

Terima kasih.